Resipi Bubur Sum Sum perkongsian saudari Shida Bidin ni memang terbaik. Nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bagi anda yang menggemari sajian manisan tradisional, resipi ni tentunya perlu anda cuba. Mudah je. Nak masak bubur ni cukup mudah. Hanya guna 4 bahan. Makan sejuk-sejuk memang puas hati.
CARA MASAK BUBUR SUM SUM SEDAP & BAHAN SUKAT GUNA CAWAN
BAHAN AIR GULA: Gula merah/gula melaka secukupnya – beli online disini Daun pandan Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua sekali bahan-bahan untuk membuat bubur ke dalam periuk. Kacau sebati sehingga tiada ketulan tepung. 2. Buka api perlahan dan masak adunan tadi hingga likat dan meletup-letup. Bila tepung meletup begitu, ia menandakan tepung telah masak. 3. Jika mahu buat Bubur Sum Sum dua warna, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Asingkan adunan putih ke dalam bekas lain, bakinya tambah sedikit perwarna hijau. 4. Tuang adunan ke dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum dipotong dan dinikmati.
5. Untuk gula merah, masak gula melaka bersama air dan daun pandan. Kemanisannya bergantung pada cita rasa masing-masing. 6. Sejukkan air gula dan hidangkan bersama Bubur Sum Sum.
Dah bosan makan dengan lauk yang berkuah, buat sambal sotong cili padi pun sedap. Guna sotong segar dan cili padi ikut sukatan kepedasan yang anda suka, memang padu. Makan dengan nasi panas tambah dengan telur dadar, confirm terangkat punyalah! Orang tua-tua kata mak mentua lalu pun mesti tak perasan.
Cikpuan_alya berkongsi resepi sambal sotong cili padi di akaun media sosialnya. Mudah dan senang nak buat, campak-campak siap!
Sedapnya Chicken Wing Sweet & Spicy ni. Macam yang biasa kita makan dekat restoran pizza. Ni ada resipi mudah untuk buat perapan ayam BBQ yang sedap dan sesuai untuk sajian keluarga, berkelah atau majlis hari jadi. Bahan yang digunakan sangat mudah dan mudah didapati. Lagi lama perap, lagi sedap rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Amira Hasan ni. Pasti puas hati.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi ayam.
3. Gaul rata dan perap ayam selama 1 jam atau lebih. lebih lama perap lagi sedap rasanya.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam menggunakan api perlahan hingga masak sepenuhnya. Disarankan menggunakan kuali non-stick. Boleh juga dibakar menggunakan arang atau ketuhar.
Biasa kalau nak makan dim sum akan beli saja. Sedap juga dicicah dengan sos. Bila dah suka boleh saja buat sendiri. Mudah saja pun buat dim sum. Letak isi ayam di dalamnya memang enak sekali.
DIM SUM AYAM
Bahan-bahan:
Isi ayam
Tepung jagung
Lobak merah
Cili besar
Telur
Lada hitam
Garam
Ajinomoto
Bahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
Garam
2 sudu besar minyak
Garam
Pewarna
Air panas
Cara membuat:
1.Campurkan isi ayam(cincang/tumbuk) biar halus, tepung jagung,lobak merah,cili besar (cincang),telur, lada hitam,garam,ajinomoto secukupnya. Gaul hingga sebati.
Untuk kulitnya, campurkan kesemua bahan untuk kulit dan uli sampai jadi doh, ikut suka kalau nak letak warna atau tidak. Letak meriah pada doh tepung lagi meriah dimsum. Buat keping-keping kecil dan letak isi ayam tadi.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...