Sajian Daging Bakar Rimau Menangis ni nampak lembut, moist dan sangat sedap. Berbanding resipi-resipi yang RASA kongsi sebelum ni, resipi perkongsian saudari Norul Azmah ni nampak lebih mudah dan cepat masak. Sos pencicahnya pun begitu menyelerakan. Jom cuba. Pasti puas hati.
Masak taucu memang enak. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama nasi panas. Tak perlu lauk lain dah. Taucu ni sedap kalau dimasak guna ikan yang isi lembut seperti kembung, kerisi, tenggiri dan bawal. Nak buatnya pun senang je. Jom cuba!
IKAN BAWAL TUMIS TAUCU
1 ekor ikan bawal
1/2 biji bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
4 sudu makan taucu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 biji cili merah – hiris
1/2 biji timun – hiris
2 biji cili padi – tumbuk halus
Gula secukupnya
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan kelar sedikit. Lumurkan dengan garam serta serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Bagi meneydiakan sos taucu, pananskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, cili padi tumbuk serta halia hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan taucu. Masak lagi hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, sos cili, gula, cili merah, bawang besar serta timun. Gaul rata.
Bila sos kelihatan agak kering, tambah sedikit air. Biarkan mendidih dan timun sedikit lembut. Rasa kuah terlebih dahulu dan pastikan semua perasa seimbang.
Akhir sekali, masukkan ikan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Macam-macam cara orang masak pindang atau dikenali juga di sesetengah tempat sebagai asam rebus. Namun apapun nama rasanya lebih kurang. Ia mesti ada rasa masam dan pedas. Sebahagiannya di tambah dengan aroma serai atau daun kunyit. Kali ini RASA ingin kongsikan salah satu cara masak pindang iaitu Pindang Ikan Kerisi dengan Kacang Bendi. Teringin boleh cubalah ye.
PINDANG IKAN KERISI BERSAMA BENDI BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
2. Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
3. Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
Ubi kayu sejenis ubi yang sinonim dengan masyarakat Melayu kerana dari ubi kayu terhasilnya pelbagai jenis makanan yang ternyata sedap olahannya, terutama kuih muih tradisional yang diperbuat dari ubi kayu. Antara yang disukai ramai hingga sekarang adalah talam dan bingka ubi kayu. Bagaikan terasa kenyal tekstur dan lemak manis rasanya. Kalau korang nak cuba, berikut RASA kongsikan resipinya
BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
2 cawan air
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula kastor
1/2sudu teh garam halus
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan. 5. Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
Sejukkan dan potong.
TALAM UBI
BAHAN-BAHAN:
A: LAPISAN BAWAH:
800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
300ml air
150ml santan pekat
250gram gula
Pewarna kuning
B: LAPISAN ATAS:
800ml air
320ml santan pekat
100gram tepung beras
80gram tepung ubi
80gram tepung gandum
2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
Sediakan loyang yang dialas dengan plastiK.
Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
Kukus selama 40 minit.
Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus selama 30 minit lagi.
Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!