Suka makan kek buah? Ramai yang tak berani nak cuba kerana kek ini dianggap sukar nak dihasilkan, Kalau beli, harganya pun boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni. Hanya dengan menggunakan tiga bahan mudah, anda boleh hasilkan kek buah enak untuk santapan keluarga. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA BUAT KEK BUAH 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
500gm dried mix fruit (buah campuran kering)
1 cawan jus oren (minute maid)
1 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMASAK: 1. Masukkan dried fruit dalam 1 bekas. Kemudian masukkan jus oren. Biarkan selama 2 jam. 2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati. 3. Tuang adunan ke dalam loyang. (Info RASA: Sebaiknya, griskan loyang dengan sedikit mentega atau alaskan dengan baking paper.) 4. Bakar kek dengan suhu 130c selama 2 jam. (Info RASA: Kadang kala, waktu memasak berbeza bergantung pada suhu dan jenis ketuhar. Selalu perhatikan supaya kek anda masak sempurna.) 5. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Sedapnya bila dapat menikmati kuih atau kek yang disukai. Kek keju leleh memang jadi kegemaran ramai. Semakin banyak lapisan keju, semakin sedap rasa kek bila dinikmati. Nak puas makan, jom buat sendiri ikut resipi yang min kongsikan ini.
Kek cheese leleh
Bahan-bahan:
*2 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum BELI ONLINE DI SINI
*1/2 cawan gula (saya kurangkan)
*2 sudu susu pekat-BELI ONLINE DI SINI
*1 sudu besar ovalate- BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil soda birkabonat
*1 sudu kecil esen vanilla (saya guna perisa vanilla)
1/4 cawan minyak masak
Cara memasak:
1.Kisar bahan bertanda * hingga putih gebu.
2.Ayak tepung,baking powder dan soda birkabonat.
3.Satukan adunan yang dah kisar gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
4.Akhir sekali letak minyak masak dan gaul sebati.
5.Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil itu kukus dalam 20@25 minit.
6.Guna acuan plastik pun bole juga. Masa kukus sama.
P/s: Kisar sampai sebati . Jangan lama-lama.Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit di tengah kemudian tutup balik baru tuang habis topping tadi. Last sekali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak. Simpan kejap dalam 1 jam di dalam peti sejuk kemudian dah boleh makan.
Kalau tak nak pun takpa boleh saja pakai acuan plastik yang lubang tu pun ok.
Buah kurma atau juga dipanggil tamar adalah makanan sunah yang paling popular. Walaupun kurma bukan makanan ruji di tanah air kita, namun buah ini mendapat perhatian apabila tibanya bukan Ramadan. Khasiat kurma bukan calang-calang. Dalam sebiji kurma terdapat 2 peratus protein, 2 peratus serat dan lebih 57 glukosa. Ini menunjukkan kurma mengandungi kandungan gula semula jadi yang tinggi. Kandungan gula dalam kurma akan ditukar menjadi tenaga serta merta apabila kita memakannya.
Inilah beza gula dalam kurma dengan gula dalam buah lain. Misalnya gula dalam tebu. Gula dalam tebu dikenali sebagao fraktosa yang bermaksud gula itu perlu dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk diserap oleh tubuh sebagai tenaga.
PENTINGNYA TENAGA SEGERA
Atas sebab itulah, seseorang individu yang berpuasa disunatkan berbuka puasa dengan kurma sebelum mengambil makanan lain. Ini kerana selepas tidak makan dan minum selama 12 jam, seseorang itu memerlukan makanan yang menyumbang tenaga segera kepada tubuh untuk terus beribadat menunaikan solat maghrib dan tarawih yang mempunyai fadilatnya tersendiri.
Selain itu, sumbangan tenaga serta merta pada tubuh melalui buah kurma juga boleh membantu menghalang seseorang itu makan mengikut hawa nafsu yang lapar dan dahaga. Hal ini sekali gus mengelakkan kita makan berlebihan yang boleh menyebabkan tubuh lesu. Selalu berlaku kita makan banyak ketika berbuka puasa namun badan tetap lesu dan tidak bertenaga. Ini kerana kebanyakan makanan yang diambil ketika berbuka puasa adalah karbohidrat. Makanan yang mengandungi karbohidrat memerlukan masa untuk ditukarkan kepada tenaga. Jadi tanpa tenaga segera, memang badan akan terus lesu dan mengantuk.
MAKAN DENGAN KULITNYA
Potasium diperlukan untuk membantu sistem saraf. Selain kurma, potasium juga boleh diperoleh melalui susu dan yogurt. Namun jumlah potasium dalam susu dan yogurt tidak setinggi dalam kurma. Jadi, jika anda perlukan potasium dalam jumlah banyak, kurma adalah sumber terbaik.
Kurma perlu diambil dengan kulitnya untuk memperoleh serat yang diperlukan oleh tubuh. Kurma mengandungi serat yang tinggi. Khasiat daripada hal ini adalah untuk membantu proses pelawasan. Tanpa serat, badan tidak dapat memproses makanan yang dimakan dan membantu melawaskan. Selain itu, kurma mengandungi vitamin A dan C yang bagus untuk kesihatan badan.
BANTU MASALAH KESIHATAN
Individu yang mempunyai masalah hipertensi atau darah tinggi, elok makan kurma setiap hari. Dalam perubatan homeopati, ada yang menghasilkan serbuk daripada biji kurma untuk direndam dan diminum bagi membantu meredakan masalah kesihatan.
Kurma juga dikatakan boleh membantu masalah kesuburan sebagaimana buah tin yang juga tergolong dalam makanan sunah. Kurma boleh dimakan bersama madu, buah badam, gajus atau diolah menjadi pelbagai resipi enak. RASA berikan dua resipi enak daripada buah kurma untuk anda cuba.
BAHAN-BAHAN
300 gram kurma dan kekacang (buang biji dan cencang halus)
1 cawan air
50 gram gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
185 gram mentega (dadu kecil)
125 gram gula perang
1 biji telur
175 gram tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikabonat
120 rolled oats
1 cawan kacang pistachio (cencang kasar)
CARA MEMASAK
1. Letakkan parchment paper di dalam loyang empat segi berukuran 2½cm x 16cm x 35cm dan minyakkan di sekeliling loyang.
2. Panaskan ketuhar kepada 195 darjah celcius.
3. Masukkan kurma, air, gula dan esen vanila ke dalam periuk kecil dan kacau di atas api serdehana untuk 10 -12 minit atau sehingga kurma menyerap cecair.
4. Sejukkan sebentar di bawah suhu bilik.
5. Putarkan mentega dan gula perang sehingga gebu. Pukul di dalam telur.
6. Gaulkan tepung naik sendiri, soda bikabonat, rolled oats dan kacang pistachio sehingga rata.
7. Campurkan separuh daripada adunan ke dalam loyang, kemudian gunakan bahagian belakang sudu besi dan tekan adunan perlahan sehingga adunan padat dan menjadi sama rata.
8. Taburkan kacang pistachio di atas adunan dan lapiskan pula di atas adunan kacang pistachio dengan campuran kurma dengan berhati-hati.
9. Kemdian taburkan baki kacang pistachio, dan akhiri dengan meletakkan baki adunan diatas campuran kurma dan kacang sehingga ditutupi sepenuhnya.
10. Bakar di dalam ketuhar pada 175 darjah celcius untuk 35 minit. Sejukkan di dalam loyang. Potong empat segi dan hidang panas atau sejuk.
BAHAN-BAHAN
21 biji kurma (dibuang biji, dihiris/dadu dan digaul dengan sesudu tepung untuk elak melekat)
300 gram tepung gandum
**1 sudu kecil soda bikarbonat
**150 gram gula perang
3/4 cawan gula putih
1/2 sk garam
250 gram mentega
1/4 cawan air
4 biji telur saiz B
1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMASAK
1. Ayak bahan ** dan ketepikan.
2. Panaskan gula putih, gula perang dan air sehingga gula cair dan keperangan. Masukkan mentega dan garam. Kacau hingga semua cair sepenuhnya kemudian masukkan kurma. Kacau sebati. Biarkan didih seketika (sehingga naik bau karamel), kemudian tutup api.
3. Sementara itu, bolehlah panaskan pengukus.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan gula tadi (masih panas suam) sedikit demi sedikit sambil kaup balik.
5. Dalam bekas lain, pukul telur dan masukkan esen vanila. Tuang ke dalam adunan tadi. Kaup balik lagi sehingga semua sebati. Jangan putar atau pukul dengan kuat. Cukup sekadar adunan sebati.
6. Tuang dalam loyang yang sudah digris dengan mentega.
7. Pastikan air pengukus sudah mendidih, barulah masuk dalam pengukus. Kukus selama sejam (api besar) atau sehingga masak. Jangan kerap buka penutup kukus untuk elak air jatuh atas kek. Buka selepas 1 jam. Kek pun akan naik elok dan cukup masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!