Tengok gambar pun dah terliur. Apatah lagi kalau memakannya, kan? Nak try buat char kuetiau macam ni? Ini resipi daripada akaun facebook Suffiyah Ramadhani. RASA kongsikan step by step untuk buat char kuetiau yang confirm sedap.
CHAR KUETIAU UDANG
BAHAN KISAR
15 tangkai cili kering (rebus/rendam air panas)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit air
BAHAN-BAHAN
500 gram kuetiau
Sedikit kicap untuk perap kuetiau
Minyak masak untuk menumis
1 senduk BAHAN KISAR
6 ulas bawang putih (tumbuk halus)
Sedikit gula
2 hingga 3 cawan air
1 senduk kicap
Sedikit tauge (buang ekor)
Sedikit daun bawang (hiris panjang)
Udang secukupnya
1 atau 2 biji telur ayam
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Celur kuetiau dan angkat. Kemudian lumurkan kuetiau dengan kicap. Letak minyak sikit supaya kuetiau tak melekat. Ratakan gaulan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis BAHAN KISAR dan bawang putih.
3. Masukkan gula.
4. Masukkan air 2 atau 3 cawan. (Kalau 2 cawan, nanti pecahkan 1 biji telur ayam. Kalau 3 cawan, nanti pecahkan 2 biji telur ayam)
5. Tuangkan kicap.
6. Masukkan tauge dan daun bawang.
7. Masukkan udang dan kacau kuah.
8. Pecahkan telur ayam. Kacau laju. Biar mereneh, masukkan garam. Matikan api.
9. Untuk menghidang, letakkan kuetiau dalam pinggan. Tuangkan kuah. Sedia dimakan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi Suffiyah Ramadhani
https://www.facebook.com/sofea.humairah.946/posts/154903748676136
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Spageti Carbonara Tanpa Sos Segera, Menu Rebutan Anak-Anak
Sebut sahaja Spageti Carbonara, tentunya anak-anak paling suka. Rasanya yang tidak pedas memang memancing selera anak-anak. Cara penyediaannya juga mudah menggunakan sos sedia ada, namun buat sendiri lebih jimat dan mengikut cita rasa yang tersendiri.
Kita boleh buat sendiri Spageti Carbonara tanpa menggunakan sos segera dalam botol atau tin. Ikuti sahaja resipi perkongsian daripada Nurul Husna Mohamed Daud ini. Menurutnya, dia memperoleh resipi ini daripada kekandanya. Menu ini juga sering menjadi rebutan anak-anaknya. Jom kita buat.
SPAGETI CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti – Boleh beli online di sini
2 ½ tin susu sejat atau susu kotak (Kalau nak guna 2 tin susu, ½ lagi air pun boleh. Lebih jimat)
Marjerin + minyak (untuk menumis)
Daging cincang
Bawang merah (didadu)
1 sudu besar tepung gandum
Cendawan dan sosej – Boleh beli online di sini
3 keping cheese slice
Lada hitam (dikisar atau tumbuk) – Boleh beli online di sini
Perasa Maggi Cukup Rasa
Garam dan gula
Parsley dan oregano (Kalau tiada, tak letak pun tak apa) – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Rebus spageti terlebih dahulu, sampai lembut dan letak minyak masak 2 sudu besar untuk elakkan spageti melekat ketika sejuk.
Panaskan majerin dan minyak. Ttumis bawang hingga masak dan naik bau. Biarkan sedikit garing.
Tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biarkan sedikit garing.
Kemudian, masukkan tepung gandum.
Kacau lagi dan masukkan lada hitam serta daging.
Kacau lagi sampai naik minyak. Setelah itu, masukkan pula cendawan dan sosej. Kalau tak nak letak pun tak apa. Tapi memang sedap.
Sedia untuk masukkan susu.
Susu dah naik wap dan nak menggelegak, masukkan cheese dan perasakan dengan gula, garam serta perasa Cukup Rasa.
Akhir sekali, kalau ada herba kering boleh masukkan sekali. Lagi umph rasanya. Parsley atau oregano, atau nak letak kedua-duanya pun boleh. Sedap.
Apabila kuah sejuk, akan jadi lebih pekat sebab ada tepung gandum dan cheese. Jangan bimbang kalau dah masak nampak cair. Tunggu sejuk sedikit, santap lah bersama keluarga tersayang.
Selamat menjamu selera.
Kredit: Nurul Husna Mohamed Daud
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Macaroni Cheese Bakar, Sedap Sungguh Rasanya Macam Di Restoran
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Salad Ayam Pasta Terlajak Mudah & Enak!
Salad Ayam Pasta. Mudah nak buat & sedap. Kalau tak idea nak makan apa tengah hari & malam nanti. Menu ni boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN:
- 130gm mayones
- 1 sudu makan madu
- 50ml susu segar
- 1 sudu teh mustard
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 320 pasta spiral | direbus
- 160gm isi ayam rebus | dicarik
- 40gm lada benggala hijau |potong dadu
- 40gm lada benggala merah |potong dadu
- 40gm lobak merah | potong kecil dan celur seketika
- 40gm buah zaitun hitam | dihiris
CARA MEMASAK:
- Masukkan mayones, madu, susu dan mustard ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan garam, serbuk lada hitam, pasta spiral, isi ayam, lada benggala, lobak merah dan buah zaitun.
- Gaul sekali lagi hingga semua bahan sekata.
- Sedia untuk dinikmati.
6 Jenis Hidangan Pasta Untuk Jamu Keluarga Sebelum Mula Berpuasa. Mesti Meriah!
Gemar masakan barat terutama pasta tapi bosan asyik masak menu biasa. Ubah selera dengan pelbagai resipi pasta yang membuat anda berselera.
1. SEAFOOD PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pasta penne
- 5-6 ekor kepah
- 5-6 ekor udang
- 3 ulas bawang putih cincang halus
- 4 sudu makan pes tomato
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam kuali dengan sedikit garam. Celur pasta selama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat yang suam. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan kepah, udang dan pes tomato. Didihkan selama 6-8 minit.
- Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan pasta rebus dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan hidangkan segera.
INFO CHEF: Boleh tambah/guna seafood mengikut bajet anda.
2. PESTO PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket pasta panjang – spageti/tagliatelle/linguine/fettucine
- 2 cawan cincangan daun basil segar
- ½ cawan keju parmesan/romano | parut halus
- ½ cawan minyak zaitun
- ¼ cawan kacang pain |panggang
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk. Rebus pasta mengikut arahan pada bungkusan dan toskan. Ketepikan.
- Untuk membuat sos pesto; Satukan semua bahan kecuali keju, garam dan lada hitam di dalam mesin pengisar.
- Kisar sehingga semua bahan lumat.
- Tambah garam dan lada hitam secukup rasa.
- Tuangkan sos pesto dan parutan keju ke atas pasta rebus dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, boleh tambah lebih keju.
3. PEPPERONI PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 400gm pasta pendek pelbagai warna
- 600gm tomato dalam tin
- 220gm pepperoni
- 1 biji cili benggala merah |cincang dadu
- 1 biji bawang besar | cincang dadu
- 2 sudu makan cincang daun parsli
- 1 sudu makan pes tomato
- 1 sudu teh paprika
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi selama 5 minit dengan api yang sederhana.
- Masukkan pula cincangan cili benggala, tomato dan pes tomato. Tambah paprika. Kacau sekata. dan didihkan beberapa minit.
- Masukkan pepperonidan sedikit daun parsli. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan selama 5 minit lagi.
- Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Celur pasta pelbagai warna selama 8-10 minit dan toskan. Tuang ke dalam pinggan hidang.
- Tuang sos ke atas pasta dan tabur lebihan daun parsli cincang. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lebih serbuk paprika.
4. LINGUINE ALLA PUTTANESCA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm linguine
- 400gm plum tomatoes
- 10 ekor anchovy fillets (dalam tin)
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan capers | toskan
- ¾ cawan buah zaitun | cincang kasar
- Secubit serbuk cayenne
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Rebus linguineselama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat suam. Ketepikan.
- Tomato dicelur, buang kulit dan cincang. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
- Masukkan fillet anchoviesdan hancurkan sedikit. Tambah capers, buah zaitun dan cincangan tomato. Tambah serbuk cayenne dan didihkan selama 20 minit.
- Gaul sos tadi bersama linguinerebus dan tabur cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Capers adalah buah daripada tumbuhan berasal dari Mediteranian. Bentuknya kuncup kecil dengan warna kehijauan. Biji ini memiliki kelopak yang lembut. Biasanya diawetkan dengan diberikan garam dan dimasukkan dalam larutan cuka.
5. CREAMY RAVIOLI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam | cincang halus
- 120gm hirisan cendawan
- 50gm cincangan bayam muda
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 6 sudu makan parutan keju romano
- 2 sudu makan cincangan daun basil segar
- 1 cawan krim masakan
- 2 biji telur | pukul dengan garpu
- Secubit serbuk buah pala
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
- Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Hidangan yang mengenyangkan.
6. CHICKEN TORTELINNI
BAHAN-BAHAN:
- 450gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam |cincang dan celur hingga empuk
- 1 labu bawang Bombay | cincang halus
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- 50gm bayam muda
- 2 sudu makan parutan keju parmesan
- 1 biji telur |pukul dengan garfu
- Secubit ‘allspice’
- Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN SOS:
- 1 ½ cawan krim masakan
- 120gm cendawan butang | hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 4 sudu makan parutan keju parmesan
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
- Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
- Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat. Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap). Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Celur tortellini selama 5 minit dan toskan. Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/hanya-7-bahan-mudah-macaroni-cheese-serta-brokoli-cendawan-super-yummy/
Memang Mantap Rasa Spageti Olio Grilled Chicken Sampai Boleh Berebut Makan
http://www.rasa.my/hanya-guna-10-bahan-untuk-dapat-carbonara-super-creamy/