Sepanjang tempoh PKB ini cubalah untuk berjimat. Lihat apa yang ada di rumah dan cuba menjadi kreatif untuk membuat menu yang disukai keluarga. Jika ada pisang di rumah selain masak cucur boleh juga dibuat kek pisang untuk hidangan minum petang. Lihat resipi mudah ini.
1 biji pisang (di potong nipis untuk hiasan atas kek)
2 sudu teh parutan lemon
1 sudu makan perahan lemon
Cara memasak:
Ads
1.Sediakan loyang 8×8 & panaskan ketuhar 180’C
2.Pukul mentega & gula kastor sehingga kembang
3.Masukkan telur satu persatu hingga habis (low speed)
4.Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan buttermilk sehingga habis
5.Masukkan esen vanila
6.Masukkan pisang yang telah dilenyek, parutan kulit & jus lemon. Gaul rata & pindahkan adunan ke dalam loyang pembakar
7.Bakar adunan selama lebih kurang 35 minit atau sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA!
Ads
Resipi Ikhlas Daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Jom cuba buat Kek Marble Kampung berperisa kopi ni. Sangat sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Sedikit lain dari Kek Marble biasa kerana resipi ini menggunakan serbuk kopi sebagai penambah rasa.
Kek Marble Kampung begini sememangnya digemari ramai. Tak kira tua atau muda, semuanya menikmati dengan gembira. Tak muak langsung!
Bagi anda yang nak buat Kek Marble Kampung berperisa kopi ni untuk hidangan keluarga, cubalah resipi perkongsian saudari Norainon Misnor ni. Boleh abaikan penggunaan serbuk kopi jika nak buat Kek Marble tanpa perisa. Jom cuba!
CARA MEMASAK:
1.Putar mentega, gula dan ovellete hingga kembang @ putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Seterusnya masukkan esen vanilla dan susu pekat manis. Putar lagi hingga sebati.
Tutup mixer.
4. Masukk tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kaup balikkan adunan hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biasa dan satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan bancuhan kopi. Jika warna kurang menyerlah, tambah emulco coklat.
6. Masukkan adunan dalam loyang bulat saiz 7 secara berselang seli. Pastikan loyang dialas dengan baking paper dan disapu mentega.
7. Bakar kek pada suhu 150c selama 50 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza bergantung pada oven masing-masing.
Bila tiba Ramadan, ramai dikalangan kita yang dah mula buat biskut raya. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai adalah Biskut Coklat Cip ala Famous Amos. Memang sedap. Bukan setakat kanak-kanak, yang dewasa pun suka biskut begini. Istimewa buat anda, Raas kongsikan resipi biskut dari Opah Mas Cotek. Bolehlah cuba nanti.
RESIPI BISKUT ALA FAMOUS AMOS
BAHAN A:
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak
1 buku mentega (250gm)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan susu segar
2 sudu teh serbuk vanila/esen vanila
BAHAN B ( diayak):
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh cream of tartar
2 sudu makan serbuk koko (jika suka)
BAHAN C:
1 1/2 cawan coklat cip
3/4 cawan badam cincang
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan sebatikan menggunakan whisk. Boleh juga guna senduk.
2. Masukkan bahan B. Kaup balikkan hingga sebati.
3. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan C. Gaul rata.
4. Sudukan adunan dalam tray yang telah dialas baking paper dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
(Masa membakar mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.)
Kek sarang semut yang juga dipanggil sebagai kek gula hangus tentu sahaja menjadi pilihan orang ramai. Walaupun ada yang mengatakan ia agak sukar untuk dibuat, tetapi bila dimakan ia memberi satu kepuasan yang tidak terhingga. Kali ini, RASA akan kongsikan satu resipi kek sarang semut yang tidak perlu perap selama 4 jam. Resipi ini dikongsi oleh Aezach AR. Ayuh kita bongkar resipinya.
