4 cawan tepung (3 ¾ cawan tepung gandum, kemudian penuhkan dengan tepung jagung, jadikan 4 cawan keseluruhan) ¼ cawan minyak masak 2 sudu besar marjerin 1 cawan air biasa Garam
1. Masukkan tepung, marjerin, garam dalam bekas. Gaul-gaul bagi rata ye. 2. Panaskan minyak masak. Dah panas, masukkan dalam adunan tadi. 3. Kacau-kacau dengan senduk tau, kang melecur tangan. Bila dah kacau, baru guna tangan. Ramas-ramas tepung tu biar macam serbuk roti.
4. Kemudian masukkan air. Gaul dan uli sampai lembut. Yang guna sukatan cawan, jangan habiskan air terus. Tuang sedikit demi sedikit. Tak cukup tambah lagi. 5. Yang guna versi timbang, taka da masalah. Boleh masukkan terus air tu.
6. Uli sampai lembut. Terus buat. Kalau saya, saya biarkan dulu sejam. Nak bagi doh keluar minyak. Jadi lembut sikit nak buat. Tapi nak terus buat pun boleh, tak ada masalah. 7. Bab goreng tu ikut suka. Kalau nak berjerawat, pastikan minyak betul- betul panas. Kemudian, kecilkan api, baru masuk karipap. Timbul jerawat. 8. Yang suka licin, masukkan karipap semasa panas sikit-sikit. Selamat mencuba.
*Ini cara saya ye. Saya memang tak cairkan dengan minyak.
Sedapnya KaripapHomemade Kentang Daging & Telur Rebus ni. Kulitnya yang rapuh serta inti yang enak menjadikan ia sebagai hidangan minum petangyang sangat sempurna. Bagi anda yang gemar makan karipap, resipi Karipap Kentang Daging & Telur Rebus perkongsian saudari SuRiani Rahim ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KARIPAP KENTANG DAGING & TELUR REBUS
BAHAN KULIT KARIPAP:
1kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak – panaskan sekejap
3 sudu makan marjerin
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN INTI:
15 biji ubi kentang – kupas kulit & potong dadu
100gm daging – potong nipis & kecil
2 paket kecil rempah kari
10 tangkai cili kering – kisar halus
1 biji bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1-2 tangkai daun kari – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya – jika perlu
Minyak untuk menumis
Telur rebus – dibelah empat
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan garing. 2. Kemudian masukkan daging, cili kisar dan rempah kari. Masak lagi hingga garing. Daging boleh direbus terlebih dahulu tetapi empunya resipi tidak rebus kerana sudah hiris nipis.) 3. Seterusnya masukkan ubi kentang, garam serta gula secukupnya. Kalau inti agak kering, masukkan sedikit air. 4. Masak inti hingga kentang dan daging empuk. Padamkan api dan sejukkan inti.
5. Untuk membuat doh, satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak dan garam. Gaul sebati. 6. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat. Jika terlembik, tambah tepung secukupnya.
7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai leper. 8. Sudukan inti secukupnya dan masukkan telur rebus. Kelim kemas.
9. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Biasanya buat bihun kita letak banyak rencah, ayam, udang, sotong, fishcake dan sebagainya barulah rasanya sedap. Bahan sos pun jangan kedekut.
Tapi macam mana pula kalau rencah tiada namun tekak rasa nak makan bihun goreng. Apa kata goreng bihun ‘koboi’ perkongsian Hana A Razak. Bihun goreng yang ringkas sangat tapi sedap.
Rencah tak perlu macam-macam, letak satu bahan saja iaitu ikan bilis.Cara ini sesuai sangat bagi yang nak cepat masak atau bahan lauk di dapur tak berapa nak ada.
Cara buat bihun goreng guna satu rencah saja
Bahan-bahan:
2/3 paket bihun
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu cili kisar
2 biji bawang merah- hiris
2 biji bawang putih- hiris
2 biji telur
1/2 batang lobak merah- hiris
Kicap
Garam
Air
Cara membuat:
1.Cuci bersih ikan bilis, kemudian tumbuk separuh hancur
2.Panaskan minyak, goreng ikan bilis dulu bagi garing sikit. Guna satu rencah ini saja. Nak ganti udang kering pun boleh.
3. Dah garing, baru tumiskan bawang yang dihiris nipis. Bawang dah layu baru masukkan cili kisar, tumis hingga cili masak dan pecah minyak.
4. Dah naik minyak, masuk kicap dalam sesudu untuk beri warna sambal cantik. Kemudian bolehlah letak sayur apa yang ada, lobak merah pun dah ok.
5. Masukkan air, banyak pun boleh sebab bihun ini rendam air biasa bukan air panas. Dah mendidih, pecahkan telur 2 biji.
6. Kemudian baru masukkan bihun. Kacau rata dan masukkan pula garam. Gaul sebati.
Bagi penggemar sajian Ayam Pandan, pasti mengetahui keenakan hidangan ini. Sebenarnya, menu ni sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Tapi resipi perkongsian saudari Elaine Tanni lagi mudah! Hanya guna Pes Bihun Goreng je, anda boleh hasilkan menu istimewa ini untuk keluarga tanpe perlu kisar rempah lain. Wow… Sesuai sangatlah masak ni bila kesuntukan masa. Jom cuba!
RESIPI AYAM PANDAN AIR FRYER, GUNA OVEN PUN BOLEH
BAHAN-BAHAN:
500gm dada ayam – dibersihkan 2 bungkus Perencah Bihun Goreng segera – beli online disini 2 sudu makan minyak masak Daun pandan secukupnya Toothpick/lidi sate
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kiub. Boleh dapat dalam 25 ketul asam.
2. Satukan ayam dengan Perencah Bihun Goreng dan juga minyak masak. Gaul sebati dan perap selama 3 jam.
3. Ambil daun pandan, bersihkan dan potong ikut saiz yang sesuai. 4. Ambil isi ayam dan gulung dengan daun pandan. 5. Cucuk dengan lidi supaya kemas dan daun pandan tidak terburai. Lakukan hingga habis isi ayam.
6. Susun Ayam Pandan dalam Air Fryer. Jika tiada, boleh guna ketuhar atau digoreng pun boleh.
7. Masak ayam selama 20 minit dengan suhu 180°C. 8. Selepas 10 minit, pusing ayam dan bakar lagi hingga habis masa supaya semua bahagian masak sempurna. 9. Ayam Pandan paling simple dan mudah sedia untuk dihidangkan.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!