Kecur liur dengan masak lemak cili api nangka muda dengan ayam. Masak seperiuk, asyik berulang je ke dapur.Masak lemak ni tak sedap makan terus lepas masak, sebab nangka belum menyerap rasa lagi. Biarkan dalam 20 -30 minit sebelum dihidangkan. Masak lemak cara ini memang tak gunakan ketumbar atau sebagainya sebab dah guna ayam.
Masak Lemak Cili Api Nangka Muda Dengan Ayam
Sebiji nangka muda saiz kecil (rebus hingga 3/4 empuk, tambahkan garam dalam rebusan) 1 ekor ayam ( dicincang kecil)
Cili padi ( ikut kepedasan yang korang suka) 1 inci halia 2 biji bawang besar 5-6 ulas bawang putih Sedikit kunyit basah/ serbuk kunyit (Kisar semuanya)
2 batang serai -titik 2 keping asam keping 1 biji kelapa segar Sekotak santan kara
Ads
Cara memasak : 1.Panaskan sedikit minyak untuk menumis, masukkan serai kemudian terus masukkan bahan yang dah dikisar. Tumis hingga bahan tadi pecah minyak ,air lada tadi kering hingga menjadi seperti pes. 2.Kemudian masukkan ayam yang dah dicincang kecil, gaulkan ayam dan bahan tumis hingga sebati. 3.Tambah sedikit air, dan masukkan asam keping. 4.Biarkan hingga ayam masak. 5.Bila ayam dah masak, baru masukkan santan yang diperah dari kelapa tadi.Santan dari kelapa lebihkan air untuk dapatkan kuah. Jangan risau cair, sebab nanti akan tambah dengan santan kotak.Perisakan dengan garam, ajinomoto dan sedikit gula ikut selera masing-masing. 6.Santan dah didih, masukkan nangka dan gaul hingga sekata.
7.Akhir baru tuangkan santan kotak.Pastikan sentiasa dikacau agar santan tak pecah. Masak lagi dalam 10 min, hingga betul-betul sebati semuanya.
Kredit : Nor Haidah Md Said
INGIN MENUKAR BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Rahsia daging panggang yang sedap selain daripada daging yang segar, sos perapannya paling penting yang menentukan kelazatannya.
Herba secukup rasa,dan adunan sos yang betul, memang pasti sedap. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh lina pg ini.
LAMB CHOP BLACKPEPPER SAUCE
.
BAHAN-BAHAN :
4 keping daging kambing
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (empunya resipi gunakan kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1sm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano | secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
CARA MEMASAK :
1. Bersih daging kambing dan toskan
.
2. Ketuk-ketuk sedikit bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg empunya resipikn guna meat Tenderlizer ala hammer tu)
3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba). 4.Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
6.Letakkan sedikit minyak zaitun supaya daging tak kering
7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging…memang best
8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
Buah oren memang ‘zest’, dimakan mentah atau dijadikan jus buah. Kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Khasiat yang terkandung didalam dapat menurunkan risiko beberapa penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser. Min paling suka aromanya yang boleh buat kita terliur. Samada dimasukkan dalam lauk utama seperti sup dan ayam goreng, lagi pulak dijadikan bahan pastri atau pencuci mulut, memang enak.
Jom cuba 5 aneka resipi lauk dan pencuci mulut berasaskan oren ni.
1. KASTARD OREN
BAHAN-BAHAN:
HIASAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah. 2. Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan. 3. Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan. 4. Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. 5. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. 6. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk.
Info Chef – Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Kastard Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak : Reneh dan bakar
2. STIR FRY ORANGE CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Goreng ayam segera sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Tuang minyak masak ke dalam bekas dan tinggalkan sedikit lebih kurang dua sudu makan minyak untuk menumis. Kemudian tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga wangi. 3. Masukkan kicap masin, jus oren, stok ayam dan parutan kulit limau. Kacau sebentar. Bancuh tepung jagung bersama air kemudian tuang ke dalam kuali, masaklah sehingga kuah agak memekat. 4. Akhir sekali masukkan brokoli dan asparagus. Kacau sebentar kemudian tutupkan api. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul bersama kuah. Hiaslah hidangan dengan daun bawang.
5. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef – Brokoli dan asparagus dicelur bagi mengekalkan warna kehijauan sayuran tersebut dan rasanya lebih rangup.
Saiz hidangan : 8-10 orang Waktu memasak: 45 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan manis yang sekata Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak : Celur, tumis dan goreng
3. SUP OREN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar. 2. Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur. 3. Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api. 4. Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Info chef:Enak dinikmati ketika panas.
Saiz hidangan : 4-6 orang Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Sup Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan Jenis masakan : Pembuka selera Cara memasak : Rebus dan Tumis
4. ORANGE SCONE WITH ORANGE MARMALADE
MARMALADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan. 2. Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seratnya tadi sehingga selesai. 3. Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem.
Simpan di tempat yang sejuk dan redup.
Info chef: Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehingga tutup botol jem dibuka.
Saiz hidangan : 6-8 botol jem Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Jem Keistimewaan : Rasa masam dan manis Cara memasak :Rebus dan reneh
SCONE OREN
BAHAN-BAHAN:
SAPUAN TELUR:
CARA MEMASAK: 1. Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi. 2. Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung. 3. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras. 4. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone. 5. Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm. 6.Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone. 7. Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
Saiz hidangan : 10-12 biji Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Rasa scone yang lemak dan aroma oren yang segar Jenis masakan : Pembuka selera Cara memasak : Kukus
5. MUFFIN OREN DAN STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan oven pada suhu 150C menggunakan api atas bawah. Ketepikan. 2. Di dalam mangkuk, satukan tepung, gula pasir, serbuk penaik, garam, parutan kulit oren dan gaul sebati menggunakan dawai pengacau. Kemudian masukkan jus oren, mentega, susu segar penuh krim dan telur. Kacau sehingga adunan sebati. 3. Akhir sekali masukkan strawberi tinggalkan sedikit untuk dihiaskan di atas adunan tepung. 4. Sendukkan adunan tepung ke dalam cawan kertas yang telah disusun di dalam loyang pembakar kemudian hias di atas tepung itu dengan lebihan strawberi. Bakar muffin sehingga masak selama 30 minit atau bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Saiz hidangan : 12 biji Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Kek cawan Keistimewaan : Gabungan rasa oren dan strawberi yang unik Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak :Bakar
RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Macam ni rupanya buat Keropok Nasi. Jika di dapur anda ada lebihan nasi sejuk, jangan buang atau bazirkan kerana ada menu sedap dan enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Resipi keropok nasi ini dikongsi dari saudari Mazura Esha. Nampak mudah nak buat. Jadi jom cuba. Pasti sedap.
1. Rendam nasi sejuk dengan air panas selama 1 jam. Kemudian tapis. 2. Satukan semua bahan (kecuali tepung ubi) ke dalam blender. Masukkan sedikit air (cukup sekadar untuk bagi blender berputar sahaja) 3. Tuang ke dalam bekas dan masukkan tepung ubi. Uli hingga jadi doh. Boleh rasa jika doh sudah cukup perasa atau tidak. Jika tidak cukup, boleh tambah. 4. Jika suka, boleh letak pewarna kesukaan. 5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bentukkan mengikut saiz kesukaan anda.
6. Didihkan air dalam periuk dan masukkan keropok tadi. Masak hingga doh keropok terapung. 7. Angkat doh dan lalukan di bawah air mengalir. Toskan. Sejukkan dan simpan doh dalam peti sejuk beku semalaman.
8. Keluarkan ketulan doh keropok dan hiris nipis-nipis. 9. Susun dalam bekas bersesuaian dan jemur hingga kering. Biasa kalau cuaca panas dan matahari terik, boleh jemur dalam 2 hari.
10. Bila kepingan keropok sudah kering, simpan dalam bekas kedap udara dan boleh digoreng pada bila-bila masa.