Kek Tapak Kuda adalah kek yang popular di Brunei. Rasanya sangat sedap namun susah nak jumpa kerana jarang ada yang buat kek ini untuk niaga. Bagi anda yang teringin nak rasa, resipi perkongsian saudari Ina Matzin ni antara yang boleh dicuba.
5. Untuk lapisan adunan putih, digalakkan tuang ke dalam loyang dengan mengguna piping bag supaya kek tidak berombak. Penuhkan loyang dengan adunan putih.
6. Bakar kek pada suhu 140C selama 25 minit. Bila masak, sejukkan kek seketika.
7. Potong kek kepada 2 bahagian. Sapu Nutella pada bahagian kek coklat dan lipat kek kepada dua. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Jika ada banyak stok kurma di rumah, boleh cuba buat kek. Sedap sangat. Tidak perlu banyak gunakan gula sebab kurma itu sendiri sudah cukup manis. Bahan yang digunakan juga tidak banyak. Anda boleh cuba pelbagaikan. Letak kekacang pun sedap.
KEK KURMA
BAHAN-BAHAN
20 biji kurma
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan susu UHT
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila
1 genggam kecil gajus (ditumbuk kasar)
CARA MEMBUAT
1. Buang biji kurma. Kisar kurma sehingga halus dengan sedikit air. Masukkan kurma dalam bekas mixing.
2. Masukkan bahan minyak masak, gula halus dan susu UHT. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, baking soda dan esen vanila.
4. Masukkan gajus dan kacau lagi.
5. Bakar kek selama 35 minit pada suhu 180 darjah celcius.
Kek yang gebu dan lembut semestinya menjadi idaman semua. Kek jenis ini tidak muak malah tidak jemu untuk dinikmati. Bagi yang tercari-cari resipi kek yang gebu, boleh cuba resipi perkongsian saudari Dura Good Tailor ni. Jika mahui lebih enak, boleh tuang krim keju dan parutan keju cheddar. Sedap!
BAHAN-BAHAN:
1 1/4 cawan tepung gandum | ayak bersama serbuk penaik
1 sudu kecil baking powder ( serbuk penaik) | tak guna pun tidak mengapa
3 biji telur gred C
3/4 cawan gula | kisar terlebih dahulu supaya halus
1 sudu besar ovalette
1/4 cawan minyak jagung
1/4 cawan santan kara
1 penutup perisa strawberi
1 penutup pewarna merah jambu
CARA MEMASAK:
Pukul telur, gula, ovalette dan perisa strawberi selama 5 minit. Pukul menggunakan pemukul tangan ( mixer).
Kemudian masukkan minyak, santan dan pewarna. Pukul lagi selama 5 minit.
Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang diayak tadi.
Sapu loyang dengan sedikit marjerin atau minyak. Tuang adunan kek dan bakar pada suhu 160-180C selama 40-60 minit.
Nota: Waktu membakar kek adalah berbeza mengikut jenis ketuhar. Selalu lihat kondisi kek bagi mengelakkan kek anda hangus.
Selalu biskut menggunakan coklat atau pelbagai jenis coklat seperti white chocolate atau dark chocolate. Kali ini, cuba kita gunakan Ovaltine pula. Beri kelainan sedikit pada variasi biskut yang kita buat.
Jom kita lihat resipinya.
OVALTINE CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN A
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
1 biji telur ayam
1/4 cawan minyak jagung
BAHAN B (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan Ovaltine
1/2 cawan susu tepung
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
BAHAN C
1 cawan badam cencang (dibakar sekejap)
1 cawan chocolate chip
CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega bersama gula halus. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam dan juga minyak jagung. Gaul lagi.
3. Masukkan pula BAHAN B kecuali tepung gandum. Kacau adunan sehingga sebati.
4. Apabila semuanya sudah sebati, baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Sambil diadun sehingga adunan lembut.
5. Akhir sekali, masukkan BAHAN C. Adun rata.
6. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
Ulang proses sehingga habis adunan.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
8. Setelah masak, biarkan biskut sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.