RESIPI KEK GULA HANGUS / KEK SARANG SEMUT
(tak perlu perap 4 jam)
Loyang 7 X 7 inch
BAHAN A
300gm gula pasir
300gm Air Panas
125gm Butter – sejuk
5 titik butter compound
5 titik vanilla compound
CARA-CARA
Cairkan gula di dalam periuk – sehingga perang gelap.
Kemudian tuang air panas dan biarkan air gula hangus menggelegak
Masukan butter yang di potong-potong kecil bersama vanilla compound dan butter compound – ketepikan
BAHAN B
300gm Telur ( 6 biji telur size B ) – saya gunakan yang sejuk sebab simpan dalam peti sejuk
200gm Susu Pekat Manis – sejuk sebab simpan dalam peti sejuk
BAHAN C
175gm Tepung Gandum
25gm Tepung Ubi
8gm Baking Soda
– Ayak 3 kali
CARA-CARA
Kacau telur dan susu bersama menggunakan whisk . Tak perlu kembang pun. Cukup untuk sebati.
Tuang 1/3 adunan air gula Karamel tadi – suam ke dalam campuran telor/ susu tadi dan pukul menggunakan whisk sehingga berbuih.
Masukkan 1/2 bahagian tepung kemudian kacau lagi.
Masukkan 1/3 bahagian Air Gula Karamel tadi. – kacau
Habiskan campuran tepung dan Air gula karamel dan kacau sehingga sebati.
Kemudian tapis ke dalam bekas lain.
Leserkan loyang yang panas dengan minyak / non stick grease spray.
Tuang ke dalam loyang yang panas dan kecilkan api.
Panggang di atas api dapur sehingga kering dan belubang di permukaan.
Masukan ke dalam oven yang dipanaskan pada suhu 150 darjah – api atas dan bakar sehingga masak.
Sejukkan dan potong kek secara melintang.
Permukaan kek yang di panggang di atas api dapur
Kek yang hampir kering
Selepas di bakar di dalam oven pada suhu 150 darjah – api atas
NOTA:
1. Saya gunakan bekas pemanggang seperti gambar di bawah.. ntah bila bawak balik dari surabaya.😂😂😂.. lapikkan alumunium foil kemudian letak batu kerikil kecil. Saya pakai batu akuarium. Kemudian lapik sekali lagi dengan alumunium foil. Jika tiada boleh gunakan periuk sebagi ganti.
Loyang yang sudah siap di lapik
Batu yang di tutup dengan alumunium foil
Batu akuarium beli kat kedai 2 hengget
2. Cara yang saya gunakan tidak perlu peram 4 jam kerana method campuran suhu panas ( air gula karamel ) bersama dengan telor/ susu yang sejuk. Kesan campuran pada suhu yang suam akan meyebabkan protin pada telor akan stabil dan juga soda bikarbonat “bekerja” dengan mengeluarkan karbon dioksida secara cepat.
3. Jika di lihat pembuatan kek gula hangus / sarang semut yang klasik, orang dahulu menggunakan peralatan asas seperi periuk, pemukul telur, loyang bingka ataupun oven hitam cap rama2. Suhu semasa memnaggang memainkan peranan ketika pembakaran.
4. Suhu yang sekata dari batu yang panas ketika memanggang akan menyebabkan “tunnel” di hasilkan dari tindak balas bahan penaik.
5. Jika dibakar di dalam oven terus akan menyebabkan permukaan kek masak – “protein coagulate” dan karbon dioksida tidak dapat melepasi pada penghujung tunnel – permukaan kek.
Finishing – bakar di dalam oven pada suhu 150 darjah selsius – api atas
6. Saya simpan kek ni dah dekat seminggu.. makin lama makin lembap dan rasa vanilla / butter compound enhance rasa kek gula hangus / sarang semut.
Nak try buat Kek Sarang Semut ni tapi tak ada oven? RASA kongsikan seleksi ketuhar terbaik pada harga mampu milik yang boleh anda cuba. Nanti bolehlah masak macam-macam. Boleh pilih DISINIikut bajet anda.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!