Wow… Jom buat Bubur Butir Nangka! Manisan ini sangat senang untuk dimasak. Rasanya yang enak berlemak menjadikan ia sebagai manisan wajib cuba. Bagi yang belum pernah merasa keenakan Bubur Butir Nangka ini, saudari Miza Ramli Full ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-cara dan bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK BUBUR BUTIR NANGKA YANG MUDAH & SEDAP
2.Satukan tepung air dan pewarna. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Ads
3.Gentelkan adunan tadi menjadi bujur kemudian masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Ulang sehingga habis adunan.
4.Bila adunan butir nangka sudah terapung, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk. Ulang hingga semua habis.
5.Dalam periuk lain, masukkan santan, air, gula melaka, daun pandan dan gula. Masak santan hingga berbuih.
6.Kemudian masukkan halba. Kacau lagi hingga menggelegak.
7.Kemudian masukkan butir nangka tadi ke dalam kuah. Kacau bagi sebati adunan.
8.Bubur Butir Nangka siap untuk dinikmati.
Nota:
Jika tiada gula melaka, boleh buat Bubur Butir Nangka versi gula putih biasa sahaja. Nanti kuahnya akan jadi kuah putih. Rasa sama sedap dengan versi gula melaka ini.
Gula dan gula melaka mungkin boleh kurang atau lebihkan bergantung pada selera sendiri.
Kek Pisangyang lembut gebu dan nampak urat pisang sememangnya sangat sedap dan digemari ramai. Jika resipi tersebut mudah, lagilah ramai yang suka. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kek Pisang yang menggunakan sukatan cawan, saudari Zuhaidar Mohd Sofi ada kongsikan resipinya. Sememangnya sangat senang. Beliau juga ada berkongsi tip untuk menghasilkan kek yang berurat cantik. Resipi ini juga sesuai untuk dibakar dan juga dikukus. Jom cuba!
RESIPI KEK PISANG MUDAH & GEBU, SUKAT GUNA CAWAN JE
Selain sedap, bentuk dan hiasan adalah tarikan utama tetamu untuk menjamah biskut-biskut yang terhidang di meja bila lebatan. Dengan menggunakan kreativiti, korang boleh pelbagaikan hiasan, corak dan warna dipermukaan biskut dengan mengguna gula aising sebagai hiasan. Tak salah mencuba korang mencuba untuk kelainan di Hari Raya nanti.
BISKUT MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
150 gm mentega
200 gm tepung gandum
50 gm gula aising
60 gm tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanila
BAHAN HIASAN:
Gula aising
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula aising dan esen vanila. Kacau rata.
Masaukkan tepung jagung dan gaul rata lagi.
Masukkan pula tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan doh dan terap dengan acuan kesukaan.
Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila masak, keluarkan dari ketuhar.
Setelah sejuk hias permukaan biskut dengan gula aising.
Setelah gula aising keras,baru simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT CORNFLAKES BERKEJY
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
80gm mentega
40gm gula halus
10gm conflakes | kisar
20gm keju parut
10gm conflakes kisar
1 sudu kecil esen vanila
BAHAN HIASAN:
Gul asing
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula halus dan esen vanila. Kacau rata.
Masukkan conflakes kisar dan keju parut. Terus kacau.
Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan adunan dan terap dengan acuan kesukaan.
Susun ke dalam loyang pembakar.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
Bila biskut sejuk, hiaskan dengan gula icing.
Simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT BADAM NESTUM
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum
90gm mentega
60gm gula aising
30gm serbuk badam
20nestum | kisar
10gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
BAHAN HIASAN:
Gula aising
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula aising dan esen vanila. Kacau rata.
Masukkan serbuk badam, nestum dan tepung jagung. Terus kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan adunan dan terap dengan acuan kesukaan.
Susun ke dalam loyang pembakar.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
Bila biskut sejuk, hiaskan dengan gula aising yang telah disiapkan.
Simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT NESTUM
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
70gm gula halus
1 sudu kecil shortening
1/2 biji kuning telur
160gm tepung gandum
30gm nestum | kisar halus
30gm tepung jagung
BAHAN HIASAN:
Gula aising
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
Masukkan nestum dan tepung jagung. Terus kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan doh, kemudian terap dengan acuan mengikut pilihan anda.
Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila masak, sejukkan.
Akhir sekali, hias dengan gula aising.
Simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT OAT
BAHAN-BAHAN:
140gm tepung gandum
100gm mentega
30gm gula halus
20gm croquant
30gm oat kisar
30gm tepung kentang
10gm lemak sayuran
BAHAN HIASAN:
Gula aising
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula halus dan lemak sayuran. Kacau rata.
Masukkan croquant dan oat. Terus kacau rata.
Masukkan tepung kentang adan tepung gandum.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan adunan dan terap dengan acuan kesukaan.
Susun ke dalam loyang pembakar.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
Setelah biskut sejuk hiaskan dengan gula aising.
Simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT CORNFLAKES KELAPA
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
80gm mentega
40gm gula halus
10gm conflakes | kisar
10 kelapa kering
1 sudu teh esen vanila
BAHAN HIASAN:
Gula aising
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula halus dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan conflakes kisar dan kelapa kering. Terus kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan adunan, kemudian terap dengan acuan kesukaan.
Susun ke dalam loyang pembakar.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
Bila biskut sejuk, hiaskan dengan gula aising di atasnya.
Jika belum sedia dihidangkan masukkannya dalam bekas kedap udara.
BISKUT BADAM
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
100gm gula aising
1/4 sudu teh vanila
30gm serbuk badam
40gm susu tepung
30gm kelapa panggang
40gm tepung beras
100gm tepung gandum
BAHAN HIASAN:
Gula aising
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula aising dan vanilin. Kacau rata.
