Sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini pastinya sedikit berbeza disebabkan virus Covid 19. Namun kemeriahannya pasti boleh dirasa dengan menyediakan pelbagai sajian yang boleh membangkitkan kemeriahan perayaan. Macam biskut yang unik ni. Biskut Limau Pokkan Mandarin; persis limau yang sebenar. Pasti anak-anak tak sabar nak rasa. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
30ml perahan limau pokkan atau orange paste. (boleh juga guna sirap sunquick)
Cengkih dibuang bunganya (secukupnya)
CARA MEMASAK: 1. Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga sebati. 2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain ( kecuali bunga cengkih). Adun hingga sebati. 3. Cubit doh dan golekkan dalam penapis untuk mendapatkan corak seperti kulit limau.
4. Cucuk bunga cengkih bagi membentuk seakan tampuk limau.
5. Sapu glase atau eggwash. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga biskut masak. (suhu & masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.)
IKLAN
6. Selamat mencuba!
BAHAN EGGWASH
1 biji kuning telur
2 sudu makan susu segar
CARA MEMBUAT:
Satukan bahan-bahan diatas dan kacau rata. Sapu pada biskut.
Resipi di bawah ni untuk 800g daging kisar. Empunya resipi Fatimah Naamat guna jenama Ramly. Kalau nak guna paket 400g je, bahagi dua je resepi ni okeh.
Bakso atau bebola daging dibuat sendiri pastinya lebih segar dan selama tanpa MSG atau bahan pengawet. Lebihan daging korban tu bolehlah dikisar dan dibuat bakso kan. Sedapnyaaa…
BAKSO ‘HOMEMADE’
BAHAN-BAHAN : 800g daging kisar
1 biji telur saiz A
4 sudu besar tepung jagung/ubi
4 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji bawang besar – cincang halus
Lada sulah Lobak merah | hancur jika suka
Garam secukup rasa CARA MEMASAK : 1. Pastikan daging kisar tu suhu bilik ya. Nanti tangan kita beku bak air batu.
2. Campurkan semua bahan. Boleh juga kalau nak campur carrot hancur ataupun daun bawang.
3. Bulat-bulatkan comel comel.
4. Rebus air hingga mendidih.
5. Masukkan bakso mentah tadi. Rebus hingga ianya terapung di permukaan.
6. Angkat. Boleh simpan frozen kalau mahu.
7. Air rebusan boleh guna untuk buat kuah sup Bakso tau.
Sayur merupakan sajian penting dalam hidangan harian bagi membantu membekalkan vitamin serta khasiat buat tubuh kita. Namun sesetengah orang yang kurang gemarmakan sayur especially budak-budak kecil memang liat kalau bab makan sayur, rasa macam makan daun katanya.
Ada banyak cara untuk menjadikan sajian sayur supaya lebih sedap bak air tangan chef terkenal. Tidak perlu guna banyak bahan atau tambah berbagai perencah. Cukup sekadar ramuan ringkas ditambah dengan air tangan ibu yang penuh kasih sayang, sajian sayur enak dinikmati buat anak-anak serta suami tercinta.
Rahsianya ialah Rasa Sifu™, penambah perasa semua dalam satu yang diperkaya dengan kemanisan tiram dan aroma sedap yang menjadikan masakan anda bertambah lazat!
Rasa Sifu™ adalah serbuk perasa yang mengandungi campuran bahan-bahan perasa asas yang sempurna, sos tiram, bawang-bawang bertumis dan ramuan istimewa yang memberikan “rasa wok” yang sangat enak.
Hanya tambahkan sedikit sahaja Rasa Sifu™ dalam masakan sudah cukup untuk menjadikan sajian anda enak berperisa. Rasa Sifu™ ni memang bahan perasa lengkap “all in one”. Tidak perlu lagi bahan perasa lain. Belanja dapur anda pun boleh jimat.
Anda memang suka masak guna Rasa Sifu™?
Jom sertai Peraduan Masak & Kongsi dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500. Bukan itu sahaja, ada lagi pelbagai hadiah menarik lain menanti anda.
Peraduan ini bermula 15 Julai hingga 5 September 2021. Masih ada masa lagi ni. Ayuh hantar penyertaan anda sekarang!
1.PERIA GORENG TELUR
Cadangan Hidangan: 5 orang
BAHAN-BAHAN:
400gm peria – dibuang biji dan dihiris
3 sudu besar minyak masak
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 sudu besar pes cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji telur
1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan pes cili sehingga wangi.
Masukkan peria, kacau goreng sehingga separuh masak.
Masukkan serbuk kunyit, kacau seketika.
Perasakan dengan Rasa Sifu™.
Masukkan telur dan kacau goreng sehingga masak.
Sedia untuk dihidang.
Tips: Rendamkan peria dengan air garam selama 15 minit selepas dipotong dan bilas untuk mengurangkan rasa pahit.
2. PUCUK PAKU TUMIS IKAN BILIS
Cadangan Hidangan: 5 orang
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar minyak masak
200gm pucuk paku – diambil bahagian lembut sahaja
¼ cawan air
½ sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
10gm ikan bilis – dibasuh dan digoreng
BAHAN-BAHAN A: DITUMBUK
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga wangi.
Masukkan pucuk paku dan air. Kacau goreng sehingga lembut.
Perasakan dengan Rasa Sifu™.
