Sedapnya Gulai Kuning Nasi Berlauk ni. Ia adalah salah satu menu popular di Kelantan yang biasa dinikmati sewaktu sarapan. Andai waktu pagi, sarapan tanpa Nasi Berlauk ni memang tak sah. Sangat sedap dan harus dicuba andai berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
Kalau negeri lain gulai ni nampak macam masak lemak kuning . Tapi istimewanya ada telur rebus, ikan tongkol, kacang panjang dan timun dan tak perlu lauk sampingan atau nak kena masak sayur lagi. Jom kita cuba resipi perkongsian dari Rose Mawar Merah ini.
CARA MASAK GULAI KUNING NASI BERLAUK STAIL KELANTAN
BAHAN-BAHAN ( boleh tengok sukatan dalam foto ):
10 keping ikan tongkol 2 asam keping – beli online disini 5 biji telur rebus 250ml santan | kotak kecil- beli online disini Garam secukup rasa Gula secukup rasa
BAHAN KISAR: 1 biji bawang besar 1 sudu makan serbuk kunyit @ kunyit hidup 5 ulas bawang putih 10 biji cili padi hijau –beli online disini 5 tangkai cili kering – beli online disini 1.5 sm lengkuas | dihiris dulu baru dikisar
10 biji cili api merah dan hijau untuk masuk terus dalam kuah Timun | hiris tebal Satu ikat kecil kacang panjang | dipotong dan diasing *Ketiga bahan ini masuk akhir sekali bila gulai dah masak.
CARA MEMASAK : 1. Mulakan kisarkan bahan-bahan untuk di kisar .
Ads
2. Ikan tongkol rebus dulu letak air paras ikan aje, Nanti air ikan akan keluar. Masukkan asam keping dan garam masak hingga tinggal separuh.
3. Santan, cili api merah dan hijau, kacang panjang dan timun celur asing, masukkan akhir sekali bila gulai dah masak.
4. Masukkan santan dan bahan kisar di dalam periuk,masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. 5. Bila kuah dah menggelegak masukkkan ikan bersama air rebusan ikan tadi. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan kacang panjang, timun dan cili api, tunggu seketika boleh tutup api.
RESIPI BONUS SAMBAL NASI BERLAUK :
*cili besar merah,cili api,limau kasturi,cuka,garam & gula. Kisar semua
Bagi yang ada anak kecil, pasti anda seronok menyediakan pelbagai jenis sajian berkhasiat untuk mereka. Namun, makanan untuk si kecil tidak seperti orang dewasa. Sajian mereka mestilah kurang garam, gula dan minyak. Oleh itu, untuk memberikan sedikit rasa pada sajian si manja, anda boleh hasilkan serbuk pati ikan bilis secara homemade. Jom lihat cara-caranya yang dikongsi dari blog lobaksusue.blogspot.my ini.
SERBUK PATI IKAN BILIS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis secukupnya | dibersihkan dan dibuang tulang
CARA-CARA:
Rendam ikan bilis di dalam air selama 4 jam. Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa masin.
2. Toskan air dan sejatkan.
3. Sangai ikan bilis di dalam kuali sehingga garing.
4. Kisar ikan bilis sangai tadi menggunakan mesin kisar hingga halus.
5. Simpan dalam bekas dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sesuai dijadikan bahan perasa untuk makanan bayi anda seperti bubur dan sup.
Sedapnya aneka resipi lauk pauk kampung ni! Ada yang bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena bulan merdeka? Ini antara menu-menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera.
Lauk pauk kampung begini tentunya sangat sedap dan membuka selera. Anda teringin nak makan menu begini? Jom cuba! Pasti berselera menikmatinya.
Sedap sungguh masakan Kelantan, selain Nasi Kerabu dan Nasi Dagang banyak lagi masakan yang menjadi kegemaran ramai masyarakat Cik Siti Wan Kembang ini yang enak dan menguja rasa. Walau berbeza menu namun soal rasa memang terbaik. Untuk itu, Rasa bawakan 10 jenis masakan masyarakat Kelantan yang tidak menghampakan bila anda cuba.
GULAI IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
1000ml santan
2 keping asam gelugor
5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
1 /2 batang timun | hiris bulat
8 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm lengkuas | hiris nipis
3cm kunyit hidup
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.
RENDANG LIMPA
BAHAN-BAHAN
1kg limpa | potong kiub bersihkan dan tos
750ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam Jawa
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3cm lengkuas
3cm halia
5 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar.
Tumis hingga naik bau, masukkan pula pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan limpa bersama air asam Jawa, kacau hingga limpa kecut.
Setelah air kering masukkan santan, biarkan terus mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
Masukkan pula kerisik, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau rendang hingga timbul minyak.
Setelah cukup masak, tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.
.
LAWAR IKAN TAMBAN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan tamban | bersihkan
5 biji limau nipis | ambil jusnya
6-7 biji cili padi | hiris halus
Sedikit hirisan daun kesum
Sedikit hirisan daun selom
Sedikit hirisan daun ulam rasa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ikan yang telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya.
Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi.
Tuangkan jus limau nipis di dalam mangkuk berisi isi ikan tadi.
Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih.
Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan..
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
DAGING GULAI KAWAH DENGAN UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
1kg tulang
1 kg santan
2 biji ubi stelo | buang kulit dan potong dadu besar
8 ulas bawang merah | hiris
Gula kerek/gula Melaka secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu air asam Jawa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN NTUK TUMISAN:
12 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | hiris
4cm halia | hiris
4 sudu makan Rempah Gulai Kawah
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Untuk sediakan bahan tumisan, panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hirsan tumisan.
Kacau rata hingga wangi, kemudian masukkan rempah gulai yang dibancuh dengan sedikit air. Terus kacau hingga pecah minyak dan betul-betul garing.
Tutup api dan ketepikan seketika.
Untuk penyediaan gulai, masukkan daging yang telah dihiris dalam periuk dan masak dengan sedikit air.
Bila daging agak empuk dan airnya kering, masukkan ubi stelo, rempah gulai yang sudah ditumis.
Gaul rata, kemudian masukkan bawang yang dihiris.
Tuangkan santan dan masak lagi hingga mereneh.
Perasakan dengan gula Melaka, air asam Jawa , gula dan garam secukup rasa.
Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah sebelum dimatikan api dan sedia dihidangkan.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!