
Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi penggemarnya, mi boleh dijadikan sebagai sajian pilihan bagi menggantikan nasi. Malah menu ini juga senang disediakan dan boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng simple tapi sedap ni? Resipi di bawah ni memang kena cuba.
CARA MASAK MI GORENG DAGING CARA KAMPUNG
YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 300gm mi kuning
- 200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
- 100gm brokoli | potong kecil
- 2 biji telur
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan stok daging/air
- 5 ulas bawang putih | tumbuk halus
- 4cm halia muda | hiris halus/nipis
- 1 sudu makan cili kisar
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
- Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air. Didihkan seketika.
- Masukkan mi kuning dan brokoli. Masak hingga lembut.
- Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Kerepek Biji Durian. Sedap Rupanya!

Jom cuba buat Kerepek Biji Durian. Maklumlah, durian harganya memang mahal. Sebiji sahaja boleh mencecah puluhan ringgit. Itu belum lagi jika anda beli durian gred premium seperti D24, Musang King, Duri Hitam dan sebagainya. Jadi, alang-alang dah mahal tu, jangan membazir. Bijinya tu boleh dijadikan kerepek. Saudari Zakiah Abdullah ada kongsikan resipinya. Jomcuba!
RESIPI KEREPEK BIJI DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- Biji durian
- Garam halus
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. RENDAM
- Kalau nak buat kerepek, biji durian seelok-eloknya direndam semalaman supaya senang nak buang bahagian buah dan sedikit kulit yang masih melekat pada biji durian.
2. KERINGKAN
- Selepas dibersihkan, jemurkan biji durian tadi supaya kering sedikit. Jika tidak, biji durian ini akan berlendir seterusnya menyukarkan proses menyagat nanti.
3. SAGAT
- Sagat biji durian mengikut ketebalan yang anda gemari. Sebaiknya, sagat nipis supaya kerepek mudah rangup apabila digoreng.
4. GORENG
- Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Toskan minyak.
5. TAMBAH GARAM
- Sebagai penambah rasa, taburkan sedikit garam halus. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati!
Kredit resipi & foto: Zakiah Abdullah
Tercari-cari ‘RICE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Pizza Roti Burger 2 Dalam 1. Sedap Dan Mudah Nak Buat!

Isi Kandungan
ToggleNampak mudah nak buat pizza roti burger ni, amat sesuai untuk dijadikan bekal anak ke sekolah, bekal nak ke pejabat atau buat jamuan hari jadi. Boleh berjimat, mudah nak buat dan cepat disediakan. Boleh cuba untuk menu makan malam atau hujung minggu. Selamat mencuba!
RESIPI PIZZA ROTI BURGER
Bahan-Bahan:
- Roti burger rm4.50 (10biji belah 2)
Bahan sos:
- Tomato puree (kecil) jenama Tesco rm2.80
- Lobak merah 2btg potong dadu rm1.50
- Bawang besar potong dadu
- Bawang putih 3 ulas dadu
- 3 sudu sos cili
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- Daun sup 3btg hiris
- Garam secukup rasa
- Sosej ayamas sebungkos kecil potong nipis boleh letak byk2 rm3
- Mayonis
- Cheddar Mozarella sebungkos rm15
Cara-Cara:
- Tumis bwg merah, putih . Agak2 naik bau, masukkn lobak merah, serbuk lada hitam. Letak air sikit utk bg cpt lembut lobak merah.
- Masukkn daun sup. Naik aroma daun sup, msukkn tomato puree dan sos cili 3 sudu. Garam secukup rase.
- Susun roti pd dulang pembakar.
- Letakkn sos rata. Jgn membukit nanti melimpah pulak. Adunan ni boleh dapat 14 biji ngam2 tau xyh bajet2 letak
- Susun lapisan sosej td. Sy suka potong serong cmni. Cantik dan nmpk penuh. Gigit nti biar terasa sosej
- Letak sikit sos cili buat2 rase. Jgn isi byk nti meleleh je mase nk gigit mkn. Sos cili kena cair
- Letak mayonis lebih sket xpe sbb nti bakar, mayo ni agk keras sket ala2 chesse. Rse pon lemak2 sedap
- Tabur mozarella. Buat sendiri xyh kedekut. Puas mkn. Sy bubuh sampai abis sepeket mozarella ni. Tarik2 pnjang masa gigit.
- Tabur jgn lebih dr roti. Nti masa bakar akan cair pstu dh sejuk akn mengeras. Tapi tetap sedap. Cheese kan. Mmg puas mkn
- Dah siap tabur camni susunan pizza mini
- Panaskn oven dlu 10min. Masuk teros loyang bakar 14ketul roti burger ni. Sekali jln
Bakar suhu 160 utk 20min dah cukup. - Siap dah bakar. Meleleh-leleh mozarella tu kan.
Kongsi resipi: Zaiyurah Mohd Radi
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
http://www.rasa.my/buat-sendiri-doh-pizza-homemade-dengan-bahan-bahan-yang-sangat-mudah/
Roti Cheezy Pizzaria. Hidangan Minum Petang Yang Pasti Buat Anak-Anak Ulang Makan Banyak Kali.
Bosan Nikmati Roti Sandwic Cara Biasa? Pizza Cones Berkeju Ni Pasti Buat Anda Berselera.
Empat Hidangan Dari Biskut Oreo , Kesukaan Remaja & Kanak-Kanak

