Sedapnya Cheesekut. Ia adalah salah satu dari pencuci mulut paling mudah buat dan rasa sangat enak. Bagi anda yang sukakan rasa keju, hidangan ini pastinya wajib cuba. Tak perlu masak guna ketuhar pun. Cukup sekadar disejukkan dalam peti sejuk. Memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ismazura Ismail ni. Pasti puas hati.
RESEPI CHEESEKUT NESTUM
Ads
BAHAN A:
1 paket biskut Cream Crackers
1 paket nestum perisa Original
1 kotak susu segar
BAHAN B:
Ads
250gm krim keju
1/2 tin susu pekat
2 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan B ke dalam mixer dan adun sebati, tak perlu pukul sampai kembang. Jika tiada mixer, boleh juag aduna menggunakan pemukul tangan. 2. Sediakan bekas berbentuk segi empat sama atau segi empat tepat. Ia bertujuan memudahkan proses menyusun biskut nanti. 3. Celup biskut dalam susu segar selama seminit dan susun didalam bekas. Jika suka tekstur cheesekut yang sedikit ‘crunchy’, tak perlu celup biskut dalam susu. 4. Susun biskut yang dicelup tadi didasar bekas diikuti dengan menuang bancuhan keju. Ratakan krim keju dan tabur nestum secukupnya. 5. Ulang kembali langkah tadi sehingag bahan-bahan habis. 6. Pastikan di lapisan terakhir, tabur serpihan lebihan biskut tadi. 7. Sejukkan dalam peti sejuk bawah selama 2-3 jam sebelum dinikmati.
Kadang-kala buntu memikirkan menu apa yang sesuai dibawa untuk potluck. Selain makanan bergoreng, idea buat chicken potato pie pun boleh. Pasti menu anda bakal jadi rebutan kawan-kawan nanti.
Cara membuat:
1.Lenyek kentang dan gaul dengan butter/margerin, tepung gandum dan oregano/blackpepper.
2.Sudukan dalam acuan. Bulatkan bahagian tengah untuk isi inti.
1.Dalam gambar saya masukkan bawang putih dan guna bawang bombay. Lebih sedap guna bawang Holland.
2.Gula saya guna gula merah bukan gula putih.
3.Tumis bawang, isi ayam, sos blackpepper. sos cili, serbuk cili, serbuk kari, garam dan gula.
4.Biar masak. Sejukkan.
1.Lepas masukkan inti. Tutup dengan kepingan cheese yang dipotong 4.
2.Tabur oregano. Bakar pada suhu 170 selama 30 minit.
20 minit pertama api bawah dulu kemudian baru tukar kepada atas dan bawah.
Ada yang teringin dengan kuih talam keladi? Buat yang teringin dan nak makan puas, min share resipi oleh Puan Nor Wahid. Mungkin dah ramai yang tahu buat..tak apa saya share lagi resipi untuk yang baru nak try buat talam keladi. Ini cara saya sebab talam keladi ni banyak versi membuatnya.
Lapisan Bawah A
220gm tepung beras – BELI DI SINI
50gm tepung ubi –BELI DI SINI
2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
550 ml air
Bahan B
300 gm keladi.. buang kulit, potong dadu kecil n kukus n timbang
Cara-cara Step 1 Bahagian Bawah
keladi dibuang kulit, potong dadu kecil dan kukus dan timbang . Kukus dulu baru timbang. 300gm. Toskan airnya. Biarkan, sementara itu kita siapkan langkah seterusnya
Step 2 Bahagian Bawah
Bancuhkan 220gm tepung beras, 50gm tepung ubi, 300ml santan, 550ml dan 2 sudu teh garam.. kacau sebati, tapis ke dalam periuk
Step 3 Bahagian Bawah
Kacau di atas api sederhana semua bahan tadi. Di sini banyak resepi kata hingga naik wap… naik wap di sini maknanya agak pekat iyer …masa kita kacau tu terasa berat
Step 4 Bahagian Bawah
Bila dah terasa berat adunan tadi, tutup api terus masukkan keladi dan kacau terus.. bab ni tak perlu keladi dengan api menyala, sebabnya keladi sudah masak tadi kita kukus.. sebab itulah sebaik sahaja terasa berat maknanya pekat adunan terus tutup api dan masukkan keladi dan kacau dengan spatula pula.
Step 5 Bahagian Bawah
Curahkan ke dalam loyang 10×10 yg dilapik plastik. Cara melapik ialah dengan basahkan sedikit loyang dengan air, kemudian letakkan plastik 16×16 dan sapukan sedikit minyak dikeliling dinding loyang .Dengan ini plastik melekat atas dengan cantiknya di BELI DI SINI
Kukus selama 30 minit…sementara tunggu lapisan bawah masak, kita terus boleh siapkan bahan untuk lapisan atas
Lapisan Atas-Kepala
140gm tepung gandum – BELI DI SINI
20gm tepung beras
240gm gula halus
2 biji telur grade A (3 biji gred B) – BELI DI SINI
200ml santan pekat
400ml air
sedikit pewarna ungu
1/2 sudu garam
Cara-cara Step 1 Bahagian Atas
1- Masukkan 240gm gula dan ½ sudu teh garam ke dalam periuk.. di sini saya tidak campurkan dalam adunan gandum + santan sebab gula lambat hancur.
2-Dalam bekas lain, campurkan 140gm gandum , 20gm tepung beras, 200ml santan , 400ml air, 2 biji telur dan sedikit pewarna purple.Kacau rata dan sebati.
Step 2 Bahagian Atas
1- Bila sudah sebati adunan di step 1, tapis ke dalam periuk yang berisi gula dan garam tadi..
2- Kemudian kacau di atas api sederhana hingga naip wap..naik wap di sini maknanya tidak cair dan tidak pekat. Cara saya ialah saya tonggeng sikit periuk dan kalau nampak ada sikit sikit adunan melekat di periuk, terus saya tutup api.
3.Kemudian tuang di atas lapisan keladi dengan perlahan…lapisan keladi tadi jangan lupa cakar manja dengan garpu sebelum tuang bahagian atas, agar ia lekat tidak tanggal nanti. Jangan terus tuang gitu saja tau, biarkan adunan itu jatuh di atas spatula.
Kukus lagi 40 minit …. 30 minit tak berapa nak masak .
Saya tutup loyang dengan aluminium foil sebab saya malas nak lapkan tutup pengukus tiap 5 minit … kalau adik kakak rajin lap tutup pengukus tak payah guna aluminium foil.
Tengah fikir nak buat kuih apa hari ni untuk sarapan esok. Ni dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh sedap. Lembut dan mengenyangkan.
Resipi perkongsian dari nuhazkitchen nampak macam senang aje buatnya. Wah boleh guna takoyaki pan ya, cantik aje hasilnya kan.
KUIH CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Bahan inti daging :
Bahan kuih cara :
CARA MEMASAK :
Cara masak inti daging :
Cara masak kuih :
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul
2. Sapu minyak pada pan/kuali dan panaskan atas api kecil
3. Bila pan dah panas tuangkan adunan kuih cara 4, Kemudian letak daging , daun sup , daun bawang dan cili
5. Masak atas api kecil. Cucuk lidi , kalau tak melekat dikira sudah masak
Kredit: nuhazkitchen
via FB : Kuali Mama
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!