Bagi penggemar Kek Chiffon, resipi Kek Chiffon Pandan dari Ummu Ashraf ni patut anda cuba. Istimewa resipi beliau ini, ia adalah resipi orang lama yang tidak menggunakan ovalette. Hanya tambah pati dari daun pandan segar dan juga pati santan. Memang terbaik hasilnya. Jom cuba!
BAHAN B: 9 biji putih telur 1 sudu teh jus lemon 100gm gula kastor
Dapatkan CORELLE FAIRY FLORA 17PCS DINNERWARE SETdengan harga diskaunDISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Ads
CARA MEMASAK:
1.Untuk bahan A, pukul kuning telur dan gula kastor hingga kembang. 2. Dalam bekas lain, satukan santan, minyak jagung, pati daun pandan, esen vanilla, esen pandan dan garam. 3. Kacau rata semua bahan ini dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Pukul rata. 4. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang telah diayak ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau hingga tidak berbintil. 5. Untuk bahan B, putih telur hingga berbuih. 6. Masukkan jus lemon, pukul hingga kembang. 7. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul hingga putih telur bertanduk.
8. Kaup balikkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan pandan. Aduk dengan berhati-hati. 9. Masukkan 1/3 lagi adunan putih telur, kaup balik hingga sebati. Ulang hingga habis putih telur. Aduk dengan lembut hingga tak nampak lagi alur-alur putih telur. 10. Masukkan adunan dalam loyang kek chiffon 10 inci. Loyang jangan diminyakkan.
11. Bakar 55 minit pada suhu 170C. Letakkan loyang pada bahagian paling bawah ketuhar.
12. Selepas 30 minit, letakkan aluminium foil di atas kek untuk memastikan kek tidak merekah akibat haba bahagian atas ketuhar. 13. Selepas 55 minit, keluarkan kek dari ketuhar dan terbalikkan loyang supaya kek tergantung dan tidak kempis. 14. Biarkan kek betul-betul sejuk baru dikeluarkan dari loyang.
Tinggal seminggu lagi nak Raya. Jika anda terfikir nak hidangkan kek kepada para tetamu, boleh buat Kek Mentega Coklat Cip ni. Memang enak bila dapat menikmati Kek Mentega dengan taburan coklat cip di dalamnya. Nak lebih sedap, pastikan anda guna Anchor Unsalted Butter. Mentega tulen dari New Zealand ini merupakan pilihan yang terbaik. Aromanya saja sudah cukup menangkap selera. Pastinya para tetamu teruja melihat hidangan ini tersedia di atas meja.
KEK MENTEGA COKLAT CIP
Bahan-bahan:
220gram tepung gandum – ayak
170gram Anchor Unsalted Butter – suhu bilik
150gram gula kastor
180gram coklat chip
120ml Fernleaf Susu UHT
60gram Fernleaf Yogurt Asli
2 biji telur
1 ½ sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla esen
¼ sudu teh garam
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk pengadun, pukul Anchor Unsalted Butter bersama gula kastor hingga ringan dan kembang.
Masukkan telur satu persatu bersama esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan Fernleaf Yogurt Asli lalu pukul perlahan hingga sebati.
Masukkan tepung, baking powder dan garam. Gaul sebati.
Tuang Fernleaf Susu UHT dan pukul perlahan hingga semua bahan sebati (jangan gaul berlebihan).
Masukkan coklat chip dan kaup-balikkan sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang kek yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas parchment. Ratakan adunan.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan dan potong.
Kek ini dinamakan Kek Madeline kerana menggunakan acuan loyang yang berbentuk seperti gelas kecil. Gabungan kek butter, strawberi dan kelapa kering mencetuskan rasa enak yang hebat.
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!