Ikan rebus goreng. Lauk kampung yang ringkas namun sangat enak dan membuka selera. Goreng garing-garing dan nikmatinya segera bersama nasi putih hangat. Dicicah dengan budu, sambal belacan dan ulam-ulaman, lagi berselera dimakan. Baunya ketika digoreng sangat menggugat iman. Harum! Isi ikan yang pejal dan wangi, rasa manis, masam dan masin yang seimbang, memang tak jemu dimakan. Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Jom lah cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK IKAN SELAYANG REBUS YANG SEDAP, TAK HANYIR & PEJAL
CARA MEMASAK:
1. Ikan selayang atau ikan sardin disiang dan dibersih.
2. Kemudian susun ikan dalam periuk.
3. Taburkan garam bukit dengan rata di atas ikan.
4. Masukkan cuka dan asam gelugur. Ia adalah tip untuk membuatkan isi ikan menjadi pejal.
5. Tidak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan sendiri sewaktu dimasak nanti.
6. Untuk memberikan rasa ikan yang manis dan sedap, patahkan nise kelatantan atau gula melaka.
7. Masukkan juga hirisan lengkuas, halia dan daun pandan. Ia adalah rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.
8. Rebus ikan guna api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
9. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan lebihan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api.
10. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.
11. Ikan Rebus sedia untuk dinikmati. Untuk rasa lebih sedap, ia boleh digoreng. Caranya ialah, panaskan minyak dalam kuali.
12. Masukkan ikan rebus dan goreng hingga garing guna api sederhana.
13. Tambahkan hirisan bawang dan cili untuk rasa enak yang lebih nikmat.
14. Boleh cuba cicah dengan budu. Ikan rebus goreng ini juga enak dimakan bersama Pulut yang digaul dengan kelapa muda.
Ads
PETUA: Ketika menggoreng ikan rebus, minyak akan meletup-letup. Tutup kuali guna penutup periuk untuk mengelakkan minyak merecik.
Bagi ibu-ibu yang mementingkan kualiti serta nutrisi dalam masakan, pastinya lebih gemar menyediakan sendiri rencah-rencah masakan untuk hidangan keluarga. Dengan menghasilkan sendiri sendiri pes tomyam, pes sup dan pes nasi ayam, ia bukan sahaja menjadikan masakan lebih sedap malah kerja-kerja memasak juga menjadi lebih mudah dan cepat. Selain itu, dengan menghasilkan bahan-bahan ini secara homemade, secara tidak langsung ia juga menjimatkan belanja dapur.
Sebagai contoh, Nutella, jika dibeli harganya boleh tahan mahal. Berbanding anda hasilkan sendiri di rumah, jumlahnya anda dapat jauh lebih banyak dari yang dibeli. Memang berbaloi! Jom lihat aneka bahan masakan yang anda boleh hasilkan sendiri. Mudah, jimat dan lebih bersih. Selamat mencuba!
1. PES TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.
Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.
Bakar 1 cawan hazelnuts dalam ketuhar pada suhu 176C selama 12 minit.
Setelah hazelnut selesai dibakar, buang kulitnya dan masukkan ke dalam ‘food processor’. Kisar sampai nampak ada minyak keluar. ( Anggaran kisaran adalah selama 10 minit.)
Masukkan milk choc jenama beryls (x perlu cairkan), minyak jagung, gula, serbuk koko, esen vanila dan garam bukit. Kisar sampai sebati dan sekata.
Siap dan sudah boleh dinikmati. Simpan di dalam bekas bertutup dan mampu bertahan selama sebulan.
Air didihan | campur dengan 2 sudu makan garam (untuk celur mi)
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan tepung, air, telur, minyak dan serbuk kunyit. Uli hingga jadi doh. Tekstur doh memang keras sedikit.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses gulung mi.
Setkan mesin manual pasta untuk proses gulung pertama iaitu no.7. (gulung doh jadi leper & panjang ikut suka). Proses gulung kedua untuk lebih halus, set no.4.
Dah selesai proses gulung doh jadi halus & panjang, lumur permukaan doh dengan minyak untuk elak dari melekat.
Kemudian masukkan pula doh ke dalam proses gulung untuk dijadikan mi. Ulang proses yang sama hingga habis.
Didihkan air bersama garam kemudian masukkan mi tadi. Masak anggaran dalam 1-2 minit. ( jika mi sudah timbul di permukaan air, boleh angkat dan toskan)
Mi yang telah dimasak tadi perlu dilalukan di bawah air paip. Toskan hingga air kering.
Gaul mi bersama sedikit minyak amsak untuk mengelakkan ia dari melekat serta tahan lama.
1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
Garam
Cuka makan
CARA-CARA:
Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya jangan sampai putus. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gmbar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang. Cuci bersih-bersih.
Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segengam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik kemudian masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
Esoknya, bilas ikan, masa ini kita kena sesuaikan rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur. Bilas bersih-bersih dan toskan.
Sebelum susun atas talam/tampi, basahkan atau percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka. Fungsi cuka ialah untuk menjauhkan lalat daripada mendekati ikan. Kemudian jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari atau 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.
TIP:
Ikan yang telah kering, boleh dibungkus dan disimpan di dalam peti sejuk.
Pemilik resipi menjemur uikan kering di atas bumbung rumah. Katanya, makin tinggi tempat ikan dijemur, makin sukar untuk lalat hinggap.
Sentiasa pantau ikan kering yang dijemur kerana kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan. Nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
Jika ikan tidak kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam peti sejuk beku untuk mengelakkan ikan kering dari busuk dan hapak.
Sedikit minyak untuk merebus dan digaulkan bersama kueyteow
Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan kueyteow
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan tepung bersama putih telur, garam dan air. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan.(*Jika doh terlalu keras, tambahkan air 1 sudu besar sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli. Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan kueyteow menjadi lembik ketika dicelur nanti.)
Ambil doh yang siap diuli, lumurkan dengan tepung ubi sebelum dicanai menggunakan mesin pasta. Ketebalan kueyteow sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali. Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kueyteow. (mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis).
Panaskan periuk berisi air separuh penuh. Masukkan sedikit minyak masak, biarkan ia mendidih.
Celurkan kueyteow yang siap dimesin ke dalam air mendidih. Kueyteow akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
Toskan kueyteow dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kueyteow dengan air sejuk/paip sekejap saja).
Kemudian toskan kueyteow hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya tidak melekat.
Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda. Selamat mencuba.
Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Jom hari ini kita masak ikan kembung mamak style. Makan dengan nasi panas memang best sangat. Ikut sukatan yang dikongsi oleh Siti Nor Azizah Rahim pasti menjadi.Masak kari akan sedap dan sebati bila dah satu jam selepas masak.Kuah kari akan rasa masam bila kita rasa waktu tengah masak sebab air asam tu tak sebati lagi dengan kuah.Selepas satu jam kita makan semua rasa dah sebati dan sempurna. Selamat mencuba.
KARI IKAN KEMBUNG
Bahan-bahan:
A)
4 ekor ikan kembung
Daun kari (banyak pun tak pe sebab aromanya yang sedap)
1.Tumis bahan A sampai naik bau. Memang kena guna minyak banyak.Kalau guna minyak sikit memang tak jadi kuah kari yang cantik warnanya.
2.Lepas naik bau baru masukkan bahan B ,bila semua dah sebati masukkan bahan C tumis sampai pecah minyak.Tumis sekali tomato yang dah potong dadu tadi sampai semuanya sebati.
3.Masukkan pulak air asam jawa.Agak-agak nak kuah banyak mana.Jangan cair sangat nanti tak sedap. Agak-agak kepekatan macam mana kita nak.
4.Masukkan ikan.
5.Masukkan santan sikit.Biarkan sampai pecah minyak dan jadi kuah cantik.
6.Letak garam kemudian letak bendi atau tomato belah 4.Ikut cita rasa masing-masing.
Penggemar Asam Pedas Ikan Pariharus cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini. Resipi paling asas dan sesuai dicuba bagi anda yang baru pertama kali nak cuba belajar masak lauk Asam Pedas. Masak Asam Pedas ni tidaklah sukar. Paling penting bila menumis, cilinya harus masak sempurna. Asamnya juga harus cukup, seimbang dengan perasa lain. Barulah hasilnya sangat enak.
Selain pari, anda juga bebas guna ikan jenis lain. Antara yang sesuai ialah ikan parang, kembung, tenggiri, jenahak, senangin dan merah. Kalau ikan bawl, siakap atau cencaru pun boleh. Terpulang selera. Jom cuba! Anda pasti suka.
CARA MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI PALING MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN ASAM PEDAS IKAN PARI:
6-7 potong ikan pari
Bendi – ikut selera nak guna bnayak mana
2 biji tomato – belah 2 @ 4
3 batang serai – diketuk
Sedikit daun kesum
2 kuntum bunga kantan – potong 2
1 cawan air asam jawa
1 sudu besar garam
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya (untuk kuah, agak-agak jangan cair sangat)
CARA MEMASAK ASAM PEDAS IKAN PARI:
1.Masukkan bahan kisar dan serai yang sudah diketuk dalam kuali.
2.Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan cili berubah warna.
3.Masukkan air asam dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
4.Masukkan sedikit air. Bila sudah mendidih, masukkan ikan pari dan daun kesum.
5.Bila sudah mendidih sekali lagi, masukkan tomato dan bendi.
6.Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan perasa dengan secukupnya.
7.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...