Kek Pandan gebu yang dinikmati bersama krim dan parutan keju. Memang sedap! Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni. Pasti puas hati.

 

KEK KUKUS PANDAN

Resipi Kek Keju Leleh Pandan Paling Sedap & Dijamin Menjadi. Tak Perlu Bakar Pun!

 

IKLAN

BAHAN A:

  • 3 biji telur
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh pes pandan
  • Pewarna hijau epal secukupnya

BAHAN B:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh cream tartar
  • 1/2 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan bahan-bahan A. Pukul hingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream tartar.
  3. Sebatikan adunan menggunakan spatula atau senduk sehingga sekata.
  4. Seterusnya masukkan minyak masak. Kacau lagi hingga adunan menjadi licin berkilat.
  5. Tuang adunan kek ke dalam bekas dan kukus menggunakan api besar selama 15 minit atau sehingga kek masak.
  6. Angkat dan sejukkan.

BAHAN CREAM CHEESE

  1. Resipi Kek Keju Leleh Pandan Paling Sedap & Dijamin Menjadi. Tak Perlu Bakar Pun!

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm krim keju
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan krim putar ( whipping cream)
  • 1 cawan susu segar

HIASAN:

  • 1 buku keju cheddar – diparut

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan dan pukul hingga tidak berketul.
  2. Tuang adunan krim keju ke atas kek yang siap dikukus dan disejukkan seketika.
  3. Tambah parutan keju cheddar dengan secukupnya.
  4. Sedia untuk dinikmati.
    Resipi Kek Keju Leleh Pandan Paling Sedap & Dijamin Menjadi. Tak Perlu Bakar Pun!

Kredit resipi & foto: Ummydarwisha Mansor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI