Resipi Biskut Dahlia Klasik Paling Sedap, Imbau Nostalgia Raya Zaman Kanak-Kanak

Share

Jom buat Biskut Semperit Dahlia! Bila tiba bulan Ramadan kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka biskut yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang sedap yang boleh anda buat adalah Biskut Semperit Dahlia perkongsian saudari Jaja Noriza yang dicuba dari Surianti Kitchen. Kata beliau, dua kali dicuba, semuanya menjadi. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Teringat rasa Biskut Dahlia zaman dulu-dulu. Jom cuba!

 

CARA MASAK BISKUT SEMPERIT DAHLIA KLASIK

BAHAN A:

  • 1/2 cawan gula pasir (dikisar halus) – empunya resipi tidak guna gula aising kerana gula ising ada campuran tepung jagung yang mengakibatkan bunga semperit jatuh selepas dibakar) beli online disini
  • 250gm marjerin beli online disini
  • Esen vanilla beli online disini
  • 1 biji kuning telur B

 

BAHAN B:

 

CARA MEMASAK:

1.Campurkan semua bahan A dalam bekas yang sesuai dan gaul hingga sebati. Jangan gaul lama sebab tak mahu adunan menjadi kembang.  

2.Masukkan tepung jagung dan tepung kastad terlebih dahulu ke dalam campuran bahan A tadi. Sebatikan.

3.Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh yang lembut. Kalau sudah jadi doh yang lembut, tidak perlu habiskan tepung gandum tadi.

4. Tutup doh dan rehatkan dalam 15 minit.

5. Seterusnya bolehlah terap doh menggunakan acuan yang disukai. Susun dalam dulang pembakar. Letak ceri.

6. Rehatkan biskut sekali lagi selama 30 minit sebelum dibakar pada suhu 160-170C selama 25-30 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.

Kredit resipi & foto: Jaja Noriza

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN