Sedapnya Cucur Kucai Udang ni. Kalau buat untuk minum petang memang sesuai sangat. Resipi yang sangat simple ini adalah perkongsian saudari Norhaniza Kamaruddin dan digunakan untuk niaga. Katanya memang laris. Bagi anda yang nak cuba boleh salin resipi di bawah ni. Malah kalau nak buat dalam jumlah yang sedikit, bolehlah bahagikan adunan bahan. Senang sangat. Selamat mencuba.
CARA MASAK CUCUR KUCAI UDANG PALING MUDAH & SEDAP
SUKATAN 1 KG TEPUNG
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1/2 paket ibu roti @ mauripan @yis
Garam secukup rasa
1 sudu makan lada sulah
2 sudu makan cili kisar
1 ikat kucai
Tauge – dalam RM1
1 biji telur – pilihan. Jika tiada, boleh abaikan.
Udang kertas secukupnya
Air masak – kuantitinya agak-agak dengan jumlah tepung
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali kucai dan udang) di dalam bekas bersesuaian. Adun sebati hingga tak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. 2. Tambahkan kucai dan udang. Gaul sekali lagi hingga sebati.
Ads
3. Biar adunan selama 30 minit sebelum digoreng. 4. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan goreng bancuhan cucur tadi hingga garing.
Bermula dengan kemeriahan donut perisa red velvet, keluarlah pelbagai resipi donut lain yang kreatif dan menarik.
Pelbagai perisa yang ada, seperti donut sambal, donut keladi, donut labu dan macam-macam lagi.
Resipi donut perisa arang yang dikongsikan saudara Che Azawimie Che Zahari ini, sangat menarik dan kreatif.
DARK CHOCOLATE CHARCHOAL DOUGHNUTS
BAHAN DOH:
1kg tepung high protein – beli online di sini 12gm yis kering – beli online di sini 1 sudu besar gula kastor – beli online di sini 1 sudu teh garam 1 sudu besar shortening 1 sudu teh tepung k-fine Susu uht (agak-agak je sukatannya) Pewarna hitam 2 sudu besar serbuk koko 1 sudu teh serbuk arang @ charcoal powder 1 sudu teh cappuccino paste
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan dalam mesin. Uli sehingga menjadi doh. 2. Bila dah jadi doh, keluarkan.
Selalu chicken chop yang salut tepung, kan? Kali ini, kita tunjuk cara buat yang kulit dia rangup, tanpa perlu salut tepung. Malah tak perlu pakai minyak langsung. Bahan pun sikit sahaja.
Menerusi perkongsian resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, dengan menggunakan bahan yang sikit sahaja, boleh menghasilkan menu chicken chop yang sangat sedap.
Jom kita cuba! Oh ya, resipi ini sesuai untuk dua orang makan.
1. Ini bahagian paha dan pinggul ayam. Saya dah belah bahagian bawah (dalam) dan buang tulang dia. Kalau tak pandai buang, boleh suruh penjual ayam potong. Beritahu je “Bang, potong untuk chicken chop!”
2. Ni saya dah buang tulang di hujung paha tu sekali. Ayam ni kena lap dengam tisu supaya dia kurang basah. Lepas tu, tabur garam dan lada hitam secukup rasa.
3. Panaskan kuali leper guna api sederhana selamat 1 minit. Paling sesuai kalau guna “cast iron skillet”. Kalau tak ada, boleh guna kuali yang stainless steel atau non-stick.
4. Kemudian masukkan ayam. Kulit di bahagian bawah. Api sederhana. Tak payah guna minyak. Nanti lemak ayam akan cair dan jadi minyak. Proses ini dinamakan “fat rendering”.
5. Lemak yang cair tu akan turun* ke bawah dan sekeliling ayam. Ia akan kelihatan mengering. Jangan panik. Jangan cuba angkat ayam*. Pada waktu ni, kulit ayam sedang melekat pada kuali.
6. Teruskan masak. Biar sahaja. Proses ini memakan masa 20 minit. Sepanjang ini, guna api perlahan atau sederhana. Jangan risau, ayam tak akan hangus. Jangan risau pasal ayam melekat.
7. Setelah cukup 20 minit, baru periksa sama ada kulit ayam dah lekang dari kuali atau belum. Kalau belum, sambung lagi masak. Ayam akan lekang sendiri bila kulit dia dah cukup rangup.
8. Macam ni. Dia lekang sendiri. Kuis sikit dan angkat je. Mudah sahaja nak tanggalkan dari kuali. Masa ni kulit ayam saya dah rangup. Jadi macam keropok, tapi tak hangus pun walaupun masak selama 20 minit.
9. Terbalikkan, dan masak bahagian bawahnya pula. Ini ambil masa 1-2 minit sahaja. Kalau dah tak merah dagingnya, kira dah masak. Angkat dan rehatkan dalam pinggan.
10. Kerak ayam dalam kuali ni, kita nak buat jadi kuah. Masukkan bawang putih yang disagat dan mentega. Biar mentega cair dan tumis bawang putih dengannya sampai naik aroma.
11. Masukkan air 1-2 senduk, dan cuba kikis kerak ayam ni perlahan-lahan. Ia akan tanggal dengan mudah. Kerak inilah sumber rasa ayam yang padu! Tak payah guna serbuk perasa ayam dah.
12. Kemudian masukkan krim masakan. Gaul rata. Kalau tak ada krim masakan, boleh guna susu sejat atau susu segar. Tambah garam dan gula jika perlu. Ikut citarasa masing-masing.
13. Akhir sekali, masukkan cendawan yang telah dihiris. Gaul sebati. Boleh guna cendawan tin atau cendawan segar. Gunalah cendawan butang, cendawan portabello atau shiitake segar.
14. OK dah boleh hidang! Saya selalu letak kuah di bawah sebab tak nak kulit ayam yang rangup tu jadi lembut sebelum dimakan. Kulit rangup tu mahal. Boleh hidang dengan kentang goreng jika suka.
Peminat kuetiau kena cuba buat sendiri kuetiau. Tak susah pun buatnya.
Cuma bancuh dua jenis tepung kemudian dikukus.Selain beli,sebenarnya boleh
buat sendiri saja kuetiau ni.Bancuh dua jenis tepung iaitu tepung beras dan
tepung ubi saja.Selepas ni tak payah beli, buat je sendiri.
Dah tahu buat sendiri senang nak masak char kuetiau, ladna, kungfu
atau goreng mamak style ke, semua boleh. Dikongsikan cara membuatnya.
KUETIAU HOMEMADE
Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung beras
Sedikit minyak sayuran
1 1/2 cawan air
Loyang untuk mengukus
CARA MEMBUAT
1. Sediakan alat kukus, saya guna kuali saja.
2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau sehingga rata,
jangan sampai bergentel.
3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
4. Tuang sesenduk adunan/ batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang
dipenuhi adunan batter dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi (guna senduk
lauk pun boleh).
5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.
6. Biarkan sejuk kejap kemudian griskan permukaan kuetiau dengan
minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan
(ulangi proses ini hingga adunan selesai).
7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut
saiz yang diingini.
8. Siap.
TIP: :
Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lipat dua lempeng kue tiau
supaya senang untuk dipotong. Yang saya buat ini tebal sikit. Boleh ditambah air
sedikit untuk lebih nipis.
Mudahkan! Selamat mencuba.
Kredit : Fiza Mh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman webRASA: