Dim Sum adalah sejenis menu pembuka selera yang sihat dan bervariasi jenis. Masakan popular di kalangan masyarakat Cina ini, kini turut digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia. Kepada pengembar Dim Sum, apa kata korang cuba buat sendiri di rumah dengan berpandukan resipi DIY RASA kongsikan ini.


Cara Buat Dim Sum Yang Mudah & Sedap.
DIM SUM AYAM CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 30gm isi ayam | cincang
  • 30gm isi udang | buah kulit dan celur seketika
  • 10gm cendawan | cincang
  • 5gm kulit wantan secukupnya
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Sos Cili | sebagai pencicah

CARA MEMBUAT:

Cara Buat Dim Sum Yang Mudah & Sedap.
LANGKAH 1:Campurkan isi ayam, udang dan cendawan yang telah dicincang digaul sebati.Ambil kulit wantan, kemudian masukkan campuran isi ayam, udang dan cendawan.

IKLAN

Cara Buat Dim Sum Yang Mudah & Sedap.
LANKAH 2: Bentuk kulit wantan seperti cawan di dalan genggaman tangan.Tekan-tekankan isian sambil eratkan genggaman supaya Dim Sum padat.

IKLAN

Cara Buat Dim Sum Yang Mudah & Sedap.
LANGKAH 3: Kemudian letakkan telur ikan di atas Dim Sum.Inilah hasil Dim Sum yang telah siap.

Cara Buat Dim Sum Yang Mudah & Sedap.
LANGKAH 4: Masukkan Dim Sum di dalam pengukus.Kukus lebih kurang 6-10 minit. Kemudian buka pengukus dan keluarkan. Dim Sum yang sudah masak dan sedia dinikmati.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI