Chi Kwa atau snek daging kering memang jadi kegemaran ramai, terutamanya sewaktu sambutan Tahun Baru Cina. Kali ini, Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi resipi Chi Kwa versi halal menggunakan isi ayam kisar yang mudah, sedap dan sesuai untuk semua. Resipi ini telah saya modifikasi agar memenuhi citarasa masyarakat Islam tanpa mengorbankan rasa asli yang kaya dengan rempah.

DAGING KERING / CHI KWA

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 300g isi ayam kisar (boleh beli siap kisar)

  • 2 ulas bawang putih (diketuk atau cincang halus)

  • 1 sudu besar serbuk smoked paprika atau serbuk cili

  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar

  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis

  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis

  • 3 sudu besar sos merah atau kicap masin halal

  • 3 sudu besar madu asli

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaul bahan rempah & bawang putih bersama isi ayam kisar hingga sebati. Jika mahu mudah, boleh gunakan rempah campuran ‘Chinese 5 spices’.

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

2. Masukkan sos merah/kicap masin dan madu ke dalam adunan ayam. Gaul rata dan perap selama beberapa jam atau semalaman untuk rasa lebih meresap.

Ads

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

OK ni sos merah ramuan rahsia! Padu benda ni!

Bahan-bahan: (dapat 1 cawan sos)

  • 4 sudu besar taucu manis (atau taucu masin)

  • 8 sudu besar gula Melaka | alternatif gula perang juga boleh

  • 2 sudu besar minyak bijan

  • ½ sudu kecil cili boh

  • ½ sudu kecil pes asam jawa

  • 2 sudu kecil tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)

 

3. Panaskan oven pada suhu 170-200°C.

4. Ambil adunan ayam, ratakan nipis di atas kertas minyak. Jangan tebal sangat supaya hasilnya rangup dan snek lebih sedap.

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

5. Bakar dalam oven selama 10-15 minit. Keluarkan, buang air dan minyak yang terhasil.

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

Ni dah masak separuh. Keluarkan dan asingkan air dan minyak yang terhasil.

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

Ini minyak dan air yang terhasil.

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

6. Campur sedikit sos merah dengan minyak yang terendap tadi. Sapu rata pada permukaan chi kwa yang setengah masak.

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

 

Ads

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

7. Masukkan kembali dalam oven dan bakar 10 minit. Keluarkan, terbalikkan, dan sapu lagi minyak sos merah. Bakar lagi 10 minit.

Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

8. Ulang proses sapu dan bakar sehingga chi kwa menjadi kering, berkilat dan kenyal. Secara tradisi, mereka salai atas bara api.

Chi-kwa ni rasanya kenyal, masin, dan manis, serta sedikit berempah. Boleh makan begitu sahaja sebagai snek, atau dipotong kecil dan tabur atas bubur atau nasi goreng.

Tips tambahan:

  • Jangan tekan atau ratakan adunan terlalu nipis nanti chi kwa mudah hancur.

  • Perap lama akan meningkatkan rasa dan aroma rempah.

  • Boleh simpan dalam bekas kedap udara agar tahan lama dan tetap rangup.

  • Untuk rasa lebih smoky, boleh cuba cuca sedikit di atas arang secara tradisional apabila ada peluang.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ads

Resipi Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Enak

Resipi Kuah Sup Kuetiau Celup Yang Sedap & Mudah

Ayam Cili Padi Pedas Tomyam. Resipi Ringkas, Mudah Masak

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Resipi Kuih Cara Gula Sedap, Buat Guna 2 Cawan Tepung Je

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI