Bagi peminat sajian berasaskan Salmon, boleh cuba masak sendiri menuCreamy Butter Tuscan Salmon perkongsian saudari Zalina Zainalini. Mudah, sedap dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, hasilnya seakan menu yang dimasak di restoran mewah. Wow..Kalau beli ni, mahal harganya. Baiklah masak sendiri. Lebih jimat dan tentunya puas hati. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Tabur lada hitam secukupnya dan perah lemon ke atas kepingan salmon. Perap dalam 2-3 minit. 2. Panaskan pan dengan minyak zaitun untuk panggang ikan salmon. Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
3. Seterusny panaskan pan dengan mentega dan tumis bawang putih serta bawang merah yang diracik hingga wangi. 4. Kemudian, masukkan cooking cream diikuti dengan keju parmesan. 5. Kalau nak kuah lebih, tambah air secukupnya tetapi jangan banyak sangat, nanti cair pulak. 6. Perasakan dengan garam secukup rasa. 7. Bila sudah mendidih, masukkan bayam, tomato dan ikan salmon yang telah siap dipanggang tadi.
8. Boleh hias dengan taburan daun rosemary atau parsley. 9. Creamy Butter Tuscan Salmon siap disediakan dan boleh dimakan bersama nasi putih panas.
Nak buat nasi lemak sambal ekspres boleh guna cara ini. Guna microwave pun boleh, mudah dan hasilnya pun sama seperti menggoreng. Kalau hidang, orang pun tak tahu nasi lemak ni resipi ekspres. Lagi-lagi kalau hias macam ni gayanya.
Sambal ni teksturnya tak beza sangat dengan sambal yang gunakan cili kisar. Rasanya ada umami dari belacan, manis gula melaka dan bawang Holland dan pedasnya tak melampu. Resipi sambal ni juga boleh digunakan untuk buat sambal udang, ikan bilis, petai dan sebagainya. Cuma saya sarankan guna “serbuk cili kasar” supaya teksturnya tak macam air.
Resipi Kamarul Ariffin Nor Sadan dikongsinya ketika belajar di Ukraine dahulu. Biasalah student, duit terhad, masa terhad, peralatan terhad.Maka terhasilah resipi kreatif ini.
Nasi Lemak Sambal Microwave
Bahan-bahan:
½ pot nasi
4 sudu besar santan kotak
2 sudu besar empingan cili
¼ biji bawang Holland
¼ sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar gula Melaka
1 sudu kecil belacan/kiub ikan bilis
2 sudu besar ikan bilis
1 ulas bawang putih
1 butir telur ayam
Bahan-bahan “optional”:
¼ batang timun Jepun
3 sudu besar kacang tanah
3 ketul ayam goreng sejuk beku
1 helai daun pandan
Cara membuat:
1.Basuh beras, letak dalam mangkuk, letak santan. Sukatannya; 1 pot beras + 4 sudu besar(sb) santan kotak. Saya masak ¾ pot, maka + 3 sudu besar santan. kalau guna santan segar atau serbuk, pandai-pandai agak.
3.Tambah air. Sukatan air yang biasa saya guna 1 pot berat + 1½ pot air. Takut ada yang keliru, pot yang saya maksudkan tu bukan periuk tau. Pot = cawan (seperti dalam gambar).
4.Masukkan air dalam periuk nasi. Kalau tambah 1 pot air dalam pada beras di dalam mangkuk, maka tambah 1 pot air dalam periuk. Nisbah kena sama. Biasanya air dalam periuk kering, ngam nasi pun masak.
5.Masukkan mangkuk berisi beras, santan dan air tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Saya masak dalam mangkuk sebab tak nak ada kerak nasi. Kalau kalian nak masak banyak, tak payah guna mangkuk.
6.Ada orang buat telur rebus, dia letak sekali telur dalam beras yang hendak ditanak. Lepas tu kena kecam oleh netizen sebab kulit telur kadang-kadang ada najis. Saya biasa kukus telur dalam mangkuk macam ni.
7.Maksudnya, tanak nasi di bawah. Di pengukus tingkat atas, saya kukus telur dalam mangkuk. Jadi tak bercampur. Lebih selamat dan bersih. Kulit telur pun saya dah cuci sehingga bersih.
8.Sementara tunggu nasi siap. Kita buat sambal. Saya gunakan empingan cili (chili flakes) macam ni. Beli di pasar raya tulis “serbuk cili kasar”. Saya guna yang ini sebab akan lebih cantik dari serbuk halus.
9.Serbuk cili ni saya campurkan dengan air 3-4 sudu besar, belacan, asam jawa, gula Melaka, bawang putih (ditimbuk/disagat/pes), garam. Gaul sampai sebati. Kalau nak letak halia atau bahan lain, silakan.
10.Lepas tu saya letak minyak 4 sudu besar. Kita akan tumis campuran ini dalam mangkuk ini, menggunakan microwave. Tak yakin?
11.Masuk dalam microwave, set selama 1 minit. Tunggulah dengan debaran. Peringatan, gunakan mangkuk yang tahan microwave.
12.Selepas satu minit, keluarkan untuk diperiksa. Dah pecah minyak nampaknya. Tapi belum masak lagi sambal ni. Kena gaul-gaul dan masuk dalam microwave lagi. Biasanya kena ulang 2-3 kali. Baru masak.
13.Saya suka sambal yang ada bawang Holland. Jadi saya letak ke dalam sambal sebelum saya sambung microwave lagi. Waktu ni kalian boleh letak udang, ikan bilis atau petai jika mahu.
14.Ada orang suka letak santan dalam sambal biar ada rasa lemak sikit sambal tu. Maka boleh letak sekarang. Hari tu Cik Nah (mak-nya Mahathir Zainol) pesan suruh letak, maka saya letak.
15.Microwave lagi seminit. Periksa, gaul. Kalau belum masak tambah lagi seminit. Bergantung kepada jumlah sambal yang kalian buat, biasanya perlukan 3-5 minit untuk sambal masak sepenuhnya.
16.Ni sambal yang dah masak. Empingan cili tadi dah tak rasa cili mentah, bawang dah layu dan saya dah tambah apa-apa yang kurang. Warna pun dah cantik. Ada bau gula terkaramel juga.
17.Nasi belum masak, jadi saya nak goreng ikan bilis dalam microwave juga. Letak ikan bilis dalam pinggan dan curah minyak dalam 2-3 sudu besar. Masuk microwave, set 1 minit.
18.Ni hasilnya. Ikan bilis rangup. Tak payah kuali, tak bazir minyak, tak lama nak masak. Tak percaya ikan bilis ni rangup?
19.OK, periuk nasi bunyi “keletek”. Maknanya dah siaplah nasi dan telur ni. Bila saya buka penutup periuk, nampaknya telur ni masih belum menetas.
20.Nasi nampak OK. Mungkin nampak macam sedikit tak bermaya, tapi jangan risau, bila kita gemburkan dia, dia akan nampak bertenaga.
21.Nasi yang telah digembur. Nampak tak sebutir-sebutir. Tak melekat, tak lembik, tak hancur. Rasa pun cukup berlemak, ada masin dan ada aroma halia serta daun pandan yang saya letak.
23.Gabungkan semua komponen tadi, maka terhasillah nasi lemak ayam dalam masa 15-20 minit.
Biasanya kita akan jumpa menu nasi minyak hujan panas ni pada majlis kenduri saja. Ditambah pula dengan lauk ayam goreng, khemok daging dan acar nenas, memang padu.
Menerusi perkongsian resipi daripada Muliadi Ramli ini, memang senang cara membuatnya.
NASI MINYAK HUJAN PANAS
BAHAN NASI:
Beras Basmathi Jasmin Parboil 6 pot (1.2 kg ++, direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air)
Rempah 4 sekawan 1 biji bawang besar | dimayang – beli online di sini 2 ulas bawang putih | dimayang – beli online di sini 4 helai daun pandan | disimpul Minyak masak – beli online di sini Minyak sapi 1 batang serai (optional) 2 kotak kismis hitam ½ tin susu cair – beli online di sini 4 sudu besar sos tomato del monte Garam 1 sudu besar pewarna kuning telur 1 sudu besar pewarna merah 2 inci halia | dihiris nipis/diketuk 1 kiub pati ayam Daun ketumbar (saya tak letak sebab kehabisan stok)
CARA MASAK:
1. Panaskan periuk elektrik. Masuk minyak masak dan minyak sapi. Tumis sampai naik baunya. Masukkan semua bahan tumis sampai wangi. 2. Masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras. Bila air dah mendidih, masukkan beras yang ditoskan. Gaul rata.
3. Masukkan air. Kalau beras jasmin parboil ni yang telah direndam, sukatan air dengan beras, air paras-paras beras sahaj (ukuran air dengan beras dalam periuk) 4. Masuk halia, susu cair, sos tomato dan kiub ayam, kacau rata. Bila dah masak nasi tu, masukkan biji kismis. 5. Bila nasi dah kering, buat lubang kat nasi tu. Masukkan pewarna, biarkan lagi 20 minit. Balik-balikkan nasi tadi. Tunggu 15 minit lagi untuk nasi masak dan kering sepenuhnya. Siap.
BAHAN KHEMOK DAGING
1kg daging 1kg daging tulang
BAHAN PERAPAN DAGING:
2 biji bawang besar 8 biji bawang merah 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 cawan bawang goreng *kisar halus semua bahan perapan daging
5 sudu besar rempah khemok (beli yang timbang) 1 sudu besar rempah masak cap bunga ros 1 sudu besar rempah gulai 4 sudu besar sos tomato del monte ½ tin susu cair 4 biji badam | disangai & ditumbuk halus, masuk dalam perapan daging tujuan bagi rasa lemak pada kuah
*semua bahan di atas disatukan dan diperap dengan daging dalam 30 minit.
½ tin susu susu cair Gula melaka Garam secukup rasa
1 biji bawang besar | dimayang 2 helai daun pandan | disimpul Rempah 4 sekawan 4 sudu besar cili boh 2 batang serai | diketuk (optional, kalau tak suka tak perlu letak) Minyak masak 2 biji kentang | dipotong
CARA MASAK:
1. Tumiskan bahan tumisan hingga wangi dan sampai pecah minyak. Masukkan daging yang diperap tadi. Tutup periuk. Biar keluar semua air daging dan rempah sebati. 2. Masukkan 3 cawan air. Renehkan daging dengan api sederhana. Masukkan gula melaka, garam secukup rasa. 3. Masak sampai daging empuk. Jika daging belum empuk, tambah air dan susu cair. Masak sampai kuahnya jadi pekat (boleh tambah air jika terlalu pekat). Siap untuk dihidangkan.
BAHAN ACAR NENAS:
1 biji nenas | dikupas kulit & dipotong nipis ½ keping gula melaka 4 sudu besar cuka makan 1 cawan air 3 sudu besar cili boh Garam secukup rasa
CARA-CARA:
1. Masukkan cili boh kacau dengan api perlahan. Masukkan air sampai mendidih. 2. Masukkan gula melaka. Bila pekat sikit, masukkan cuka dan garam. Tutup api. Bila dah sejuk masukkan nenas. Siap.
BAHAN SAMBAL BELACAN
*4 biji cili besar merah *20 biji cili padi *Belacan sebesar ibu jari (dibakar biar wangi) *1 biji limau kasturi (dibuang biji) *Garam *Gula *½ sudu pes asam jawa 1 biji limau nipis
CARA-CARA:
Bahan bertanda * dikisar. Air sedang-sedang saja. Jangan terlalu sedikit atau banyak dan jangan kisar terlalu halus. Keluarkan dan perah limau nipis. Rasa secukup rasa. Siap.
Sesekali, jika bosan mengadap menu ayam, daging dan seafood, bosan juga. Masa ni, makan lauk telur goreng je pun dah sangat sedap. Tapi cubalah dengan menambah hirisan limau nipis. Hmm…Boleh terkecur air liur dibuatnya.Menu yang sangat mudah dan ringkas tapi memang menambah selera.