Dah lama tak minum petang. Maklumlah, sebulan berpuasa kan. Bagi anda yang teringin sangat nak makan Cokodok Pisang yang sedap, ni ada resipi mudah yang boleh dicuba. Pasti puas hati.
COKODOK PISANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Ads
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
Ads
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Ads
INFO:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi daripada Ruzanna Abd Rahman. Wanita ini membuat kuih Puteri Ayu yang cantik kejadiannya.
Kuih ini sesuai untuk dinikmati pada waktu pagi sebagai sarapan. Boleh juga dihidangkan sebagai juadah minum petang.
Kuih orang lama, namun tetap diminati hingga kini. Jom kita cuba!
KUIH PUTERI AYU
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete
100 ml santan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil emulco pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT
1. Satukan telur ayam, gula dan ovellete. Gunakan mixer dan kisar sehingga gebu serta ringan.
2. Masukkan santan. Kisar lagi sehingga ringan.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kisar lagi.
4. Masukkan emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau lagi.
5. Masukkan dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
Cantik kejadian kuih ini.Sentiasa menjadi kegemaran ramai.
Siapa sangka Brokoli ‘Super Food’ ini bukan hanya sedap sebagai sayur tetapi juga boleh diolah jadi kudapan seperti digoreng celup tepung dan dijadikan muffin dan banyak lagi. Sebagai sayur kaya dengan pelbagai khasiat, anda manfaatkan brokoli dalam bermacam menu. Antaranya seperti dalam dua resipi yang dikongsikan di bawah ini.
BROKOLI GORENG RANGUP BAHAN-BAHAN:
500gm brokoli | potong dadu
1/2 cawan tepung goreng serbaguna |sebarang jenama
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1cawan tepung tempura | sebarang jenama
Sedikit air
300gm minyak masak | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Renehkan air dalam periuk, celur sekejap 3-4 minit brokoli.
Angkat, tos dan ketepikan.
Campurkan tepung serbaguna dengan serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul rata.
Taburkan dalam bekas berisi brokoli tadi, gaul rata. Tambahkan sedikit air untuk memastikan tidak ada tepung berketul.
Setelah brokoli bersalut tepung sepenuhnya, gaulkan pula dalam tepung tempura. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga garing.
Angkat dan tos.
Brokoli sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
MUFFIN BROKOLI TELUR BAHAN-BAHAN: 1/2 biji brokoli | potong dadu besar dan rebus 3-4 minit 5 biji telur 1/2 sudu teh serbuk daun Thyme 1/2 sudu teh serbuk bawang putih 1 sudu teh serbuk pati ayam 1 sudu teh serbuk lada sulah 1/2 cawan parutan keju cheddar
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
Kemudian masukkan ke dalamnya serbuk pati ayam, lada sulah, serbuk bawang putih dan serbuk daun Thyme.
Kacau rata, baru masukkan brokoli dan 3/4 dari keju. Kacau rata.
Sediakan loyang muffin. Sapukkannya dengan mentega.
Tuangkan bancuhan muffin ke dalam loyang hanya 3/4 permukaan acuan sahaja. Taburkan lebihan parutan keju di atasnya.
Bakar hingga kuning keperangan lebih kurang 20-25 minit.
Setelah masak, muffin sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Suka jagung, ini ada dua menu jagung yang sedap. Selain direbus atau dibuat bubur jagung juga sedap dijadikan kuih seperti muffin dan bingka. Kedua-dua menu ni sesuai untuk hidangan minum petang sebagai buah tangan bila berkunjung ke rumah rakan. Jika suka boleh je cuba kerana resipinya turut disediakan di sini ye.
MUFFIN JAGUNG KUKUS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
BAHAN B:
1 cawan jagung krim dalam tin
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Ayak bahan A dan gaul dengan secubit garam. 2. Masukkan bahan B dan kacau sebati. 3. Panaskan pengukus, sambil itu masukkan adunan dalam acuan kertas. 4. Letakkan cawana kertas dalam acuan muffin. 5. Kukus lebih kurang 20-15 minit dengan api sederhana. 6. Setelah masak, tutup api dan angkat muffin. 7. Setelah sejuk, muffin sedia dihidangkan.
BINGKA JAGUNG:
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentega
4 biji telur
Secubit garam
1 tin jagung krim manis
Biijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. 2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati. 3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan. 4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api. 5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya. 6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam. 7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar. 8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!