Kalau sebut Cottage Pie Ala Zahnita, ramai terus bayangkan sajian klasik Inggeris dengan sentuhan daging cincang berlapis kentang lenyek lembut, dimasak penuh kasih sayang dalam oven ala air tangan selebriti Zahnita.
Resipi asalnya mungkin dari Barat, tapi bila masuk tangan orang kita, hasilnya bukan sekadar sedap, tapi penuh “kick”! Aroma kari, cili padi dan sos cili menjadikan Cottage Pie Ala Zahnita versi tekak Melayu ini sebagai fusion comfort food paling sedap untuk santapan keluarga.
Keistimewaan Cottage Pie Ala Zahnita Versi Tekak Melayu
Kalau versi asal Cottage Pie lebih kepada rasa lemak dan masam manja dari tomato, resipi yang dikongsi oleh saudara Muliadi Ramli ni pula membawa jiwa Melayu sebenar, ada pedas, ada rempah, tapi masih kekal dengan ciri istimewa iaitu kentang lenyek berkeju yang lembut dan creamy di atas lapisan daging kisar penuh perisa.
Bayangkan hirupan pertama suapan:
Lapisan bawah daging kisar pedas berempah.
Lelehan keju cair Mozarella & Cheddar.
Kentang lenyek lembut menyatu dalam satu rasa harmoni yang “melting in your mouth”.
Nak buatnya? Senang sangat. Tak perlu jadi chef pun boleh hasilkan seperti restoran!
Resipi Cottage Pie Ala Zahnita (Versi Tekak Melayu)
Bahan A (Inti Daging)
400gm daging kisar
½ biji bawang Holland
5 biji cili padi (dipotong)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk paprika
½ sudu kecil serbuk lada putih
Garam & perasa secukupnya
Cara Membuat Inti Daging
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang Holland hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari, paprika dan lada putih, gaul hingga sebati dan naik aroma rempahnya.
Tambahkan daging kisar, kacau rata hingga daging masak sekata.
Masukkan sos cili dan sos tomato. Inilah rahsia rasa pedas manis yang seimbang.
Akhir sekali, masukkan cili padi, garam dan perasa. Tumis hingga sebati, kemudian ketepikan inti daging.
Tip RASA: Untuk aroma lebih kuat, tambah sedikit daun kari semasa menumis — hasilnya lebih wangi dan berlemak pedas!
Bahan B (Lapisan Kentang)
5 biji kentang (±400g)
1 cawan susu segar
3 sudu besar mentega
Cara Membuat Lapisan Kentang
Rebus kentang hingga empuk, kemudian lenyek halus semasa masih panas.
Masukkan susu segar dan mentega, kacau hingga jadi adunan kentang yang lembut dan berkrim.
Tip RASA: Nak rasa lebih kaya, boleh tambah sedikit keju parut ke dalam kentang. Bila dibakar, lapisan atas jadi garing keemasan dengan rasa lemak manis yang padu.
Bahan C (Lapisan Akhir)
Keju Mozarella (ikut citarasa)
Keju keping Cheddar
Daun ketumbar dicincang kasar
Cara Membuat Cottage Pie Ala Zahnita
Sediakan bekas tahan panas (loyang atau ramekin).
Ratakan inti daging kisar di bahagian bawah.
Tuang dan ratakan lapisan kentang lenyek di atasnya.
Susun keju keping Cheddar di atas kentang, kemudian taburkan Mozarella secukupnya.
Akhir sekali, taburkan daun ketumbar sebagai sentuhan segar.
Bakar dalam oven suhu 200°C selama 10–15 minit (bergantung kepada saiz pie dan jenis oven).
Siap dibakar, biarkan sejuk sekejap sebelum dihidang. Hasilnya, pie yang keemasan di atas, lembut di dalam, dengan aroma pedas manja dari cili padi dan rempah kari, memang buat selera terbuka luas!
Ads
Tip Tambahan Dari Dapur RASA
Ganti daging kisar dengan ayam kisar atau daging kambing muda untuk versi lebih ringan.
Gunakan susu rendah lemak atau mentega tanpa garam untuk pilihan lebih sihat.
Untuk anak-anak, kurangkan cili padi tapi kekalkan sos cili untuk rasa manis pedas lembut.
Bila Sesuai Dihidang
Cottage Pie Ala Zahnita ni bukan sekadar hidangan untuk keluarga tapi juga sesuai untuk:
Hidangan istimewa hujung minggu,
Potluck bersama kawan-kawan,
Atau bekal ke tempat kerja (reheat pun masih sedap!).
Kalau nak buat versi mini, guna cawan tahan panas kecil. Comel, mudah dihidang dan senang kawal portion.
Kesimpulan
Resipi ni bukti bahawa masakan Barat pun boleh diolah ikut selera Melayu tanpa hilang identiti asal. Pedasnya sederhana, tapi cukup menggoda; lemaknya tak muak; dan aroma daun ketumbar memberi sentuhan segar di akhir suapan.
Senang kata, kalau anda cari menu “western tapi rasa Melayu”, inilah Cottage Pie Ala Zahnita yang wajib dicuba! Gerenti suami, anak-anak, malah jiran pun akan puji.
RASA TIP: Simpan lebihan pie dalam peti sejuk, boleh tahan 2–3 hari. Panaskan dalam oven sebelum makan semula. Hasilnya tetap lembut dan berlemak seperti baru keluar dari dapur!
Tak tahu nak masak apa dengan daging kambing yang sudah lama dalam peti sejuk. Ini Rasa kongsikan tiga menu berasaskan daging kambing yang sedap dan boleh anda cuba sendiri. Sesuai sangat untuk dijadikan lauk berbuka petang nanti.
KAMBING MASAK BERIANI
BAHAN-BAHAN:
½ kg kambing | potong dan direbus sekejap di dalam air yang sedang mendidih. Angkat dan toskan.
5 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan tomato puri
4 sudu makan susu cair
2 sudu makan madu
1 sudu makan gajus yang sudah ditumbuk
4 sudu makan minyak sapi | untuk menumis
Setengah cawan tairu | susu cair yang dibancuh dengan air perahan limau nipis
Sedikit daun pudina
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
BAHAN KISAR UNTUK PERAPAN
4 biji bawang merah
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai | dihiris nipis
½ inci lengkuas
1inci halia
BAHAN DIGORENG
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
Sedikit gajus
CARA MEMASAK:
Perapkan daging dengan bahan yang sudah dikisar. Biarkan dalam sejam.
Panaskan minyak sapi di dalam periuk sederhana besar. Masukkan rempah beriani. Kacau jangan sampai hangus.
Masukkan daging kambing yang sudah diperap tadi.
Masukkan susu cair, tomato puri, madu dan tairu dan gajus yang sudah ditumbuk.
Biarkan daging masak dengan api sederhana. Masukkan air sedikit jika rempah terlalu kering.
Apabila daging sudah empuk, masukkan bawang –bawang yang sudah digoreng dan daun pudina, daun bawang dan daun sup.
Kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
KUZI KAMBING
BAHAN- BAHAN:
½ kg daging kambing
2 sudu makan rempah kuzi
3 biji bawang besar | dihiris nipis dan digoreng hingga kekuningan
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 sudu makan tomato puri
1 sudu makan tomato sos
½ tin susu cair
1 sudu makan susu pekat manis
2 inci gula Melaka | potong kiub
1/2 cawan kismis | digoreng
1/2 cawan badam/gajus | digoreng
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Campurkan dengan rempah kuzi. Ketepikan.
Panaskan minyak dan masukkan pes rempah yang dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak. Masukkan tomato puri. Kemudian masukkan daging kambing.
Masukkan bawang goreng, susu cair, susu pekat manis, garam dan gula Melaka secukup rasa. Masak sampai daging empuk. Tambahkan sos tomato. Apabila semua sudah sebati, masukkan kismis dan badam.
Boleh dihidangkan.
DAGING KAMBING BAKAR KUNYIT CICAH SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
400gm daging kambing | potong nipis bersama tulang
Sedikit garam dan kunyit
SAMBAL KICAP:
20 tangkai cili padi
50gm gula pasir
50ml kicap manis
5gm belacan
10gm bawang merah
CARA MEMASAK:
Perap daging kambing dengan garam dan kunyit sekitar 10 minit. Panggang daging sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat air asam; kisar kesemua bahan tersebut kecuali yang dimayang dan dipotong dadu.
Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan tomato dan bawang yang dimayang. Gaul sebati. Ketepikan.
Untuk membuat kuah kicap; Kisar kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masakan kari sinonim dengan masyarakat Malaysia tidak kira Melayu, Cina dan India semua suka. Di Malaysia ni, ada pelbagai jenis dan gaya masakan kari yang anda boleh cuba. Ada cara Melayu dan ada gaya India. Setiap satunya punya kekuatan serta keenakan yang tersendiri. Memang padu beb! Peminat kari wajib cuba ni.
1. KARI TULANG RUSUK KENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rusuk | dibersihkan
500ml santan pekat
500ml air rebusan tulang
100ml air asam jawa
3 sudu makan rempah kari daging
3 biji kentang | dibelah empat
6 ulas bawang merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4cm halia muda | dihiris
2 batang serai | dititik
1 tangkai daun kari | dihiris
1 biji tomato | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
4 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
3 tangkai bunga cengkih
2 tangkai bunga lawang
4 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
4 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk. Ketepikan dan asingkan air rebusan tulang.
Panaskan minyak, tumis bahan hirisan bersama serai, rempah penumis dan daun kari hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau rata seketika kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga timbul minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus dengan air rebusan bersama kentang.
Apabila kentang empuk masukkan santan, air asam jawa, garam, gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Sebelum angkat masukkan tomato dan hirisan cili.
INFO CHEF: Untuk lebih sedap, semasa merebus tulang, campurkan sedikit serbuk kari bersama hirisan halia, daun kari, serai dan sedikit garam.
2. KARI TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:
1kg telur ikan | dibersihkan dan tos
500ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 paket rempah kari ikan
1 makan pes cili kering
1sudu makan pes asam jawa
1 tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai
1 sudu makan halba campur
2 biji cili hijau | belah dua
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Hiris:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan hirisan bersama halba campur hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau rata.
Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daun kari, kacau lagi dan masukkan air asam jawa dan susu rendah lemak.
Selepas mendidih lebih kurang 3-4 minit, masukkan telur ikan yang telah dibersihkan tadi.
Apabila telur ikan sudah masak, masukkan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan cili hijau dan biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Telur ikan perlu dimasukkan selepas kuah mereneh kerana ia cepat masak dan mengelakkan daripada telur pecah.
3. KARI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris
1/2 batang lobak merah
150gm brokoli
10 biji cili padi | buang tangkai
3 batang kacang panjang
2 biji cili hijau | belah dua
2 biji tomato | belah empat
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
500ml santan
500ml air rebusan daging
1 sudu makan pes asam jawa
3 sudu makan rempah kari daging
Garam dan guna secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Daging tetel dicuci bersih, kemudian rebus hingga empuk.
Ketepikan dan asingkan 500ml air rebusannya.
Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Apabila pecah minyak masukkan daging tetel, air rebusan dan santan bersama air asam jawa.
Setelah mereneh lebih kurang 10 minit.Masukkan pula, lobak merah, brokoli, kacang panjang, hirisan cili hijau, cili padi dan tomato.
Akhir sekali, kecilkan api kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
INFO CHEF: Untuk campuran sayur-sayuran, anda boleh pelbagaikan sayuran ikut kegemaran.
4. KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong | saiz XL
400ml susu rendah lemak
2 sudu makan rempah kari
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
2 biji tomato | belah empat
1/2 batang lobak merah | dihiris memanjang 3cm
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
1 batang serai
1sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 biji buah keras
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong kemudian masukkan kepala ke dalam badan sotong. Ketepikan.
Didihkan air dalam periuk dan celur sotong lebih kurang dua minit. Angkat dan toskkan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
Apabila kuah mereneh, masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
Selepas lima minit masukkan hirisan lobak merah diikuti tomato.
Seketika kemudian angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk menyediakan kari sotong, sotong dimasukkan kemudian untuk mengelakkan ia menjadi keras dan liat.
5. KARI AYAM TUA TOMATO CERI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam tua | potong sederhana
500ml santan pekat
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan pes cili kering
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
2 biji ketang | buang kulit dan belah 4
6 biji tomato ceri
2 tangkai cili merah | dibelah 2
1 sudu makan pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam kemudian rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan penumis, daun kari bersama bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika.
Seterusnya masukkan ayam yang telah direbus tadi, gaul rata.
Masukkan sedikit air supaya rempah sebati dengan ayam.
Setelah itu, masukkan air asam jawa, santan dan kentang. Renehkan sehingga kentang empuk.
Akhir sekali masukkan kerisik, tomato ceri, cili merah, kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Semasa merebus ayam, campurkan dengan sedikit garam, hirisan halia, lengkuas dan serai titik untuk menghilangkan bau hanyir ayam tua.
