Biskut mazola sekarang ni ada macam-macam bentuk. Tapi yang paling legend mestilah yang bentuk bulat siap berkacang di atasnya. Jom try buat. Nanti nak raya boleh buat.
CARA MEMBUAT
1. Satukan bahan kering iaitu kacang, gula aising, tepung gandum dan garam. Kacau sebati.
2. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Bentukkan mengikut acuan kesukaan. Sapukan kuning telur dan hias dengan lebihan kacang.
4. Bakar pada suhu antara 160°C hingga 180°C selama 20 minit.
Kek Lapis Masam Manis Kukus sememangnya antara kek yang digemari ramai tidak kira tua atau muda. Kek lama yang satu ini sememangnya punya ramai peminat.
Kombinasi rasa yang seimbang antara manis dan masam, menjadikan ia tidak muak dimakan. Malah teksturnya yang lembut dan rasa yang enak menjadikan kek ini tidak jemu untuk dinikmati. Warnanya juga menarik maka tidak hairanlah kek ini sesuai dijadikan buah tangan untuk sebarang majlis keraian.
Nak belajar buat kek ni secara homemade? Resipi perkongsian dari saudari Lieya Saad ini antara yang terbaik dan mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Menjelang nak hari raya ni, dah bolehlah buat biskut raya pilihan. Bolehlah buat biskut yang senang dan sedap,biskut Florentine. Resipi ni boleh dapat dalam 220 keping yang tebal-tebal sikit dari mereka yang buat jualan. Memang berbaloi la buat sendiri.
Bahan-bahan: 500 gram golden florentina 250 gram flake almond 250 gram green pumpkin seed 250 gram sun flower seed 100 gram black sesame seed
Cara membuat: 1. Goreng kekacang atas dapur / bakar dahulu kekacang selama 5 minit (tapi step ni saya tak buat).
2. Campur semua bahan dalam bekas dan kacau sekata.
3. Masukkan dalam cup muffin. Sayu buat tebal-tebal sikit sebab nak makan sendiri (cup ni boleh guna berulang kali)
4. Bakar 130° selama 15 minit sehingga keperangan (tengok atas oven masing-masing. Saya bakar lebih 30 minit. Bila dah keperangan, angkat. Suhu tu nak guna lebih pun ikut la sebab masuk round ke-3 saya ejas naik sikit) 5. Tekan sikit kat bawah cup bagi dia tercabut keluar.
Ketahui cara masak suhun yang betul supaya tidak menyerap kuah, kekal kenyal dan tidak mudah lembik. Ikuti tip mudah ini untuk hasil sup yang lebih sedap.