Anda penggemar rendang? Kena cuba resipi Rendang Rempah Cili Padi Dagingperkongsian Azlina Inani. Sangat sedap, mudah dan membuka selera. Tengoklah gambarnya sahaja sudah cukup meruntun rasa. Pasti tidak menyesal punyalah. Makan pula dengan nasi impit atau ketupat, aduh… memang nikmat! Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK RENDANG REMPAH CILI PADI DAGING
BAHAN-BAHAN: 1kg daging – hiris sederhana tebal, basuh bersih & ketepikan 2 paket kerisik – beli online disini 1 kotak kecil (250ml) santan Hirisan daun kunyit secukupnya Hirisan serai secukupnya Air asam jawa secukupnya – beli online disini Garam dan perasa secukupnya
BAHAN PES RENDANG: 30-40 batang cili padi hijau – boleh ubat ikut kepedasan disukai 2 biji bawang besar – belah 6 @ 8 4-5 ulas bawang putih – beli online disini 3-4 batang serai – hiris 1 inci halia 2 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1.Sangai bahan-bahan rempah dan sejukkan terlebih dahulu barulah ditumbuk atau dikisar. Jika tumbuk semasa masing panas, rempah agak liat dan lambat hancur.
2. Satukan kesemua bahan pes rendang. Masukkan sedikit air dan kisar hingga halus.
3. Tuang sedikit minyak di dalam dan tumis pes sampai naik minyak. 4. Masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau lagi sampai naik minyk semula.
5. Masukkan daging dan terus tutup kuali biar keluar air daging dan daging kecut.
6. Bila sudah keluar air daging dan daging menjadi kecut, baru tambah air dan sedikit garam serta perasa. Biarkan sampai daging empuk. 7. Tambahkan kerisik.
8. Masukkan juga santan. Biarkan mendidih dan pekat.
9. Masukkan hirisan daun kunyit hiris dan hirisan serai.
10. Gaul sebati dan tambah air asam jawa. Masa ni boleh rasa rendang supaya cukup masin dan perasanya. Jika rendang masin, boleh tambah santan.
11. Boleh pilih sama ada masak rendang yang berkuah atau kering. Angkat dan nikmati bersama nasi impit atau nasi putih panas.
Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.
BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:
UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SEAFOOD:
JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI
CARA MEMASAK:
KONGSI RESIPI: Normah Bahari
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mungkin ada yang pernah jumpa resipi ni. Ada juga yang tak pernah jumpa. Jadi RASA kongsikan di sini resipi Sup Kelapa Daging Bakar yang jarang-jarang dibuat. Korang boleh nikmati sup dengan cita rasa yang berbeza.
Bahan-bahan
300 gram daging batang pinang
1 biji air kelapa
1 kiub stok ayam
100 gram isi kelapa (dihiris nipis)
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
2 biji cili padi merah (dihiris nipis)
Daun bawang untuk hiasan
Cara memasak
1. Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
2. Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
3. Seterusnya masukkan daging bakar dan isi kelapa. Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
4. Setelah mendidih, padamkan api. Taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.