Ads

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

Kuih Tepung Pelita merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat sedap dan enak rasanya. Rasa lemak manis yang seimbang menjadikan Kuih Tepung Pelita kegemaran ramai tidak kira usia. Apabila tiba bulan puasa, kuih ini antara yang paling mendapat sambutan dan sering menjadi buruan di bazar Ramadan.

Bagi anda yang ingin mencuba membuatnya sendiri di rumah, apa kata cuba resipi Kuih Tepung Pelita perkongsian saudari Sally Ahmad ini. Cara penyediaannya tidak terlalu sukar dan hasilnya memang memuaskan hati. Jika ikut langkah dengan betul, anda boleh menikmati kuih tradisional ini yang lembut, berlemak dan manis secukupnya.

Resipi Kuih Tepung Pelita Sedap dan Mudah

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

Ikuti bahan-bahan dan langkah lengkap untuk menyediakan Kuih Tepung Pelita yang lembut dan menyelerakan ini.

Bahan Bahagian Bawah Kuih Tepung Pelita

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan air
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

Cara Memasak Bahagian Bawah

  1. Ambil daun pandan yang telah dibersihkan dan potong kepada 4 bahagian. Daun ini digunakan untuk membuat acuan tradisional. Jika tidak mahu menggunakan daun pandan, anda boleh menggunakan bekas kecil biasa sebagai alternatif.

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

2. Selepas menyediakan bekas acuan tepung pelita, masukkan kira-kira 1 sudu teh gula pasir yang telah dikisar halus ke dalam setiap bekas. Menurut empunya resipi, gula pasir dikisar supaya lebih halus. Apabila adunan hijau panas dituangkan nanti, gula ini akan mencair dan menghasilkan air gula yang menambahkan rasa manis pada kuih.

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

3. Seterusnya, masak semua bahan bahagian bawah di dalam periuk. Kacau sentiasa sehingga adunan menjadi pekat dan sebati.

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

4. Apabila adunan sudah pekat, sudukan ke dalam bekas acuan yang telah berisi gula tadi sehingga kira-kira separuh bekas.

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

Ads

5. Adunan ini tidak perlu dikukus kerana ia telah dimasak di atas dapur sehingga pekat.

Nota: Kebiasaannya jika bahagian bawah Kuih Tepung Pelita dikukus, teksturnya akan menjadi lebih pejal. Namun jika dimasak di atas dapur sehingga pekat dan terus dituangkan ke dalam acuan, teksturnya akan menjadi lebih lembut apabila bercampur dengan air gula di bahagian bawah.

Bahan Bahagian Atas Kuih Tepung Pelita

  • 1 cawan santan
  • Jika menggunakan sebiji kelapa, sukat 4 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan pekat.
  • Jika menggunakan santan kotak kecil seperti Kara, bancuh sehingga mendapat kira-kira 4 cawan santan.
  • 4 sudu tepung beras
  • Sedikit garam

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

Nota penting: Elakkan menggunakan tepung beras cap 5 gajah kerana ia lebih sesuai untuk membuat laksa. Anda boleh menggunakan jenama lain seperti cap 2 gajah, 3 gajah atau teratai.

Cara Memasak Bahagian Atas

  1. Satukan semua bahan bahagian atas dan kacau sehingga sebati.

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

2. Kemudian masak campuran santan tersebut di dalam periuk sambil dikacau sehingga ia menjadi pekat dan berkrim.

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

Ads

3. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan santan ini terus ke atas lapisan hijau dalam bekas acuan tadi.

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

4. Seperti lapisan bawah, bahagian ini juga tidak perlu dikukus kerana ia telah dimasak sehingga pekat di atas dapur.

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

Tip Menjadikan Kuih Tepung Pelita Lebih Sedap

Selepas siap, Kuih Tepung Pelita boleh dimakan terus. Namun ramai yang berpendapat rasanya akan menjadi lebih sedap jika disimpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Tekstur bahagian bawah yang lembut bersama lapisan santan yang lemak masin menjadikan Kuih Tepung Pelita ini sangat seimbang rasanya. Tidak hairanlah kuih tradisional ini kekal popular hingga kini dan sering menjadi pilihan ketika berbuka puasa.

Jika anda peminat kuih tradisional, resipi Kuih Tepung Pelita ini memang wajib dicuba di rumah kerana cara penyediaannya agak mudah tetapi hasilnya sangat memuaskan.

Ads

Kredit resipi & foto: Sally Ahmad

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Cara Buat Kuih Tako Letak Sengkuang Cina Paling Senang & Sedap

 

 

 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi Almond London Paling Sedap & Mudah Tanpa Mixer, Confirm Laris!

Almond London ialah biskut raya popular dengan gabungan coklat dan kacang badam rangup. Ikuti resipi Almond London mudah tanpa mixer ini untuk hasil yang sedap dan cantik.