Sedapnya kuih Cek Mek ni. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan yang sangat sedap dan mudah disediakan. Hanya menggunakan bahan-bahan mudah didapati, kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada di waktu pagi, petang atau di majlis-majlis keraian. Nak cuba? Saudara Mohd Azmy ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
1.Rebus ubi keledek dengan secubit garam hingga empuk. Empunya resipi guna ubi kuning kerana rasanya yang lebih manis. 2. Bila ubi telah empuk, toskan air dan lenyek menggunakan lesung batu hingga lumat.
Ads
3. Masukkan tepung gandum dan juga baking powder. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambal diuli. Jangan letak banyak nanti kuih akan keras. Pastikan jumlah ubi lebih banyak dari tepung.
4. Uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Sediakan minyak dan juga gula. Minyak untuk memudahkan proses menguli doh. Gula pula dijadikan inti kuih.
6. Cubit doh dan leperkan. Letak 1 sudu teh gula.
7. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
8. Lakukan proses yang sama hingga habis adunan.
Ads
9. Panaskan minyak masak yang banyak dan goreng cek mek tadi hingga keperangan.
10. Angkat dan toskan. Tunggu kuih sejuk seketika barulah dinikmati.
11. Kuih Cek Mek sedia untuk dihidang. Berhati-hati jika makan sebaik diangkat dari kuali kerana air gulanya masih panas.
Nak masak nasi goreng tidaklah susah pun, mudah sahaja. Tetapi jika kena dengan cara masakannya, ia pasti akan membuat anda makan bertambah-tambah. Kalau dah buntu nak fikir menu apa yang nak dimasak, boleh masak nasi goreng ini. Anak-anak pasti suka. Nak cuba buat kat rumah? Jom kita lihat resipi yang dikongsi oleh Hana A Razak ini.
Andai berkunjung ke Thailand atau ke negeri-negeri sempadan negara gajah putih seperti Kelantan dan Kedah, jangan lupa untuk mencuba Nasi Air Thai. Kombinasi rasa pedas, masam…memang terbaik! Pendek kata, sekali cuba memang akan teringat-ingat.
NASI AIR SIAM
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras
Air secukupnya ( jumlah air yang biasa untuk masak nasi)
1 cawan air rebusan tulang/daging
3 hirisan halia | titik
2 ulas bawang putih | titik
1 batang serai | titik
Sedikit garam
BAHAN-BAHAN SUP:
5 cawan air rebusan tulang
4 hiris halia | titik
2 ulas bawang putih | mayang halus
3 ulas bawang merah | mayang halus
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN
6 ekor udang | dicelur
2 ekor sotong | dicelur
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawnag
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Rebus tulang bersama daging hingga empuk (air ini digunakan untuk sup dan juga memasak nasi).
Untuk menyediakan nasi, basuh beras hingga bersih. Masukkan halia, bawang putih, serai dan sedikit garam di dalam periuk beras.
Masukkan pula air rebusan tulang dan daging. Pastikan air lebih sedikit dari masak nasi biasa supaya nasi lembik.
Cara penyediaan sup. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan air rebusan tulang/daging bersama sup bunjut
Akhir sekali masuk garam dan perasa secukup rasa.
Cara menghidangkannya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.
Letakkan di atasnya udang dan sotong yang telah dicelur serta hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Tuangkan sup dan sedia dihidangkan. Enak jika perah sedikit jus limau nipis sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Anda yang alahan makanan laut, boleh tukar dengan ikan bilis dan daging goreng.
Putu Mayam sejenis makanan tradisional India yang mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan berbilang bangsa. Memang layan kalau dapat makan panas-panas. Berkeping-keping boleh dihabiskan tanpa sedar. Jom kita buat resepi Putu Mayam original seperti yang dikongsikan oleh Faizah Husain
RESIPI PUTU MAYAM
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras –BELI ONLINE 1 cawan air 1 sudu teh garam –BELI ONLINE 1 sudu makan minyak jagung – BELI ONLINE Pes pandan (jika nak rasa pandan dan warna hijau) Daun pisang Gula kabung – BELI ONLINE Kelapa parut putih
CARA MEMBUAT:
1. Potong daun pisang bentuk bulatan besar sedikit dari saiz putu mayam. Panaskan periuk kukus.
2. Dalam periuk lain masak air hingga mendidih.
3. Masukkan garam dan minyak jagung. Kacau biar sebati.
4. Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika belum lembut tambah tepung sedikit demi sedikit.
5. Adunan panas-panas terus masukkan ke dalam acuan putu mayam. Kalau sejuk adunan keras tak boleh nak putar acuan.
6. Susun daun pisang yang telah disapu minyak dalam kukusan. Putar acuan secara membulat biarkan doh jatuh secara bertali di atas daun pisang. Jika tak tahan panas boleh putar di luar kemudian susun dalam kukusan.
7. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja. Balut penutup kukus dengan kain supaya wap tak jatuh. Sudah masak, susun dalam bekas.
8. Parut gula kabung. Guna gula kabung sebab kesedapan gula kabung tidak sama dengan gula lain.
9. Gaul gula kabung dan kelapa parut makan bersama putu mayam.
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.