6. KARI IKAN PATIN BERYOGURT
BAHAN -BAHAN:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
250ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
1 biji tomato | belah empat
1 biji terung bulat | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Bahan Hiris:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia muda
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan patin dan toskan.
Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF: Cara mudah membuah hanyir ikan patin, rendamkannya dengan air asam jawa atau air perahan limau nipis lebih kurang 10 minit kemudian bilas dengan air bersih dan toskannya.
7. KARI IKAN KELI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan keli | dipotong dua
750ml santan
3 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan pes asam jawa
4 batang kacang bendi
2 biji tomato | belah dua
2 biji cili merah | belah dua
6 biji cili padi | buang tangkai
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan halba campur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
4 cm halia muda
CARA MEMASAK:
Rendam ikan keli yang telah disiang dalam air asam jawa lebih kurang lima minit.
Bersihkan ikan keli, kemudian potong dua dan toskan.
Panaskan minyak, tumis daun kari dengan halba campur hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dicampur dengan sedikit air.
Setelah agak garing, masukkan santan, air asam jawa. Biarkan mereneh seketika.
Seterusnya masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali sebelum angkat, masukkan kacang bendi, tomato, hirisan cili merah dan cili padi.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ikan keli dagingnya lembut, kerana itu masukkannya bila kuah sudah mereneh dan tidak terlalu kerap mengacaunya.
8. KARI IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin saiz besar
250 ml santan kotak
Sedikit air | jika perlu
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan pes air asam
1 sudu makan pes cili kering
1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkainya
1 biji cili merah | dibelah dua
1 biji cili hijau | dibelah dua
1 biji tomato | dibelah empat
1 biji bawang besar | dibelah empat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
4cm halia | dihiris halus memanjang
1batang serai | dititik
CARA MEMASAK:
Asingkan ikan sardin dari kuahnya. Kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan hirisan, serai daun kari hingga wangi.
Masukkan pes cili, diikuti dengan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ikan sardin diikuti pula santan dan air asam jawa.
Biarkan kuah mereneh lebih kurang lima minit.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali sebelum angkat masukkan bawang besar, cili hijau, merah dan tomato.
INFO CHEF: Jika suka boleh sahaja dicampurkan kuah sardin di dalam kari.
9. KARI TULANG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang dan kelapa ikan masin talang
1 liter santan
3 biji terung bulat | dibelah empat
Sedikit air jika perlu
1 tangkai daun kari | dilurut dari tangkainya
2 biji tomato | dibelah empat
2 tangkai cili merah | dibelah dua
2 tangkai cili hijau | dibelah dua
2 keping asam gelugor
1 sudu makan halba campur
3 sudu makan rempah kari
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4cm halia
3cm kunyit hidup
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Masukkan bahan kisar, santan, rempah kari, dan tulang ikan masin dalam periuk.
Kemudian masak atas dapur, bila kuah mendidih masukkan terung.
Setelah terung empuk,kemudian rasa. Jika sudah masin, tambah sedikit gula sahaja.
Jika kurang tambah garam secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan tomato.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur hingga kekuningan.
Kemudian tuangkan dalam gulai tadi.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mengurangkan rasa masin, selepas rendam, cuci ikan dengan cuka makan.
10. KARI UDANG BERSAMA KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
1kg udang | saiz XL
400ml susu rendah lemak
3 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
2 biji tomato | belah empat
4 batang kacang panjang | dipotong 4cm
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
1 batang serai
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang kemudian tos. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
Apabila kuah mereneh, masukkan udang, garam dan gula secukup rasa.
Wanita sekarang ramai yang bekerja. Kalau suri rumah pun, ramai yang buat bisnes online. Masing-masing sibuk. Jadi ada kala tak sempat nak memasak yang perlu masa panjang. Sesibuk mana pun tetap kena memasak. Jadi pilihan yang ada adalah lauk ringkas.
RASA kongsikan resipi lauk daging berkentang yang ringkas tapi sedap. Resipi ini daripada Puan Nadia Mohamad.
DAGING GORENG KENTANG
Bahan-bahan
3 biji ubi kentang (dipotong kecil)
Sedikit daging (dihiris dan digaul garam serta kunyit)
1 biji bawang holland (dikisar)
5 biji cili merah (dibuang biji dan dikisar)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak
1) Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2) Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3) Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4) Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5) Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.