Semua orang suka makan burger. Tidak kira daging atau ayam, setiap satunya punya peminat masing-masing.
Jika ke pasaraya, terdapat pelbagai jenis patty daging sejuk beku yang dijual. Hanya tinggal goreng dan nikmatinya bersama roti, sayuran dan aneka sos untuk menambahkan rasa.
Namun menerusi perkongsian saudari Zurina Zulkefli, beliau telah berkongsi cara-cara untuk mengolah patty daging sejuk beku supaya jadi lebih enak.
Wow! Menarik…Lihatlah Sandwic Daging Burger yang dihasilkan tu. Nampak sedap! Katanya daging burger jadi lebih berperisa dan berjus. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
CARA BUAT DAGING BURGER SEDAP, GUNA OLAHAN DAGING BURGER FROZEN
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan patty daging dan gaul hingga rata dan sebati. Tidak perlu tambah garam kerana daging burger sudah mempunyai rasa masin.
Ads
2. Bahagikan adunan daging kepada dua bahagian.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bebola daging tadi. Leperkan menggunan sudip dan masak hingga sempurna.
4. Bila daging kelihatan masak, ambil kepingan keju dan letakkan di atas kepingan patty tadi. Biarkan mencair.
5. Ambil roti sandwich dan letakkan salad dan hirisan tomato.
6. Letak kepingan patty daging diatasnya.
7. Letak sos mengikut cita rasa masing-masing. Selain sos lada hitam, boleh juga menggunakan lain-lain sos kegemaran.
8. Tutup dengan sekeping lagi roti. Boleh juga menggunakan roti burger jika ada.
Jom kita buat Tauhu Berinti Daging dan Keju untuk hidangan moreh nanti. Senang je cara nak buat tauhu ni. Hanya sudukan inti daging ke dalam tauhu dan letakkan kepingan keju di atasnya lalu bakar di dalam air fryer. Dah siap! Untuk meningkatkan rasa hidangan, gunakan Anchor Cheese Slices yang tinggi dengan kalsium dan protein. Sesuai untuk seisi keluarga. Anak-anak pun mesti suka hidangan ini. Tak jemu dimakan.
TAUHU BERINTI DAGING DAN KEJU
Bahan-bahan:
8-10 biji tauhu ringan (tauhu pok) – belah empat dan terbalikkan
4 keping Anchor Cheese Slices – potong empat
200gram daging kisar
50gram Anchor Salted Butter
1 batang daun bawang – hiris halus
1 labu bawang besar – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh chilli flakes
½ sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Salted Butter di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan daging kisar, sos tiram dan chilli flakes. Tumis hingga daging empuk.
Masukkan hirisan daun bawang, lada sulah dan gaul rata. Tambah garam jika perlu. Sejukkan sebentar.
Ambil sesudu makan inti daging lalu masukkan ke dalam tauhu pok. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
Letak beberapa potongan Anchor Cheese Slices di atas inti.
Bakar di dalam air fryer selama 6-7 minit. Hidangkan panas.
Nampak sedaplah resipi Popia Ketam Salju yang dikongsikan oleh Masliana Ibrahim di Facebook ni! Katanya, dia belajar dari kawannya yang berasal dari Vietnam sewaktu di Nebraska. Beruntungnya ada kawan dari negara lain dan pandai masak, boleh menuntut ilmu masakan darinya. Cara penyediaan Popia Ketam Salju ni sangat mudah bahan yang diperlukan pun tak perlu beli di Vietnam di mana-mana pun ada. Jom kita cuba resipi Popia Ketam Salju ni untuk dijadikan snek minum petang kita.
POPIA KETAM SALJU
BAHAN-BAHAN:
1 peket isi ketam (rasa saya beli peket besar hari tu) – BELI DISINI
3-4 sudu besar mayonis, boleh adjust ikut suka juga – BELI DISINI
3 pokok daun ketumbar
Kulit popia saiz besar. Saya lebih suka guna yang saiz medium tapi tak jumpa masa ni
Sehiris lemon
Secubit garam
1 botol sos masam manis/sis cili Thai pun sedap
Semangkuk air atau putih telur untuk gam popia
Dapatkan PRIMADA UV AIR PURIFIER MPA9 dengan harga istimewa guna code RASGSP5DISINI!
CARA PENYEDIAAN:
Rebus isi ketam sampai masak
Angkat dan tapis buang air rebusan. Bila kering sikit lenyekkan isi ketam sampai separa hancur.
Kalau suka isi hancur boleh lenyek sampai hancur jer.
Perah lemon untuk hilang hanyir isi ketam.
Gaul dengan mayonese, daun ketumbar di potong halus dan garam.
Ambil 1-2 sudu dan bungkus helok macam buat popia. Gamkan tepi popia dengan air atau putih telur.
Panaskan minyak dengan api perlahan sebelum goreng. Part ni sangat kena berhati hati untuk dapatkan gorengan cantik.
Jika api kuat ia boleh rosakkan popia ketam ni like pecah terburai isi dalamnya.
Ok siap untuk di hidang seisi keluarga.
SELAMAT MENCUBA
KREDIT: MASLIANA IBRAHIM
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tortilla Chicken Wrap ni sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kalau buat untuk makan malam pun sesuai juga terutamanya bagi anda yang mahukan sajian yang lebih ringkas dan mudah. Kombinasi perlbagai bahan sebagai inti, membuatkan hidangan ini begitu mengenyangkan sekali. Nak cuba buat? Saudari Siti Husni ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
RESIPI TORTILLA CHICKEN WRAP
BAHAN-BAHAN: Roti tortilla Nuget tempura secukupnya (RASA: boleh ganti dengan isi ayam panggang) Sos cili/tomato secukupnya – beli online disini Mayones – beli online disini Sos cheesy nachos Sos lada hitam – beli online disini Sos thousand island (optional. jika suka rasa sedikit masam, boleh letak) Salad, tomato, timun, lobak merah & bawang holland secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan roti tortilla atas kuali non-stick atau masukkan ke dalam ketuhar pun boleh. Bakar sekejap dalam 2-3 minit sahaja. Jangan sampai roti garing nanti susah untuk dibalut. 2. Goreng nuget sampai garing. Kemudian potong kecil seperti dalam gambar.
3. Potong atau sagat lobak merah dan timun menjadi hirisan panjang. Bawang holland pula dipotong nipis. 4. Sediakan roti tortilla, letak salad, timun, lobak merah, tomato dan nuget. Kemudian letakkan sos mengikut cita rasa masing-masing.
5. Balut tortilla dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.
TIP: Untuk mengemaskan wrap, boleh cucuk guna lidi kecil supaya lipatannya tidak terbuka.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...