Donut dan Roti Sosejbegini sememangnya menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Namun nak menjadikannya gebu dan lembut, ada kalanya susah nak jumpa resipi yang kena dengan selera kita. Nak cuba? Saudari Salimah Olieada kongsikan satu resipi mudah dan dijamin gebu yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan Donut dan Roti Sosej yang gebu gebas. Wow… Boleh cuba ni. Jom lihat bahan-bahan serta cara penyediaannya.
CARA MEMASAK: 1.Dalam bekas bersesuaian, campur semua bahan A dan biarkan hingga berbuih dan naik. 2. Kemudian campurkan semua bahan B dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. 3. Masukkan campuran yis yang telah berbuih tadi sambil diuli hingga sebati. Tutup doh dengan kain lembab atau cling wrap. 4. Perap hingga doh naik 2 kali ganda. 5. Bila doh sudah naik, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin kemudian terus bentukkan menjadi donut. Untuk membuat Roti Sosej, boleh uli doh dan lilitkan pada sosej.
6. Kemudian boleh terus goreng hingga keemasan guna api sederhana kecil sebab donut cepat garing.
Ads
7. Donat boleh digaul dengan gula atau dideko ikut kegemaran. 8. Sedia untuk dinikmati.
Kata orang masakan reneh guna air atau senang cakap sup atau rebus ni masakan malas, tapi kalau kena pada cara memasak, yang rebus dan reneh ini lagi sedap dan gerenti lebih sihat kerana bebas minyak. Ada pelbagai jenis masakan yang mengguna cara masak yang sama seperti sup. Antaranya, . Untuk anda semua berikut RASA kongsikan 8 menu rebus yang boleh anda semua cuba.
BENING BEBOLA AYAM & FAT CHOY HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN BEBOLA AYAM
1 mangkuk isi ayam kisar
2 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung gandum
1 pokok daun bawang | hiris halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cukup rasa
Secubit garam
BAHAN LAIN:
2 pokok sawai Fat Choy
1 biji tomato | potong dadu
2 ulas bawang merah | hiris
1 biji bawang putih | titik
2 hirisan halia muda | hiris
1 kiub perasa ayam
3 cawan air
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bebola ayam. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
Uli hingga semua bahan sebati ( jika terlebih boleh tambah sedikit tepung lagi).
Bentukkan doh menjadi bulat hingga habis adunan.
Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan bebola ikan tadi.
Rebus hingga bebola timbul. Angkat dan ketepikan.
Seterusnya untuk menyediakan bening, masukkan air dalam periuk.
Kemudian tambahkan di dalamnya hirisan bawang, halia dan bawang putih titik.
Setelah air rebusan mendidih masukkan kiub perasa ayam, garam dan perasa secukupnya.
Seterusnya masukkan semula bebola ayam, Fat Choy dan hirisan tomato.
Kacau lebih kurang 2-3 minit lagi.
Tutup api, angkat masukkan dalam mangkuk dan taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang serta bawang goreng, kemudian hidangkan.
SUP WANTAN JERNIH
BAHAN-BAHAN:
10-15 keping kulit wantan
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 biji tomato | dadu halus
3 biji cili padi | hiris
3 cawan air
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | ketuk
2cm halia muda | hiris
1 kiub pati ayam
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN ISI WANTAN
250gm isi ayam kisar
2 sudu makan tepung ubi /kanji
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan isi wantan, campurkan semua bahan isi dalam mangkuk.
Gaul rata dan ketepikan.
Sementara itu, ambil kulit wantan, isikan di tengahnya dengan sedikit campuran isi ayam tadi.
Kemudian kemaskan seperti sup bunjut. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, rebus wantan lebih kurang 3-5 minit.
Apabila timbul angkat,tos dan ketepikan.
Sementara itu, isikan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
Didihkan atas dapur, setelah air mendidih masukkan kiub pati ayam, garam dan perasa secukupnya.
Masukkan wantan dalam mangkuk kemudian tuangkan sup di dalamnya.
Hiaskan di atasnya dengan hirisan daun bawang, cili padi dan tomato yang telah didadu kecil sebelum dihidangkan.
SUP MASAM MANIS MAKARONI SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan makarani | rebus dan tos
150gm isi dada ayam | potong dadu
150gm lobak merah | potong dadu
150gm timun Jepun | potong dadu
1 biji tomata | buang biji dan potong dadu
1 kiub pati ayam
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
3 ulas bawang merah | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih cincang, sos cili dan sos tomato. Renehkan di atas dapur.
Setelah mereneh masukkan isi ayam dan bahan sayur yang dipotong dadu tadi bersama stok ayam.
Setelah sayur empuk, masukkan macaroni yang telah direbus.
Selepas 2-3 minit, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Sup macaroni sedia dihidangkan.
PINDANG SERANI IKAN SENANGIN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan Senangin | siang, bersih dan tos
2 batang serai | titik
1 biji tomato | potong dadu
2 hirisan lengkuas | titik
2 keping asam gelugor
8 biji cili padi | titik
Garam, gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama bahan kisar, serai, lengkuas, cili padi titik dan asam gelugor.
Renehkan atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mendidih masukkan ikan, biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit.
Masukkan tomato dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah ikan masak dan cukup rasa, tutup api.
Pindang ikan sedia dihidangkan.
SINGGANG DAGING BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
1/2 cawan nanas dalam tin
1 biji tomato | belah empat
2 batang serai | titik
1 biji bawang besar | hiris
2 hiris lengkuas | titik
1 hirisan halia muda | titik
6 biji cili padi | titik
2 keping asam gelugor
1 biji limau nipis | ambil jusnya
Garam , gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian tambahkan pes cili kering, hirisan lengkuas, halia, dan serai.
Masak atas dapur, apabila mendidih masukkan daging.
Setelah daging empuk, masukkan hirisan bawang, cili padi, tomato dan nanas.
Kemudian perasakan dengan jus limau nipis, garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Singgang daging sedia dihidangkan.
SUP AYAM CAMPUR BERSAMA CENDAWAN SHIMEJI
BAHAN-BAHAN;
300gm isi dada ayam | potong dadu
1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1/2 paket cendawan shimeji
1/2 batang lobak merah | potong dadu
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | cincang
2 hirisan halia
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
3 cawan air | boleh tambah jika perlu
BAHAN SAMPINGAN:
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan hirisan daun bawang
1 sudu makan hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Renehkan di atas dapur, setelah mendidih, masukkan ayam, kentang dan lobak merah.
Biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit.
Masukkan pula cendawan. Kacau rata.
Seterusnya, perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
Tutup api, masukkan sup dalam mangkuk dan tabur di atasnya dengan daun bawang, ketumbar serta bawang goreng.
SUP CENDAWAN BUTANG DENGAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
5 biji cendawan butang segar | hiris nipis
150gm isi dada ayam
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | cincang
1 hirisan halia
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh lada sulah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
2 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Renehkan di atas dapur, selepas mendidih masukkan ayam dan cendawan.
Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam secukup rasa.
Setalah cukup rasa. Tutup api.
Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun bawang di atasnya.
SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji telur
3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan
4 batang jejari ketam | siat memanjang
1/2 sudu makan serbuk sup sayur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 hirisan halia muda
Garam dan gula secukup rasa
3 cawan air
1 sudu makan hirisan daun bawang
1 sudu makan hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan batang seleri
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.
Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa. Tutup api.
Sementara itu isikan air dalam kuali non stick. Renehkan.
Setelah mereneh, kecilkan api dan pecahkan telur di dalamnya.
Setelah telur membeku, angkat dengan penapis masukkan dalam periuk sup.
Lakukan hingga habis telur.
Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng.
Sup telur sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja |Dapur Rasa Live
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan serai, daun pandan, 3 sekawan dan bahan kisar. Tumis hingga naik bau. 2. Kemudian, masukkan beras. Kacau-kacau supaya sekata.
3. Masukkan gula dan garam. Kacau-kacau. Kemudian, masukkan santan dan air. Pastikan air sama banyak dengan beras. Ukur beras guna besen sama dengan air. Tunggu sampai kering. Perlahankan api. 4. Goreng ikan bilis. Dah garing, angkat dan toskan.
1. Panaskan minyak ikan bilis tadi. Masukkan bahan kisar (cili kering dan bawang besar). Tumis sampai kering, baru masukkan bahan perasa; garam, gula, ajinomoto dan asam keping. 2. Kacau sehingga sebati. Bila dah masak, tutup api.
*Untuk daun pisang, saya cari sendiri di kebun. Jadi, untuk ini saya dah jimat kos pembungkusan. *Boleh tengok DI SINI untuk tutorial cara saya bungkus nasi lemak.
Mee Champa ni sebenarnya masakan dari kemboja. Haa, siapa belum pernah makan Mee Champa? Jom kita cuba buat menggunakan resepi ni. Confirm puas hati!
Resepi Mee Champa
BAHAN KUAH
1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth (air/sup tulang)
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
Seekor sotong kering sebesar tapak tangan* (jika ada)
Daun ketumbar seikat
Daun bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
Gula
Garam
Perasa jika suka
Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
Cara Penyediaan
Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth.
Caranya didihkan air rebusan dahulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam. Kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali. Selepas 30 minit mendidih, lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh, buang lagi airnya.Kemudian masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam.
Sementara daging empuk, boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih.
Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang dibakar tadi. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebuslah dengan api perlahan.
Tips: Tapis kuah supaya bahan-bahan atau rempah tidak masuk ke mangkuk mee.
SAMBAL LADA
Bahan-Bahan
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
Sedikit garam
Cara Penyediaan
Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap!
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
Cara Penyediaan
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.
Aksesori Lain
Kuey teow, mihun,mee champa
Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
Limau nipis
Hirisan daging
Minyak bawang putih
Lobak asin yang dipotong halus
Sambal lada
Tauge
Kicap
Serbuk lada sulah/lada hitam
Gula (tambahan jika suka manis)
Sos ikan jika perlu
Boleh la letak kicap, perah asam limau,sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. Bahan tambahan ni la penyedap mee sup taw!