Oreo merupakan salah satu makanan yang sangat digemari terutamanya dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.
Jom kita lihat olahan resipi berasaskan oreo yang boleh dihasilkan, jom ajak anak-anak ke dapur belajar masak ni. Sementara sekolah masih belum dibuka , biarkan mereka asah skil memasak. Selamat mencuba!
- KEK OREO
BAHAN-BAHAN
- 250 gm butter
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung naik sendiri – (resipi ini guna tepung kek)
- 1 sudu kecil baking powder – tepung dan baking powder diayak
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 8-10 keping oreo – kisar halus (boleh dikisar sekali dengan krimnya)
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan butter, gula, tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ya.
- Campurkan oreo dan kacau rata.
- Adunan dibahagikan kepada 3 dan dibakar berasingan.
- Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak
BUTTERCREAM
BAHAN-BAHAN
- 80 gm mentega
- 200 gm krimwell
- 350 gm golden syrup
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
- Masukkan golden syrup perlahan-lahan dan pukul lagi hingga rata.
- Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak masing-masing.
CARA MENDECO KEK
BAHAN-BAHAN
- Buttercream
- Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)
CARA PENYEDIAAN
- Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
- Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
- Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
- Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.
HIASAN COKLAT
BAHAN-BAHAN
- Coklat compound secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
- Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum dipotong.
- Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.
INFO: Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.
Kredit resipi & foto: Qasey Honey
2. MILKEY OREO COOKIES
BAHAN A
- 130 gm butter
- 70 gm gula
- 1/4 sudu teh esen vanilla
- secubit garam
BAHAN B
- 170 gm tepung gandum
- 20 gm tepung jagung
- 20 gm tepung beras
- 1/8 sudu teh baking powder
- 20 gm cornflakes ~ dikisar
- 20 gm serbuk badam
- 20 gm badan nibs
- 20 gm oreo ~ dikisar
HIASAN
- Coklat putih ~ dicairkan
- Coklat Oreo ~ dikisar
CARA PENYEDIAAN
- Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati.
- Satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A.
- Uli adunan hingga menjadi doh.
- Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang disukai.
- Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.
- Sejukkan.
- Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dicairkan.
- Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar.
- Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
Kredit resipi & foto: Azlita Aziz
3. PUDING OREO KASTAD
BAHAN A
- 15g agar-agar serbuk
- 200g gula pasir – kalau manis kurangkan
- 750ml air
BAHAN B
- 1/2 tin susu cair @ 200ml
- 3 biji telur
BAHAN C
- 45g tepung kastad + 60g air – untuk membancuh sahaja
SAMPINGAN
- 2 sdm milo + 1sdt coklat paste
- Pewarna kuning sedikit
- 1 bungkus biskut oreo (Inti terpulang suka yang mana) – patah 2
CARA PENYEDIAAN
- Sejukkan loyang 8 inci terlebih dahulu
- Masak bahan A sehingga gula hancur sepenuhnya, tutup api dan ketepikan seketika.
- Kacau sebati bahan B dan masukkan bahan C. Tapiskan kemudian tuang kedalam bahan A yang telah di masak tadi dan panaskan semula diatas api sederhana. Kacau supaya ianya tidak hangus dan sehingga naik wap.Tutup api.
- Bahagi kepada 2 atau 3 bahagian.
- Untuk lapis coklat, ambil 2 cawan adunan puding dan campur dengan milo dan coklat paste.
- Adunan selebihnya dibahagi lagi untuk warna kuning dan warna asal.
- Sediakan loyang 8 inci yang telah disejukkan dan tuang satu cawan adunan coklat dan biarkan sejuk/ mengeras seketika. (jangan terlalu keras nanti ia terbuka bila dipotong. Cukup bila di sentuh permukaan ia tidak melekat di jari)
- Carik sedikit dipermukaannya dengan garfu kemudian tuang adunan warna kuning 1 cawan juga dan susun oreo.
- Ulang cara yang sama kecuali adunan coklat untuk lapis atas sekali.
- Bila dan siap bolehlah disejukkan sepenuhnya dan baru dipotong.
- Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Sue Norrman
4. PUDING MILO LAPIS OREO
BAHAN-BAHAN ( Saiz: 8″ persegi )
- 1 bungkus @ 10g Jelly Powder – Serbuk Agar-Agar
- 750ml Air
- 160g Gula – (resipi ini guna140g gula)
- 1 tin @ 400g susu cair
- 3/4 cup serbuk Milo
- 1 bungkus (137g) Oreo Cookies – patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis
CARA PENYEDIAAN
- Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
- Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
- Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati.
- Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
- Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengann api paling kecil supaya tidak membeku.
- Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
- Taburkan biskut oreo.
- Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
- Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalamm peti sejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya kerana takut lapisan tidak melekat.
- Jika membeku semua, guris-guriskan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik
Kredit resipi & foto: Yatie
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK TERKINI, JOM BELI SECARA ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ANDA BOLEH JUGA SEMAK RESIPI INI :