
Bihun rebus Terengganu ini nampak macam bihun sup tapi bukan, ia langsung tak menggunakan rempah. Hanya tumis bawang merah, bawang putih dan halia dah cukup menjadikannya hidangan ini enak.
Bihun rebus Terengganu ini sesuai dijadikan hidangan waktu malam, bila dah tiada idea untuk masak apa.
Bahan-bahan
Bihun secukupnya (boleh dicelur dulu atau direbus sekali dalam kuah)
Isi ayam
Sayur sawi, lobak merah (boleh guna sayur yang disukai)
Lada hitam (tumbuk kasar)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
Telur
Garam
Bahan kisar
2 biji Bawang besar
5 biji Bawang putih
Sedikit halia
Cara membuat
1. Tumis bahan kisar hingga naik baik dan masukkan air ikut kuantiti kuah yang kita mahukan. Kemudian masukkan isi ayam lada hitam.
2. Bila kuah mendidih, masukkan sayur, cili padi yang diketuk. Biarkan mendidih kemudah pecahkan telur. Biarkan telur masak dan perasakan dengan garam secukupnya.
3. Tuang kuah atas bihun yang sudah dicelur. Sedia dihidangkan, boleh juga taburkan bawang goreng.
Rahsia bihun rebus jadi sedap, bawang hendaklah dikisar baru kuah rasa manis.
Sumber: Haniza Ishak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masakan Dari ‘Frozen Food’ Sedap & Halal, Mudahnya Buat Sajian Barat…

Bila nak beli makanan sejuk beku atau frozen food, usah cuak ya. Makanan seperti bebola daging, ayam, salami, peperoni ni ada logo halalnya. Yang ‘bestnya’ produk sejuk beku ni boleh diolah menjadi pelbagai resipi lazat terutamanya dalam sajian barat.
Nah Min kongsi 2 resipi mudah inovasi makanan sejuk beku ilham kreatif dari Chef Mohd Azizi Hamzah, Hizwan Abd. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Alia Rohaizan dari Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur.
MEAT BALL AND TORTELLINI IN CREAMY CHEEZY SAUCE
BAHAN-BAHAN :
- 180gm bebola daging
- 20gm bawang holland
- 2 keping keju cheddar
- 20gm cili benggala merah | dicincang halus
- 20gm cili benggala hijau| dicincang halus
- 60gm krim putar
- 240gm pasta tortellini
- 40ml minyak jagung
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang holland, cili benggala merah dan hijau serta bebola daging.
2. Bila bebola daging masak, masukkkan krim putar serta keju cheddar. Kacau hingga pekat
3. Rebus pasta tortellini hingga masak, toskan air.
4. Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos tadi di atasnya
5. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta dan bebola daging
Keistimewaan : Lemak berkrim dari keju, tambah lazat dengan bebola daging
Info Chef : Tortellini adalah pasta berbentuk cincin. Ada juga menyamakan dengan bentuk pusat. Pasta dengan bebola daging di dalam kuah/sos memang padanan yang lazat.
STUFFED POTATO WITH PEPPERONI SALAD
BAHAN-BAHAN :
- 60gm peperoni
- 100gm chat potato @ baby potato *kentang kecil sesuai untuk stim dan bakar
- 40gm keju mozarella
- 4gm oregano kering
- 20gm tomato pronto ‘sos tomato Itali pekat ada dijual dalam tin”
- 20gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 10gm bawang putih | dihiris
- 4gm english parsli | dihiris
CARA MEMASAK :
1. Cuci ubi kentang dan keringkan. Kentang dipotong halus (kelar)tinggalkan sehingga 1/8 inci yang tidak dipotong.Dikelar jangan sampai terputus.
2. Letak peperoni di tempat yang dikelar tadi dan taburkan sedikit oregano
3. Bakar sehingga 15 minit pada suhu 160 darjah celcius.
4. Apabila ubi kentang telah masak letakkan tomato pronto, cili benggala merah, bawang putih dan keju mozarella
5. Akhir sekali taburkan parsli, sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : bakar
Jenis masakan : Appetizer (pembuka selera)
Keistimewaan : Kentang empuk enak dengan peperoni dan keju berkrim
Info Chef : Untuk sajian ini pilih kentang yang bersaiz kecil yang juga dikenali sebagai chat potato atau baby potato kerana ia lebih sesuai untuk dibakar atau stim. Empuk dan lembut.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.hotelsripetaling.com.my
Pasta Oh Pasta Sentiasa Jadi Kesukaan . Boleh Makan ‘Any Time’.

