Dah bosan dengan rasa kek yang ada aising. Nak makan kek yang tak muak makan seperti kek marjerin ni. Buatnya pun mudah. Boleh hidangkan untuk minum petang nanti.Nak cuba membuatnya boleh ikut resipi di bawah. Hasilnya lemak, gebu dan moist.
2.Masukkan telur satu per satu, adun sehingga gebu, ayak tepung self raising dan masuk susu segar, adun lagi sehingga jadi adunan yang gebu dan beralun.
3.Siapkan loyang ukuran 7 inci, sapu marjerin dan alas kertas baking. Masukkan adunan, ratakan permukaan kek dengan spatula. Lorekkan dengan lidi untuk pecahkan bubble halus.
Kek Kelapa adalah antara kek tradisionalorang dulu-dulu yang sedap dan mudah disediakan. Malah ia juga masih diminati ramai sehingga kini. Penggunaan bahan yang sangat ringkas namun hasilnya sangat memuaskan. Malah harum bau kek sewaktu dibakar menaikkan lagi selera. Anda nak cuba buat Kek Kelapa? Resipi perkongsian saudari EiTa Emi ni antara yang terbaik. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT KEK KELAPA SEDAP
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung kek ( tepung naik sendiri)
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus ( boleh guna ¾ cawan jika kurang suka manis)
1 sudu makan ovalette
1 penutup esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 cawan kelapa kering
2 sudu makan susu pekat manis
4 biji telur saiz B
Pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
1. Kelapa kering dibahagikan beberapa bahagian dan diwarnakan ikut warna yang diingini. Kemudian jemur dalam masa 30 minit untuk mengeringkannya.
2. Pukul marjerin, gula dan ovalette hingga kembang putih. Masanya lebih kurang dalam 20 minit.
3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, esen vanilla dan juga susu pekat manis. Pukul lagi selama 3 minit hingga sebati.
4. Tambahkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Adun hingga rata.
5. Akhir sekali, masukkan kelapa kering yang telah diwarnakan tadi. Kaup balikkan adunan hingga sebati dan rata.
6. Sediakan loyang bersaiz 8 inci, oles sedikit mentega atau marjerin dan tuangkan adunan kek.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 170C menggunakan api atas bawah selama 10 minit. Kemudian masukkan kek dan bakar menggunakan suhu yang sama selama 40 minit.
8. Bila masak, sejukkan kek dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Jika suka, bagi mendapatkan warna kek yang cantik, anda boleh tambahkan sedikit pewarna kuning dalam adunan.
Sedapnya Kek Coklat Moist Kukus ni. Anda nak cuba? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipi yang sangat mudah dan terbaik. Kek ni sangat-sangat moist dan sedap terutamanya bila makan panas-panas. Lihatlah limpahan coklatnya, mewah kan? Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Pasti tak menyesal punya.
3/4 cawan gula pasir (beli online disini) (satukan semua bahan. Masak guna api perlahan hingga gula larut)
BAHAN C:
4 biji telur – pukul
Bekas plastik saiz 250 secukupnya (anggaran 12 bekas)
CARA MEMASAK:
Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B diselang selikan dengan telur. Sebatikan.
Tuang adunan hingga memenuhi 1/2 daripada bekas plastik yang digunakan.
Kukus selama 25-30 minit. Apabila kek masak, sejukkan.
BAHAN TOPPING COKLAT:
300gm coklat masakan
500ml UHT whipping cream
CARA MEMASAK:
1. Satukan kedua-dua bahan di dalam periuk. 2. Panaskan sehingga berwap dan coklatnya mencair. 3. Angkat dan terus tuang ke atas kek. Hias kek mengikut kreativiti masing-masing.
4. Sedia untuk dinikmati.
Terliur lihat Kek Span Pandan yang dihasilkan oleh saudara Azizi Rais ni. Nampak gebu gila! Walaupun lelaki, siapa sangka beliau boleh hasilkan kek macam ni. Yang wanita pun ramai lagi ‘fail’ buat kek ni tau.
Menurut saudara Azizi lagi, resipi yang beliau kongsikan ini adalah asas kepada kek span yang gebu dan lembut. Jika nak perasakan, hanya tambahkan pewarna dan perisa mengikut citarasa masing-masing. Nak cuba? Jom lihat bahan -bahan yang dieprlukan.
KEK SPAN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur ayam gred A
120gm gula
150gm tepung naik sendiri
50ml minyak masak
1 camca besar ovalette
Pewarna hijau dan esen pandan. ( optional )
9 inci loyang
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak. (Jika ingin kek berperisa pandan, oren atau sebagainya, boleh dimasukkan sekali masa ini).
2. Selepas itu mulakan dengan kelajuan perlahan, bila sudah sebati gunakan top speed sampai adunan menjadi bertanduk.
3. Kemudia tuangkan minyak masak, kaup balikkan sehingga rata.
4. Masukkan dalam loyang 9″ yang telah dilapik dengan kertas minyak.
5. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170’c atau golden brown atasnya.
6. Bila sudah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan.
INFO: Kek span ini boleh di hias menggunakan topping buttercream dan whip cream.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!