Masukkan ikan bilis dan kacau sekata.
Sedia untuk dihidang.
3. TAUGEH TUMIS UDANG
Cadangan Hidangan: 5 orang
BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar minyak masak
6 tangkai cili kering – dipotong
6 ulas bawang putih – dicincang
10 ekor udang – dibuang kulit
400gm taugeh
60gm kucai – dipotong
1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
1 biji cili merah – dihiris serong
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumiskan cili kering dan bawang putih sehingga kuning keemasan.
Masukkan udang, kacau goreng sehingga separuh masak.
Masukkan taugeh dan kucai. Kacau goreng sebentar.
Perasakan dengan Rasa Sifu™.
Masukkan cili merah dan kacau goreng sehingga sekata.
Sedia untuk dihidang.
4. KANGKUNG TUMIS
Cadangan Hidangan: 6 orang
BAHAN-BAHAN A: DITUMBUK
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang cili merah
BAHAN-BAHAN B:
1 sudu besar minyak masak
400gm kangkung
3 sudu besar air
½ sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga wangi.
Masukkan kangkung dan air, kacau sebentar.
Perasakan dengan Rasa Sifu™. Kacau rata sehingga kangkung lembut.
Sedia untuk dihidang.
5. SAYUR GORENG DAGING
Cadangan Hidangan: 5 orang
BAHAN-BAHAN:
150gm daging – dihiris nipis
1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih – dicincang
100gm lobak merah – dihiris
½ cawan air
200gm brokoli
100gm cendawan shitake – dihiris
CARA MEMASAK:
Perapkan daging bersama ½ sudu besar Rasa Sifu™.
Panaskan minyak masak, goreng daging sehingga garing.
Masukkan bawang putih, tumis sehingga garing.
Masukkan lobak merah dan air. Kacau rata.
Masukkan brokoli dan cendawan shitake. Kacau goreng sehingga masak.
Perasakan dengan ½ sudu besar Rasa Sifu™. Kacau rata.
Sedia untuk dihidang.
6. SAWI PAK CHOY BERSAMA IKAN BILIS
Cadangan Hidangan: 5 orang
BAHAN-BAHAN A:
400gm sawi pak choy
½ sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
BAHAN-BAHAN B: SOS
3 sudu besar minyak masak
5gm ikan bilis
3 ulas bawang putih – dicincang
1 biji cili merah – dicincang
½ inci halia – dicincang
1 cawan air
½ sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
1 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
CARA MEMASAK:
Didihkan air, perasakan dengan Rasa Sifu™.
Celurkan sawi pak choy sehingga daunnya bertukar ke warna hijau tua. Tapis dan susun diatas pinggan.
Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
Dengan minyak yang sama, tumis bawang putih, cili merah dan halia sehingga wangi.
Masukkan air dan perasakan dengan Rasa Sifu™, biarkan ia mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
Tuangkan sos ke atas sayur sawi pak choy.
Taburkan ikan bilis goreng dan sedia untuk dihidang.
Tips: Celupkan sawi pak choy ke dalam air berisi ais selepas mencelur untuk menghentikan proses memasak dan mendapatkan sayur yang rangup.
Buah Naga kaya dengan manfaat kecantikan dan kesihatan. Kandungan antioksidan dan vitamin C nya dikatakan mampu mengekalkan keremajaan kulit serta menentang radikal bebas dalam tubuh yang boleh menghalang pertumbuhan sel kanser.Kandungan karotena turut dikaitkan dengan antikarsinogenik yang membantu menjauhi pertumbuhan tumor. Sementara warna merah pada buah naga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser prostat.Paling penting, buah Naga membantu mengurangkan kolestrol dan mengurangkan masalah berkaitan jantung.
Kandungan serat dalam buah naga pula membantu menstabilkan tahap gula dalam darah. Oleh itu, pengambilan buah naga secara rutin membantu menjauhi penyakit diabetes dan melancarkan proses penghadaman, mengurangkan masalah sembelit dan segala masalah berkaitan usus.
Bagi mendapatkan manfaat buah naga untuk kesihatan dan kecantikan, selain dimakan begitu sahaja, buah Naga juga boleh dijadikan jus, puding ataupun kek. Berikut tiga menu berasaskan buah naga RASA kongsikan bersama pembaca semua.
PUDING BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair (400 ml)
1 biji buah naga ungu |potong kecil baki potongan buah naga
CARA MEMASAK:
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
Tutupkan api.
Masukkan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
Biarkan lebih kurang tiga hingga lima minit agar hilang wap panas, baru masukkan potongan buah naga.
Sejukkan dalam peti sejuk.
KEK BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung kek/superfine
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 cawan buttermilk
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh pewarna merah
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan buah naga lecek
sedikit buah naga didadu
1 biji telur A
Esen vanila
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
Kemudian ayak bersama dan ketepikan.
Campurkan bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering.
Gaul sebati tapi jangan terlebih adun.
Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
Setelah sejuk bolehlah dipotong dan sedia dihidangkan.
JUS BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah naga
1 tin aiskrim soda
5 sudu makan susu pekat manis
1 gelas ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Kupas buah naga dan potong kiub.
Masukkan isi buah naga dalam mesin pengisar bersama ais, aiskrim soda dan susu pekat
Kisar hingga hancur.
Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan air di dalamnya.