Enaknya jika dapat menikmati Kuih Jongkong yang sedap. Lemak lembut, memang tidak puas dimakan. Bagi anda yang menggemari kuih tradisional ini, bolehlah cuba hasilkan sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Kia Cater. Sangat mudah. Pasti puas hati bila lihat hasilnya. Jom cuba!
Gula merah secukupnya – beli online disini Daun pisang – dibersihkan dan dilayur
CARA MEMASAK KUIH JONGKONG:
1. ADUNAN PANDAN: Satukan semua bahan dan kacau hingga tepung larut. 2. Kacau mesra adunan dan masak guna api sederhana hingga pekat. 3. Pastikan tekstur adunan agak lembut. Jika keras, tambah air panas. 4. ADUNAN SANTAN: Satukan semua bahan-bahan untuk adunan santan. Sebatikan dan masak atas api. Jika adunan keras, tambah sedikit air panas. Paling sedap jia adunan lembut-lembut sahaja dan tidak keras. 5. AIR GULA: Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut. Ketepikan dan biarkan sejuk. 6. Untuk membuat Kuih Jongkong, ambil daun pisang yang telah dilayurkan dan sudukan gula merah. 7. Kemudian letak adunan pandan diikuti adunan santan dengan secukupnya.
Ads
8. Bungkus Kuih Jongkong dengan kemas dan kukus selama 15 minit.
9. Tunggu kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dihidang. Tuang air gula sewaktu dinikmati.
Sedapnya Kuih Asam Gumpal. Bagi penggemar kuih muih tradisional, harus cuba resipi mudah dan enak ini. Bahan-bahannya tidak sukar malah senang didapati di kedai runcit berdekatan.
Jadi nak cuba hasilkan sendiri sajian ini untuk keluarga? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI KUIH ASAM GUMPAL INTI KACANG HIJAU SEDAP & MUDAH
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti, rebus kacang hijau hingga kembang. 2. Masukkan gula dan masak hingga kering. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan. Ketepikan. 3. Basuh sagu dan toskan sekurang-kurangnya satu jam. 4. Masukkan air panas. Sebatikan hingga boleh dikepal. 5. Masukkan inti yang telah dibulatkan tadi dan kemaskan. Bentukkan seperti bebola.
6. Kukus selama 10 minit sehingga sagu jadi jernih. (lapik kukusan dengan plastik ketika mengukus asam gumpal.) 7. Seterusnya satukan semua bahan kuah dan masak hingga mendidih guna api perlahan. 8. Masukkan asam gumpal kemudian tutup api. Sejukkan.
Antara menu jualan laris di gerai untuk minum petang adalah cucur udang. Selain pisang goreng, cucur udang juga amat menarik perhatian untuk dibeli dan dijadikan hidangan minum petang. Apatah lagi kalau dimakan panas-panas. Tepung yang digoreng bersama udang dan juga sayuran, kemudian dimakan pula dengan sos cili memang sangat mengasyikkan. RASA berikan resipi cucur udang yang mudah tapi sedap.
CUCUR UDANG
cucur udang fb
BAHAN-BAHAN
• 1 kg tepung gandum
• 1 peket mauripan
• 1 batang lobak merah (disagat halus)
• Sedikit daun kucai
• Sedikit taugeh
• Sedikit garam
• Air secukupnya
• Udang
• Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung gandum, mauripan, lobak merah, daun kucai, taugeh dan garam. Bancuh dengan air. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
2. Peram bancuhan dalam sejam.
3. Apabila sudah kembang bolehlah digoreng bersama-sama udang.
4. Tekan sikit udang pada bancuhan tadi supaya udang tidak jatuh.
5. Api jangan terlalu besar. Nanti masak di luar saja tapi di dalam mentah lagi.
Teringin buat Talam Keladi Berlauk, jangan kata tak boleh buat ye. Resipi yang dikongsikan ini boleh membantu dan anda hanya perlu yakin mencuba. Bahan mudah dan cara memasak juga senang. Gerenti anda akan berpuashati bila hasilnya menjadi dan sedap.
TALAM KELADI BERLAUK BAHAN-BAHAN BAHAN A: 2 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung ubi 2 sudu besar tepung gandum 6 cawan santan | 1 biji kelapa 1sudu kecil garam BAHAN B: 2 cawan ubi keladi | potong dadu, rebus dan toskan 2 sudu besar udang kering 4 tangkai cili merah | cincang 1 pokok daun bawang | hiris halus 1 pokok daun sup | hiris halus 2 sudu besar bawang goreng BAHAN C (HIASAN):
3 tangkai cili merah | cincang 1/2 cawan bawang goreng 2 sudu besar kacang tanah | disangai dan tumbuk 2 sudu besar udang kering | digoreng gareng dan dikiar halus 1 pokok daun sup dan daun bawang | hiris halus Beberapat titisan minyak bijan
CARA MEMBUAT:
Panaskan pengukus dan sapukan minyak masak pada loyang saiz 10X10 inci.
Campurkan semua bahan A, kacau sebati dan tapiskan ke dalam mangkuk.
Seterusnya masukkan bahan B dalam mangkuk adaunan tadi dan gaul rata.
Masak atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga naik wap. Tutup api.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang diletakkan dalam kukusan.
Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Tutup api dan sejukkan beberapa jam, apabila ingin menghidangkan taburkan di atasnya dengan bahan C di atasnya dan potong.