Spageti memang pasta tersedap yang diminati oleh rakyat Malaysia. Tak kira sarapan, makan tengahari mahupun malam sedap aje melayan spageti nih. Ni ada tiga resipi spageti yang sedap dimakan dan cepat dimasak. Spicy Meatball, Spageti Goreng al Bahrain dan Aglio Olio Istimewa Bersama Udang Goreng…perghh memang yummy lah sangat kan.
Resipi ni semuanya dikongsi dalam FB : ANEKA Resepi Kompilasi. Terima kasih pada pemilik resipinya.
1. PASTA SPICY MEATBALL CARBONARA ALA MALAYSIA
.
* Minyak zaiton untuk menumis (dia boleh jer guna minyak masak biasa)
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 biji bawang besar cincang
- 1 labu bawang putih cincang
- 2 inci halia cincang
- 2 paket meatball
- 2 ppek cendawan butang segar
- 3 cawan susu segar
- Air secukupnya
- 2 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan chili flake (ni boleh adjust ikut citarasa)
- 1 – 2 sudu makan parmesan cheese
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Masukkan meatball, goreng hingga garing2 skit. Kemudian masukkan bawang, halia dan bawang putih. Tumis hingga naik bau. Masukkan chili flake. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan cendawan. Tumiskan sebentar. Agak2 air cendawan dah keluar dan kering2 skit masukkan tepung. Tumis kejap.
2. Masukkan susu dan air secukupnya. Gaul rata. Renihkan hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan cheese. Gaul rata. Tutup api hidangkan dengan pasta pilihan.
Kredit : zulfaza loves cooking zlc
2.FRIED SPAGHETTI-BAHRAIN STYLE
.
BAHAN-BAHAN :
- Spaghetti | direbus
- 1 ulas bawang putih – ketuk
- 2-3 sudu besar cili kisar
- 10 ekor udang
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 2 biji telur – kacau sikit
- 2-3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- Sayur serba satu (lobak merah/zucchini/kubis – hiris nipis saiz sedikit besar, maz guna peeler)
- kicap pekat secukupnya
- sedikit gula dan garam
- sedikit minyak sayur
CARA MEMASAK :
1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak sayur, masukkan telur dan goreng buat macam telur dadar tapi sambil dikacau biar hancur sikit. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama masukkan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar sekejap.
3. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap. Masukkan semua bahan sos, kicap dan air secukupnya. Kacau sebati, masukkan sayuran dan perasa secukup rasa.
4. Masukkan spaghetti, sebatikan. Rasa apa yang kurang dan balik selalu hingga sedikit kering dan sayur sedikit lembut. Biar sejuk dulu baru spaghetti serap/sebati dengan bahan sos, kalau yang baru masak tu, spaghetti masih licin, tak serap sos lagi. Memang sesuai kalau masak awal dan makan kemudian sikit.
3. SPAGETI AGLIO OLIO WITH FRIED SHRIMP
.
BAHAN-BAHAN:
- 5 ulas bawang putih – cincang
- 1/4 cawan extra virgin minyak zaitun
- sedikit cendawan keping kering,
- sedikit cili flakes
- sedikit serbuk pati ayam
- sedikit parsley kering/italian herbs
- 1/2 paket spaghetti – rebus biar lembut dengan sedikit garam dan minyak zaitun sedikit parmesan cheese serbuk – jika suka
CARA MEMASAK :
1. Dalam kuali panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan masak sekejap sekadar layu sikit.
2. Masukkan parsley/italian herbs, cendawan kering, spagheti yang telah ditoskan dan sedikit serbuk pati ayam, sebatikan (kalau boleh bila spagheti hampir masak dapur sebelah terus sediakan bahan untuk buat aglio ni, agar spagheti tidak terlalu kering),
3. Padamkann api dan boleh la dihidang bersama udang celup tepung, atau makan gitu pun sedap.
Selamat mencuba
by ilhamdapur.blogspot
Ginger Beef Kuetiau, Masak Sendiri Di Rumah Lagi Sedap. Mudah Saja Pun!

Ginger Beef Kuetiau salah satu hidangan popular di restoren Cina Muslim. Jika selalu menikmatinya di luar apa kata belajar masak sendiri menu ini di rumah. Boleh cuba ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Nasriah Ramli.
Ginger beef kuetiau homemade
Bahan-bahan
Kuetiau
Daging
4 ulas bawang putih -mayang halus
Halia muda – dipotong nipis
2 biji telur
Daun bawang – dipotong
3 sudu makan tepung jagung -dibancuh dengan air
1 kiub bilis
3 sudu makan sos tiram
Cara memasak
1. Kuetiau digaul dengan minyak bijan dan kicap lemak manis. Kemudian goreng sekejap guna api besar. Tutup api. Ketepikan.
2. Daging direbus hingga empuk. Air rebusan disimpan dan daging ditos serta dihiris nipis.
3. Goreng daging dalam 10 minit, letak sedikit garam. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan sos tiram dan tambah 1 cawan air.
5. Biar mendidih kemudian masukkan daging yang digoreng tadi. Tambahkan garam secukup rasa serta sikit gula.
6. Pecahkan telur dalam, kacau dan tuang dalam kuah sikit demi sedikit sambil dikacau-kacau.
7. Masukkan larutan tepung jagung dan kacau. Bila dah mendidih tutup api dan tabur daun bawang.
8. Letak kuetiau dalam pinggan dan siram kuah tadi di atasnya. Dah siap ginger beef kuetiau.
Kredit resipi & foto: Nasriah Ramli.
Artikel berkait: Kuetiau Kung Fu Makan Panas-panas Paling Sedap. Lagi Padu Ada Kicap Cili Potong!