1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah besar dan bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. 2. Masukkan air mengikut kuantiti sup yang diperlukan. Masukkan ketam / udang atau ikan. Biarkan sehingga sup mendidih. 3. Masukkan asam keping, garam dan secukup rasa Maggi. 4. Akhir sekali, masukkan daun sup. Biarkan sup mendidih dan masak sepenuhnya.
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan cili yang telah dikisar bersama belacan. Masak cili kisar sehingga pecah minyak (guna api sederhana). 2. Masukkan sedikit garam dan serbuk secukup rasa Maggi. Kacau sebati dan biarkan sehingga sambal masak sepenuhnya. 3. Sediakan kuali, panaskan 2 senduk minyak. Goreng bawang merah yang dimayang halus dan bawang putih dipotong nipis tadi sehingga kekuningan dan sedikit garing.
4. Masukkan kesemua bahan goreng termasuk minyak ke dalam sambal cili yang dimasak tadi. 5. Kemudian masukkan sedikit cuka mengikut masam yang diinginkan (rasa terlebih dahulu) 6. Akhir sekali kacau sebati dan tutupkan api.
BAHAGIAN SAYUR GORENG
Kacang buncis | dipotong nipis Lobak merah | dipotong dadu kecil – beli online di sini Lobak masin/manis |dicincang halus 1 biji bawang merah besar |dimayang – beli online di sini 4 ulas bawang putih | dihiris nipis – beli online di sini Garam (secukup rasa) Serbuk secukup rasa Maggi Minyak masak
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan kacang buncis, lobak merah dan lobak masin/manis. 3. Masukkan garam dan serbuk secukup rasa. (Rasa terlebih dahulu) 4. Boleh tambahkkan sedikit kicap manis/ fish cake sekiranya anda suka.
*Tips untuk lebih sedap, laksa mi ini dimakan menggunakan tangan.
Ayam bakar makanan yang paling ringkas untuk disediakan. Ayam biasanya diperisakan dengan campuran kicap , sos tiram dan sebagainya. Boleh cuba resipi Ayam Bakar Cili Padi. Kaw kaw terasa pedas menyengat pasti membuka selera.
Ayam Bakar Cili Padi
Bahan-bahan:
1 ekor ayam Garam dan gula /madu secukupnya Sedikit sos tiram Sedikit sos cili Sedikit kicap
Bahan kisar:
1 batang serai 4 ulas bawang putih 5 ulas bawang kecil 10 tangkai cili padi 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 1 biji kiub ayam Sedikit minyak (saya guna olive oil) – semua bahan ni kisar atau tumbuk
Cara memasak:
1.Campur bahan kisar dengan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula / madu. Sapu pada keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
2.Bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pada oven masing-masing. Jangan kering sangat. Biar isi ayam tu lembab sikit. Boleh juga bakar guna kuali ajaib.
Kredit : Rarra Sakura
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Ayam masak merah ni sememangnya hidangan kegemaran seisi keluarga. Makan dengan nasi putih atau nak special sikit buat Nasi Tomato dan jelatah, complete lah hidangan makan malam atau siang anda sekeluarga.
Bagi yang suka pedas, boleh tambah cili padi dalam masakan. Makan macam ni memang boleh buat suami dan anak-anak makan bertambah.
Tak perlu tunggu hari minggu atau majlis istimewa untuk memasak ayam masak merah, hari biasa pun boleh kerana ia mudah dan senang untuk dimasak.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 biji bawang besar – dimayang bulat
1 biji cili merah – diambil kulitnya dan dihiris memanjang
1 batang serai – dititik
BAHAN TUMBUK:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
(bahan menumis kalau lagi banyak, lagi sedap)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.
3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Asyik hidang sup ayam atau daging saja, apa kata cuba buat pula sup ikan pula. Ikan paling sedap dibuat sup dah tentu ikan merah. Cara membuat sup ikan merah ini juga cukup ringkas, cuma kena ikut petua ini supaya ikan tak hancur.
Kalau tak nanti hilang mood bila tengok ikan tiada bentuk dalam sup. Caranya dikongsi oleh Annida Ammar yang turut menyertakan resipi sambal kicap supaya hidangan sup ikan lagi padu rasanya.
Cara buat sup ikan merah sedap bersama sambal kicap
Bahan-bahan
-Ikan merah-dipotong
-Bawang kecil
-Bawang putih
-Halia
-Kulit kayu manis
-Daun sup
-Lobak merah
-Garam
-Minyak masak
Cara membuat:
1. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan halia secukupnya (sup lagi sedap kalau bahan-bahan ini ditumbuk).
2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dulu, kemudian baru masukkan bahan ditumbuk tadi. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan garam dan tambah air. Biarkan mendidih.
4. Selepas mendidih baru masukkan ikan dan jangan kacau atau balik-balikkan ikan, nanti ikan hancur lebur.
5. Masukkan lobak dan juga daun sup.
Cara buat sambal kicap
Tumbuk cili api dan bawang putih hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk dalam bekas dan tuang kicap manis.
Masukkan sekali gula dan limau yang diperah. Masuk sekali kulit limau yang dihiris halus.
Sambal kicap ini lagi sedap jika ditumbuk berbanding guna pengisar.