Masukkan serbuk badam, susu tepung, kelapa panggang, tepung beras dan tepung gandum. Kacau rata.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canailan adunan dan terap dengan acuan kesukaan. Susun ke dalam loyang pembakar.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
Bila biskut sejuk, hiaskan dengan royal icing.
Setelah gula aising keras, simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT LEMON
BAHAN-BAHAN:
110gm mentega
50gm gula aising
20gm crisco
1/3sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu tEh lemon pes
10gm tepung kastad
160gm tepung gandum
10gm tepung kentang
BAHAN HIASAN:
Gula Aising
CARA MEMASAK:
Pukul mentega,Crisco, pes lemon dan gula aising.
Masukkan semua bahan kering dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan adunan dengan acuan kesukaan dan susun ke dalam loyan.
Bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal aising.
Setelah gula aising keras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
BISKUT NESTUM OAT
BAHAN-BAHAN:
120 m mentega
20 gm conflakes | kisar
40 gm gula perang
150 gm tepung gandum
30 gm coklat urai
30 gm oat | kisar halus
BAHAN HIASAN:
Gula Aising
Coklat
CARA MEMASAK:
Satukan mentega dan gula perang. Kacau rata.
Masukkan conflakes kisar, oat dan Terus kacau lagi.
Kemudian masukkan pula tepung gandum dan uli hingga jadi doh lembut.
Akhir sekali masukkan coklat urai, uli rata.
Canai doh, kemudian terap dengan acuan kegemaran anda.
Susun doh yang telah diterap di dalam dulang pembakar.
Bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila biskut, hiaskan di atasnya dengan royal icing
Setelah gula aising mengeras, hiaskan di atasnya dengan huruf SELAMAT HARI RAYA menggunakan coklat yang telah dicairkan di atasnya.
Simpan dalam bekas kedap udara jika belum sedia dihidangkan
BISKUT COCO CRUNCH NESTUM
BAHAN-BAHAN:
170gm tepung gandum
140gm mentega
40gm gula halus
20gm conflakes | kisar
10gm coco crunch | kisar
20gm tepung jagung
1 sudu tehNescafe | bancuh dengan sedikit air
BAHAN HIASAN:
Gula aising
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula halus dan nescafe. Kacau sebati.
Masukkan conflakes kisar, tepung jagungr dan cococrunch. Kacau rata lagi .
Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canailan adunan, kemudian terap dengan acuan kesukaan.
Susun ke dalam loyang pembakar.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
Bila biskut sejuk, hiaskan dengan royal icing.
Setelah gula aising keras, simpan biskut dalam bekas kedap udara.
BISKUT BADAM RANGUP
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
40gm gula halus
10gm shortening
1/2 biji kuning telur
180gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1/4 sudu teh serbuk penaik
20 gm badam cincang
BAHAN HIASAN:
Royal icing
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau rata.
Masukkan badam cincang. Kacau lagi.
Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan doh, kemudian terap dengan acuan kesukaan anda.
Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal icing.
Setelah royal icing sejuk, boleh simpan biskut dalam bekas kedap udara.
BISKUT GAJUS
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
56gm gula halus
10gm shortening
1/2biji kuning telur
180gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1/4sudu teh serbuk penaik
10 gm gajus | kisar halus
BAHAN HIASAN:
Gula Aising
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau.
Masukkan gajus dan adun lagi
Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan doh dan terap dengan acuan kesukaan anda.
Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal icing.
Setelah royal icing keras, biskut sedia dihidangkan.
BISKUT HAZELNUT
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
40gm gula halus
170gm tepung gandum
20gm tepung jagung
10gm hazelnut | kisar halus
1/4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh pes kopi
BAHAN HIASAN:
Gula Aising
CARA MEMASAK:
Satukan mentega dan gula halus. Kacau rata.
Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau rata.
Masukkan hazelnut dan tepung jagung. Kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan doh kemudian terap dengan acuan kesukaan anda.
Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila masak, sejukkan.
Hiaskan dengan royal icing.
Bila royal icing keras, simpan biskut dalam bekas kedap udara.
TAT PUJANGGA
BAHAN-BAHAN:
160gm tepung gandum
1 1/2 sudu makan tepung jagung
100gm mentega
1 sudu makan gula aising
1 biji kuning telur
Jem nenas secukupnya
BAHAN HIASAN:
Gula Aising
CARA MEMASAK:
Satukan tepung gandum, tepung jagung dan gula aising. Gaul rata.
Masukkan mentega dan gaul sebati.
Masukkan kuning telur dan gaul hingga menjadi doh.
Canaikan adunan terap dengan acuan berbentuk bunga.
Ambil jem nenas dan letakkan ditengah tengahnya.
Susun ke dalam loyang.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
Bila sejuk, hiaskan dengan royal icing.
Setelah icing sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
Terung John. Menu rendah karbo yang enak dan mampu menjadi salah satu hidangan bagi anda yang sedang mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan. Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg. Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow…Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.
RESEPI TERUNG JOHN SEDAP UNTUK DIET
BAHAN-BAHAN: 1 biji terung panjang – potong memanjang 1 homemade beef patty/daging burger 3 biji telur Garam pink himalaya – beli online disini Serbuk lada hitam – beli online disini Sedikit daun ketumbar Sayuran/kubis
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan dan masakkan sekejap daging burger di dalam kuali. 2. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam, garam dan daun ketumbar di dalam mangkuk. 3. Kemudian masukkan daging burger hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh). Ketepikan. 4. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali, tabur garam dan serbuk lada hitam, panggang terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan. 5. Seterusnya, tuang adunan telur dalam kuali, ratakan. 6. Bila telur sudah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang sudah dipanggang tadi, tampalkan diatasnya.
7. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayones (kewpie merah) dan sayuran/kubis.