Bahagian ayam yang kurang disukai oleh anak-anak ialah dada ayam. Jadi goreng ayam bahagian dada ni. Buat ala-ala chicken chop yang digoreng rangup gerenti laju je mereka makan. Boleh jadi menu minum petang untuk anak-anak. Bahannya pun mudah didapati dan hanya ikut tiga langkah ini.
CHICKEN CHOP
Bahan-bahan:
1 keping bahagian dada ayam
1 biji telur
1 sudu tepung bestari
1 sudu tepung ubi
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Masukkan dada ayam yang telah dihiris nipis ke dalam telur, tepung bestari, tepung ubi dan secubit garam. Gaulkan sehingga agak pekat (boleh je tambahkan tepung jika masih cair).
2. Kemudian celupkan ke dalam serbuk roti sehingga rata.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Nota: boleh dimakan dengan mayonis atau cheezy mayo pun dah sedap,yang penting anak-anak suka makan.
Kredit: Suhaniza Isenen/ Kak haney
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Masakan Menu Timur & Barat

Ramuan bermutu tinggi dan bahan-bahan segar menjadi 'rahsia' kelazatan hidangan kali ini. Jom semak resipi yang dikongsikan ini.
OTAK-OTAK BERSAMA KERABU MANGGA

BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi ikan|dikisar
- 200gm isi udang |dikisar
- 50gm bawang merah|dikisar
- 30gm bawang putih|dikisar
- 30gm serai | dikisar
- 20gm kunyit hidup|dikisar
- 20gm daun limau purut | dihiris halus
- 20gm daun kunyit | dihiris halus
- 100gm mangga muda | dihiris nipis
- 100gm buah tomato | dihiris nipis
- 100gm lobak merah | dihiris nipis
- 50gm bawang merah | dihiris nipis
- 50ml jus limau nipis
- 50ml sos plum
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- 2 sudu minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Campurkan isi ikan dan udang bersama barang yang dikisar dan dihiris halus. Perasakan campuran itu dengan garam, gula dan lada sulah secukupnya dan bentukkan campuran itu mengikut kesukaan anda.
2. Gaulkan bahan-bahan yang di hiris nipis bersama jus limau dan sos plum. Campurkan sedikit gula untuk mengimbangi rasa masam limau.
3. Panggang campuran otak-otak itu di dalam kuali yang sesuai dengan sedikit minyak. Setelah kedua-dua sisi otak-otak itu sudah kuning keemasan,alihkan dari kuali dan biarkan ia sejuk.
4. Anda boleh menyusun otak-otak itu diatas kerabu mangga atau gaul bersama.
5. Hidangkan di dalam pinggan yang sesuai dan hias dengan daun ketumbar atau cili api dihiris halus.
Saiz Hidangan: 5 Orang
Waktu masakan: 15-20 Minit
Cara Memasak : Panggang dalam kuali
Jenis masakan: Sajian Asia
Keistimewaan : Jus ikan dan kerabu mangga menjadikan otak-otak cukup enak untuk dinikmati
Anggaran kos : RM20
Info chef: Gunakan isi ikan siakap lebih sedap. Otak-otak yang dibentukkan bulat lagi menarik.
TULANG RAWAN MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:
- 600gm tulang rawan
- 100gm bawang merah dihiris
- 50gm bawang putih dihiris
- 30gm serai diketuk
- 10gm daun pandan
- 100gm cili boh
- 30gm kulit kayu manis
- 200ml kicap manis
- 100gm kicap pekat
- Garam,gula dan lada sulah secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan serai,daun pandan.cili boh dan kulit kayu manis dan tumis sehingga cili boh itu masak dan naik minyak.
2. Campurkan kicap manis dan kicap pekat dan biarkan ia mendidih. Perasakan dengan garam gula dan lada sulah secukupnya
3. Kecilkan api dan masukkan tulang rawan. Reneh selama sejam atau sehingga tulang rawan lembut.
4. Hidangkan didalam mangkuk yang sesuai dan hias dengan hirisan cilia tau daun ketumbar.
Saiz Hidangan : 5 Orang
Waktu memasak : 60-90 Minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Sajian India
Keistimewaan : Gandingan kicap manis dan masin menjadikan ia lebih berperisa
Anggaran kos : RM50
INFO CHEF: Bagi menjimatkan tempoh memasak,tulang rawan itu boleh direbus terlebih dulu.
UDANG PUTIH BERSAMA JARING TELUR BERMENTEGA

