Suka ikan air tawar? Kalau suka ini ada tiga resipi yang boleh dikira autentik tapi sedapnya tak terkata. Kalau nak makan di kedai memang jarang kita jumpa,  jadinya jom kita belajar buat sendiri.  Sesiapa yang  nak mencuba silakan kerana resipi ada disertakan.

Pilihlah mana satu menu kegemaran anda dan keluarga. Ketiga-tiga resipi ini sangat sedap dan wajib cuba.

Tiga Menu Ikan Air Tawar Terlajak Sedap, Nombor 2, Wajib Cuba!

IKAN TILAPIA PAIS TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Tilapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
  • 3 sudu makan tempoyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun kunyit secukupnya | untuk membalut ikan
  • Aluminium foil secukupnya

BAHAN HIRISAN:

  • Daun kunyit secukupnya
  • Daun kesum secukupnya
  • Daun pegaga secukupnya
  • Daun limau purut secukupnya
  • 4 batang serai

BAHAN KISAR HALUS:

IKLAN
  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
  2. Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya.
  3. Gaul rata dan sebati.
  4. Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
  5. Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
  6. Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit.
  7. Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
  8. Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
  9. Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
  10. Kukus ikan hingga masak.
  11. Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas

Tiga Menu Ikan Air Tawar Terlajak Sedap, Nombor 2, Wajib Cuba!

IKAN LAMPAM  GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
  • 250ml santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit | mayang halus
  • Daun pisang secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
  2. Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
  3. Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
  4. Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
  7. Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
  8. Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya.
  9. Tutup api, ikan sedia dihidangkan.

 Tiga Menu Ikan Air Tawar Terlajak Sedap, Nombor 2, Wajib Cuba!

KARI IKAN PATIN

IKLAN

BAHAN -BAHAN:

  • 1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
  • 250ml susu rendah lemak
  • 150gm yogurt
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan halba campur
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 biji terung bulat | belah empat
  • 2 biji cili hijau | belah dua
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

BAHAN HIRIS

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4cm halia muda

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan patin dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
  4. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
  5. Kacau rata hingga pecah minyak.
  6. Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
  7. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
  8. Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
  9. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI