Anda penggemar sajian ikan Sungai? Jom cuba resipi Gulai Ikan Baung Daun Kesum perkongsian saudari Aisyah Humaira ni. Sedap, mudah dn tentunya sangat menyelerakan. Andai dinikmati bersama nasi panas, memang sangat membuka selera. Penggunan daun kesum menambahkan lagi keenakan hidangan ini. Jom lihat cara-cara memasaknya.
CARA MASAK GULAI IKAN BAUNG BERSAMA DAUN KESUM
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan baung
2 sudu besar kerisik – beli online disini
3 sudu besar cili kisar /cili boh – beli online disini
1/2 paket besar rempah kari ikan adabi
1 sudu besar serbuk cili – beli online disini
1 ikat daun kesum
1 sudu besar asam jawa – dibancuh dengan sedikit air, ambil airnya sahaja
1 cawan teh santan
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
12 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
½ inci kunyit
CARA MEMASAK:
1.Cuci bersih ikan baung bersama air asam jawa atau air tepung jagung untuk hilangkan hanyirnya.
2.Dalam bekas besar masukkan bahan kisar, rempah kari ikan, cili kisar, cili serbuk dan kacau sebati hingga jadi seperti pes.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan pes tadi dengan api perlahan hingga pecah minyak. Kemudian masukkan kerisik. Kacau lagi.
4. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan air untuk kuah. Jangan terlalu cair kuahnya. Asam jawa tu pun letak dengan berhati-hati supaya tidak terlebih masam.
5.Masukkan santan, kacau hingga mendidih.
Ads
6.Masuk ikan, daun kesum, garam, gula secukup rasa. Rasa supaya semuaperasa seimbang dan kena dengan selera.
7. Bila gulai sudah sedikit pekat. Padam api dan Gulai Ikan Baung Daun Kesum sedia untuk dinikmati.
Singgang ikan, dapat makan dengan nasi panas pun dah cukup nikmat. Tapi, untuk singgang ikan pantai Timur, ada satu bahan tambahan rahsia penyedap rasa.
Sebenarnya, ada pelbagai stail dalam resipi penghasilan singgang ini daripada pelbagai negeri. Ada yang letak halia, ada yang letak budu, ada yang tak letak lengkuas, ada yang tak letak kunyit.
Cuma, perkongsian resipi kali ini oleh Noor Hidayah Hanapi ada membuat sedikit olahan hasil gabungan pelbagai cara masakan daripada teman-teman di media sosial. Maka, inilah hasil resipi gabungannya dalam membuat singgang ikan pantai Timur.
BAHAN-BAHAN:
Ikan kayu / tongkol / aye (kesemua ini adalah nama ikan yang sama)
Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air. Didihkan.
Masukkan pula ikan kayu atau ikan tongkol ke dalam periuk. Ramai yang gemar menggunakan ikan jenis ini kerana isinya pejal, tak mudah hancur walau dimasak lama.
Masukkan juga pes kunyit hidup. Kalau rajin, boleh tumbuk kunyit hidup.
Masukkan satu atau dua sudu budu yang disukai oleh orang pantai Timur. Inilah rahsia penyedap singgang ikan pantai Timur. “Baru rasa sedap sengoti,” bak kata orang Kelantan.
Sesetengah orang tak masukkan sayur, tapi boleh juga dimasukkan sayur bendi.
Kata Hafizah, tips yang diperoleh daripada kebanyakan orang yang berkongsi resipi, nak bagi kuah singgang ini sedap, kena masak lebih lama. Bagi kuahnya kering sedikit. Barulah meresap rasa bawang, lengkuas, asam, dan budu dalam ikan tu.
Dah siap! Sedap hirup kuah ni panas-panas.
Disebabkan Hidayah kelahiran negeri Perak, maka digabungkan singgang ikan ini dengan budu dan sambal petai tempoyak. Memang padu habis!
Selalunya ikan tenggiri akan dimasak kari, masak sambal, masak cuka, masak taucu atau masak kicap. Ok hari ini kita masak lain dari kebiasaan ikan resipi Kak Yan ni. Kita masak Ikan Tenggiri Masak Serai. Ada banyak serdak dalamnya.Serius sedap sangat.
Ikan Tenggiri Masak Serai
Bahan-bahan:
5 keping ikan tenggiri (dipotong dua setiap satu)
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar cili kering kisar
Minyak untuk menggoreng
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
3 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
Cara memasak:
1.Gaul ikan tenggiri bersama garam dan kunyit.
2.Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3.Potong kasar kesemua bahan-bahan kisar dan kisar.
4.Tinggalkan dalam 4 sudu besar lebihan minyak goreng tadi.
Bila pandang menu lauk pauk kampung ni, teringat kenangan masa kecil dahulu. Menu kebanyakannya simple sahaja. Namun rasanya memang sangat sedap dan buat kita teringat-ingat. Bagi anda yang gemarkan sajian lauk kampung yang ringkas, menu-menu dibawah ini antara yang boleh dicuba.
RESIPI LAUK PAUK KAMPUNG
1. MASAK LEMAK CILI API ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik salai
4 sudu makan cili api – yang telah ditumbuk lumat
2 sudu makan kunyit hidup- yang telah ditumbuk lumat
2 biji kelapa – ambil santan pekat sahaja
4 keping asam keping
4 batang serai – diketuk
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Masukkan daging salai, cili api dan kunyit ke dalam periuk dan masak atas api sederhana. 2. Biarkan seketika sehingga air dari itik dan cili telah sejat dan agak kering. 3. Apabila airnya telah sejat, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih hingga itik empuk sambil dikacau agar tidak pecah minyak. 4. Masukkan asam keping, serai dan garam secukup rasa. 5. Kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga naik minyak.Kacau sekali sekala. 6. Masakan lauk kampung ini sudah sedia untuk dihidangkan
INFO CHEF : Inilah kelainan masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, ramuannya tidak menggunakan bawang. Daging atau itik adalah yang telah siap disalai.
2. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering – dikisar
5 biji bawang kecil – ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa – diperah bersama setengah cawan air
1 biji bawang besar – dihiris nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang. 2. Goreng terung pipit sebentar. 3. Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak. 4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap 5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu. 6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar. 7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
3. AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
2 biji kentang – dipotong nipis memanjang
2 biji cili hijau – dihiris nipis
1 biji bawang besar – dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu makan pes cili kering
5 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tepung jagung – dibancuhkan sedikit air
4 ulas bawang putih – dikisar atau ditumbuk
2 ulas bawang putih – dikisar atau ditumbuk
2.5 sm halia – ditumbuk
Gula dan garam secukup rasa
Kunyit serbuk secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit serbuk , goreng hingga masak dan ketepikan. 2. Gaulkan kentang bersama garam dan digoreng hingga masak. 3. Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. 4. Masukkan pes cili kering dan digoreng hingga garing. 5. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan biarkan hingga naik baunya. 6. Masukkan sos tiram dan kicap, masukkan air secukupnya. 7. Biarkan hingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukupnya. 8. Masukkan ayam dan kentang, biarkan mereneh seketika 9. Masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dihiris. 10. Masukkan tepung jagung yang dibancuh sedikit air untuk memekatkannya. 11. Masukkan asam jawa, garam, gula secukupnya dan biarkan ia mereneh seketika sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk.
4. IKAN CENCARU SUMBAT
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru
2 biji cili merah – ditumbuk
8 biji cili api – ditumbuk
1/2 biji bawang besar – dihiris
Sedikit belacan
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam. 2. Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka) 3. Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit. 4. Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan. 5. Goreng sehingga masak
5. IKAN KELI GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan keli
2 biji cili merah – ditumbuk halus
10 biji cili api – ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar – dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan ikan keli bersama kunyit serbuk dan garam. 2. Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili merah dan cili api yang telah ditumbuk sehingga garing. 4. Setelah cili telah garing masukkan pula bawang besar yang dihiris memanjang dan biarkan sehingga bawang agak layu. 5. Masukkan garam secukup rasa. 6. Akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi. 7. Gaul rata dan sedia untuk dimakan.
INFO CHEF : Untuk menghilangkan lendir ikan keli, basuh dengan sedikit air limau nipis dan sedikit garam. Boleh juga digunakan tepung gandum untuk cuci ikan, disarankan juga untuk perap dengan tepung selama 15 minit. Ini juga mengelakkan ikan daripada meletup-letup atau melekat di kuali masa menggoreng.
6. KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN : 500 gm daging – dihiris nipis 1 biji bawang besar -dihiris membulat 5 biji cili api -dihiris 1 batang serai – dihiris nipis 2 biji limau kasturi Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK : 1.Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi. 2.Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi. 3.Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
INFO CHEF : Sekiranya daging salai yang dibeli tidak terlalu masak, masukkan daging salai dalam kuali tanpa minyak atas api kecil ,dan biarkan seketika sehingga ia lembut.
7. SAMBAL TEMPE GORENG DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
2 keping tempe /dipotong sederhana nipis
250 gm ikan bilis/ secukupnya
3 sudu makan pes cili kering
5 biji bawang kecil/ ditumbuk atau dikisar
1 asam keping
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Biarkan ia sejuk. 2. Tumis pes cili kering hingga garing, dan masukkan bawang kecil dan biarkan seketika. 3. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. 4. Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis dan digaul rata.
INFO CHEF : Sambal ini juga boleh dijadikan sarapan ,dimakan bersama roti.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.