Sedapnya Kuih Serabai. Ia merupakan salah satu dari kuih tradisionalorang dulu-dulu dan popular di kalangan rakyat Malaysia. Berbentuk seakan apam, Kuih Serabai ini biasanya yang dinikmati bersama kuah manis atau jika masih bermusim, boleh dimakan bersama kuah durian. Teringin nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaty Hashimni. Memang sedap.
2. Peram adunan sehingga naik sekali ganda dan berbuih. Adunan siap untuk dibakar.
3. Oles minyak pada pan acuan dan pastikan pan betul-betul panas sebelum diletakkan adunan.
4. Sukatan 1 adunan ini akan dapat dalam 88 keping serabai.
BAHAN KUAH DURIAN: 1 kg isi durian frozen 1 mangkuk santan pekat – beli online disini ½ mangkuk gula merah basah – beli online disini ¼ mangkuk gula pasir – beli online disini Garam secukup rasa 5 sudu makan tepung gandum + air Daun pandan
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dan reneh hingga masak. Hidangkan bersama kuih serabai tadi.
PETUA UNTUK ELAK ACUAN MELEKAT
Ads
1. Panaskan pan serabai hingga betul-betul panas baru oleskan minyak dan letak adunan.. 2. Api jangan kuat. Kalau melekat juga, goreng telur dalam pan dan angkat. Kemudian boleh guna pan macam biasa. Insyaallah tak melekat.
Ada kala kita tak sempat nak memasak beria-ia sangat. Bahan mentah kat rumah pun terhad. RASA berikan resipi 3 masakan yang mudah untuk anda sediakan ala-ala orang bujang. Tak sampai 30 minit anda dah boleh makan kekenyangan. Jom cuba.
NASI GORENG AYAM KUNYIT
Bahan ayam kunyit
100 gram isi dada ayam (gaul dengan garam dan kunyit)
Sedikit hirisan kacang buncis
Sedikit hirisan lobak merah
1/2 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan cili padi dan merah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan nasi
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur ayam
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minya masak untuk menumis
Cara membuat
1. Panaskan minyak, goreng isi ayam sehingga garing. Ketepikan.
2. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, cili sehingga wangi, diikuti sayuran dan kacau.
3. Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi.
4. Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.
5. Masukkan nasi diikuti dengan sos tiram.
6. Gaul rata sehingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit.
SANDWIC TUNA GORENG
Bahan-bahan
4 keping roti
1 tin tuna
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (cencang halus)
100 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
80 ml air
Sedikit mayones
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara memasak
1. Campurkan hirisan cili, bawang dan tuna tadi dalam satu mangkuk. Gaul sebati. Sapukan di atas roti. Letakkan sedikit mayones dan lapiskan dengan sekeping roti lagi.
2. Bancuh tepung gandum bersama sedikit garam dan air. Celup roti ke dalam bancuhan tepung.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
4. Angkat dan tos.
5. Potong roti menjadi bentuk tiga segi dan sedia dinikmati.
SPAGETI GORENG
Bahan-bahan
200 gram spageti | dicelur
150 gram campuran makanan laut
6 batang asparagus (dicelur dan direndam dalam air berais)
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh emping cili
1/2 sudu teh oregano
2 sudu makan mentega
Garam secukup rasa
Cara membuat
1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan campuran makanan laut dan goreng lagi hingga masak.
3. Tambahkan spageti. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, emping cili, oregano dan perasakan dengan garam secukupnya.
5. Masukkan asparagus. Gaul rata.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kadang-kadang biskut yang simple ni yang laris bila dihidang. Kosnya murah aje tapi rasanya sedap dan mencair di mulut, perrghh nikmatnya.
Nah,ni dia biskut kelapa rangup dibuat dari tiga jenis tepung, ada tepung ubi dan tepung jagung mana tak rangupnya
Eloknya tepungnya disangai dan jangan lupa sangai kelapanya sekali. Nilah rahsia kerangupan biskut kelapa dari aliah rose ini.
BISKUT KELAPA RANGUP
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
3 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk penaik
*Tepung disatukan dan disangai sekejap, lepas tu masukkan dalam bekas besar.
Bahan B :
2 cawan kelapa parut yang telah disangai
1 cawan gula halus
50gm @ 1 peket serbuk santan
*Bahan-bahan ni (di atas) dicampur bersama bahan-bahan A. Gaul sampai mesra
Bahan C :
250gm mentega * Empunya resipi campur dengan majerin
I biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAKNYA:
Mentega /majerin ambil sedikit demi sedikit digaul dengan bahan A yang sudah dicampur dengan bahan B.
Sambil gaul masukkan telur dan esen vanilla.
Uli sampai adunan tak melekat di jari.
Kalau keras tambah mentega/majerin, kalau agak lembik tambah tepung ubi.
Terap guna acuan yang disukai, bakar dengan suhu 170 darjah Celsius selama 20 minit hingga masak.
Sedapnya kalau dapat makan Cendol Santan Gula Melaka sejuk-sejuk. Terasa nak buat sendiri di rumah? Mudah sahaja caranya. Menerusi perkongsian saudari Shida Ambok, beliau mendapat resipi ini dari pekerja kakaknya. Memang sedap dan mudah. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Cara membuatnya pun senang sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan. Lagi berbaloi buat sendiri berbanding beli di kedai. Memang puas makan. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Anda pasti puas hati dengan rasa dan hasilnya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Cendol jika mahu lebih sedap, boleh guna santan dari kelapa parut yang dikisar halus kemudian diperah santannya. (tapi empunya resipi guna santan kotak sahaja)
2. Ambil 1 tin susu sejat kemudian campurkan dengan santan pekat tadi. Sukatan santan adalah 1 tin (Nisbah1:1) – sukat guna tin susu sejat yang sama.
3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk menaikkan rasa.
4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera ke dalam mangkuk. Lebih sedap jika ditambah ais.