BAHAN-BAHAN:
- 400gm udang putih | dipotong sesungut
- 200gm telur kuning
- 100gm majerin
- 10gm cili padi merah |dihiris
- 20gm daun kari
- 20gm tepung jagung
- 1liter minyak masak
- Garam,gula dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dengan nyalaan api kuat. Gaulkan udang putih itu bersama tepung jagung untuk membuatkan udang itu rangup. Masukkan ke dalam minyak yang panas itu dan gorengkan selama 2 minit sehingga separuh masak.
2.Campurkan telur kuning itu sehingga sedikit kembang. Cairkan mentega dan campurkan sedikit minyak masak. Pusingkan cairan mentega itu dengan sudip dan masukkan telur kuning itu sedikit demi sedikit ke dalam kuali.
3. Setelah terhasilnya jaring telur itu, masukkan cili padi merah dan daun kari. Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukupnya.Masukkan udang yang sudah digoreng itu.
4. Tapis semua minyak dan mentega itu.
5. Hidangkan semasa panas didalam bekas yang sesuai.
Saiz hidangan : 5 Orang
Waktu memasak : 15-25 Minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Sajian China
Keistimewaan : Udang jaring telur dengan mentega adalah menu popular Cina
Anggaran kos : RM30
INFO CHEF : Gunakan majerin yang berkualiti untuk rasa yang terbaik.
SUP CENDAWAN LIAR BERSAMA PASTRI LAPIS
BAHAN-BAHAN :
- 300gm cendawan butang
- 100gm bawang Holland
- 50gm lobak merah
- 50gm daun saderi
- 10gm daun thyme
- 10gm daun salam
- 50ml krim memasak
- 150gm pastry lapis | dipotong bulat
- 1 biji telur kuning
- 2 sudu makan minyak masak
- 300ml air
- Garam,gula dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumis cendawan itu bersama bawang,lobak,daun saderi,daun thyme dan daun salam.
2.Masukkan air dan rebus selama 10 minit, kisar semua bahan-bahan tersebut. Panaskan sekali lagi dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukupnya. Masukkan krim memasak dan gaul sehingga sebati
3. Tuangkan sup di dalam mangkuk atau cawan kaca yang sesuai. Sapukan telur di sekeliling bekas itu dan tutup dengan pastry lapis.
4. Bakar di dalam ketuhar selama 10 minit atau sehingga pastri lapis itu masak.
Saiz hidangan : 5 Orang
Waktu memasak : 20-30 Minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sup berkrim dan pastri gebu, enak disudukan sekali.
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Gunakan cendawan yang bebrbeza memberikan rasa yang berbeza, campur tiga jenis cendawan untuk rasa yang terbaik.
STU EKOR BERSAMA KEJU BAKAR

BAHAN-BAHAN:
- 600gm ekor lembu
- 100gm bawang Holland
- 100gm lobak merah
- 50gm daun saderi
- 30gm bawang putih
- 20gm daun thyme
- 10gm daun salam
- 200ml puri tomato
- 20gm serai
- 100gm keju Raclette
- 2 sudu makan minyak masak
- 200ml air
- Garam,gula dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang,lobak,daun saderi,daun thyme dan daun salam sehingga lembut. Layurkan ekor itu sedikit dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan puri tomato,air dan serai. Rebus selama 20 minit dengan api kuat dan kemudian biarkan ia reneh selama 60 minit.
3. Letakkan serbuk perasa secukupnya. Bakar keju itu di dalam ketuhar atau gunakan blow torch.
4. Hidangkan stu itu di dalam mangkuk yang sesuai dan letakkan keju yang telah dibakar di bahagian atas.
5. Hias dengan daun parsli atau daun bawang.
Saiz hidangan : 5 Orang
Waktu memasak : 60-90 Minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian Barat
Keistimewaan : Bahagian ekor lembu dimasak stew cara barat memang lazat berkrim dengan rasa keju
Anggaran kos : RM45
Info chef: Boleh juga gunakan keju yang lain jika tiada keju raclette, seperti keju mozzarella atau cheddar. Enak dimakan bersama roti bawang putih.
IKAN KOD GORENG BERSAMA ABALONE GORENG SAMBAL

BAHAN-BAHAN:
- 400gm ikan kod | dipotong kecil
- 100ml kicap cair
- 200gm abalone saiz kecil
- 20gm bawang merah
- 20gm halia | dipotong petak
- 20gm lobak merah
- 20gm kacang manis
- 50gm sos XO
- 200gm mi wantan
- 20gm tepung jagung
- 1liter minyak masak
- Garam,gula dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan kod sehingga kuning keemasan.
2.Tumis bawang,halia,lobak merah dan kacang manis. Masukkan abalone dan sos XO, goreng sehingga sebati.
3.Rebus mi wantan dan tumis sedikit bersam bawang putih dan perasa.
4.Panaskan kicap cair dan letakkan gula sedikit. Pekatkan dengan tepung jagung.
5.Hidangkan di dalam pinggan yang sesuai,letakkan kicap di bahagian bawah supaya tidak bercampur dengan ikan.
6.Susun ikan di atas mee atau anda boleh gulungkan dan letak diatas ikan.
7.Hiaskan dengan abalone yang sudah digoreng kilas itu. Letakkan sedikit daun bawang atau daun ketumbar.
Saiz hidangan : 5 Orang
Waktu memasak : 20-30 Minit
Cara memasak : Goreng kilas/sekejap
Jenis sajian : Sajian China
Keistimewaan : Sajian ekslusif yang biasanya dihidangkan di hotel dan restoran mewah
Anggaran kos : RM45
Info chef:Ikan kod boleh digantikan dengan ikan lain seperti ikan tenggiri kerana ikan kod agak mahal. Rendam sedikit mi wantan itu sebelum tumis untuk mengelakkan dari melekat.
Hainanese Chicken Chop, Sos Kena Banjir Baru Mantap Rasanya…

Paling best menu Hainanese Chicken Chop ni adalah ayam yang besar dan rangup di luar, berjus di dalam. Dimandikan dengan sos yang lebih mild, tak muak dan rasa yang lebih fussion. Gerenti menggetar selera dan jiwa si pemakan.. Jom cuba!
HAINANESE CHICKEN CHOP

BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk ayam :
- 1 ketul dada ayam (basuh bersih dan toskan)
- 2 sudu kecil oregano
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 3 sudu besar tepung (dicampur bersama oregano)
- 1 biji telur (dikacau)
- 4 sudu minyak masak/olive oil/sunflower oil.
- dengan lada sulah, Lea & Perrins sos, 2 sudu besar gula dan sedikit garam.

CARA PENYEDIAAN:
1. Perap ayam sekurang2nya setengah jam bersama oregano, lada sulah, dan garam, biarkan seketika sementara menunggu minyak panas.
2. Untuk salutan tepung, campurkan tepung bersama oregano dan salutkan ayam tadi bersama-sama dengan tepung.
3. Celupkan ayam yang sudah disalut tepung tadi kedalam telur, dan pastikan semua bahagian dicelup dan ditutupi telur,
4. Goreng ayam tersebut ke dalam kuali, dan pelahankan api supaya ayam tidak keras dan tidak terlebih masak.

5. Masak sehingga ayam tersebut sudah kekuningan, toskan dan biarkan ditepi sementara menunggu sos hainan (sos masam manis) dimasak.
BAHAN SOS:
- 1 biji bawang merah-hiris halus
- 1 ulas bawang putih- hiris halus
- 1 sudu kecil oregano
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 4 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar air
- 1/2 biji buah tomato – belah empat
- 1/2 cawan kacang pis hijau.

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili, kacau sebentar sehingga pecah minyak sedikit.
3. Tambahkan air dan biarkan sehingga mendidih dan pekat sedikit.
4. Masukkan buah tomato yang dibelah empat, kacau dan tambah oregano, garam dan gula, rasa dahulu, jika rasanya sudah cukup masam manis, tidak perlu tambah gula atau garam.

5. Akhir sekali masukkan kacang pis hijau, tunggu 1 minit dan hidangkan bersama ayam yang dah digoreng tadi bersama kentang goreng!
P/s: Goreng jejari kentang dan hidangkan bersama ayam dan sos hainan
TAMBAHAN HIASAN :
Tomato biji
Kacang peas
Selamat mencuba!
Kongsi resipi: itisrajjah
Ayam Bakar ‘Stay At Home’ Sedap. Boleh Cuba Bulan Puasa Ni.

Bila tiba bulan puasa, hidangan Ayam Bakar, Ayam Golek atau Ayam Panggang memang antara menu paling laris. Biasanya dekat bazar ramadan, memang ramai yang jual lauk ni. Memangdangkan tahun ini tiada bazar ramadan disebabkan Covuid-19, jadi anda pun boleh cuba buat menu ni di rumah. Resipi perkongsian Puan Salimah Olie ini adalah yang terbaik untuk dicuba. Nak makan dengan nasi boleh, nak hidang dengan pasta dan kentang putar pun sesuai.
CARA MASAK AYAM BAKAR ALA KENNY SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – potong 4 bahagian
Bahan A :
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 kiub ayam knorr
- 2 sudu serbuk lada hitam
- 1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan gula
- 100ml air
(Kisar semua bahan diatas)
Bahan B :
- 2 sudu madu
- 3 sudu minyak zaitun
- 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan A & B dan lumurkan pada ayam. Balut bekas dengan plastic wrap dan perap 1@2 jam dalam chiller. Kalau perap 4@5 jam lagi sedap.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 220C selama 1 jam atau bakar menggunakan pemanggang ajaib hingga masak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Salimah Olie
ANDA JUGA BOLEH CUBA: