Terasa nak cuba rasa Bibimbap macam yang dalam drama Korea? Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Istimewanya resipi ini, ia diolah mengikut selera orang Malaysia dan juga menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kedai sahaja. Paling penting dalam Bibimbap ini ialah sos pedas manis, masin rumpai laut, kuning telur yang cair dan tekstur rangup sayuran yang berkhasiat. Nah..Bolehlah cuba masak sendiri. Jom cuba!
CARA BUAT BIBIMBAP SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN SAYURAN BIBIMBAP: 1 timun jepun – hiris bulat dan goreng 2 minit 1 lobak merah – hiris panjang dan goreng 2 minit Cendawan blackfungus/shitake – rendam, hiris panjang dan goreng 2 minit – beli online disini Bayam hijau – rebus dan tos Telur ayam – goreng mata Daging ayam – potong kecil memanjang, gaul bersama lada hitam dan goreng
(untuk mendapat aroma yang lebih, gunakan minyak bijan untuk goreng bahan diatas)
CARA MEMASAK: 1. Masak beras sushi Jepun mengikut arahan pada paket. Sekiranya tiada, boleh guna beras biasa dan pastikan nasi dimasak sedikit lembut.
2. Hancurkan kepingan rumpai laut ke atas nasi. Saya beli rumpai laut panggang berperisa BBq di kedai RM2 atau 7-Eleven.
Ads
RESEPI SOS PEDAS MANIS: Original menggunakan pes cili Korea Gochujang atau boleh guna sos pedas Adabi, tapi sekiranya tiada juga anda boleh ganti dengan
1.Cili kering dibasuh bersih, potong kecil dan rendam dalam air panas. Kemudian tos. 2.Campurkan cili kering dan bawang putih ke dalam blender. 3. Masukkan sedikit air suam, gula, garam, sos cili dan kicap. Kisar sehingga hancur. 4. Setelah dikisar, masak semula di dalam kuali sehingga kering air dan masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih. 5. Akhir sekali taburkan sedikit biji bijan. Sos merah siap.
Ads
CARA SUSUNAN BIBIMBAP: 1.Ratakan nasi bercampur rumpai laut di dalam mangkuk.
2. Letak telur mata ke atas nasi.
3. Susun sayuran dan ayam yang dimasak ke atas bahagian putih telur. Jangan lupa letakkan 1 sudu besar sos pedas manis.
4. Sekiranya ada, boleh titiskan minyak bijan ke atas kuning telur. Taburkan biji bijan yg di sangai mengikut citarasa. 5. Bibimbap siap dan sedia dimakan. 6. Cara nak makan, cuma kacau kacau sahaja Bibimbap dan makan.
Apa juadah untuk raya korban tak lama lagi? Salah satunya pasti ada menu daging yang disukai ramai. Masih takt ahu nak masak menu apa, boleh cuba menu yang dikongsikan oleh Nurlia Mohd Nor. Menurutnya ia menjadi permintaan Abah untuk masakkan daging ini. Resipi ni dipelajari daripada ibu. Makan dengan nasi sangat sedap. Nak pula regu dengan ikan goreng, memang bertambah makan. Makan dengan roti, roti canai, lempeng, pulut, lemang pun boleh.
Daging Masak Merah
Bahan-bahan:
Daging
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Jintan manis
Minyak secukupnya
Air
Kicap
Garam & gula secukupnya
Asam keping
Cara memasak:
1.Goreng cili kering, bawang besar, bawang putih, sedikit halia dan jintan manis dengan sedikit minyak (sukatan agak-agak saja)
2.Dah goreng blend dengan sedikit air.
3.Gaul daging dengan bahan blend tadi bersama kicap dan gula (saya guna kicap kipas udang yang manis). Perapkan. Lagi lama lagi sedap. Kalau tak sempat perap pun ok je.
4.Panaskan kuali. Letakkan minyak. Letak bahan-bahan perap tadi dalam kuali yang dah dipanaskan.
5.Letakkan asam keping dan sedikit garam. Kacau sampai masak dan daging empuk.
6.Bila dah masak, tutup api. Angkat daging tadi dari kuali, letak dalam mangkuk, sedia untuk dihidang.
Mak-mak pasti sukakan resipi Roti Pattaya 3 Bahan ni. Sangat mudah cara membuatnya. Rasa sedap dan boleh dipelbagaikan inti mengikut bahan-bahan yang ada dalampeti sejuk. Wow…Pendek kata, boleh buat ikut selera masing-masing. Nak pedas, tak nak pedas, semua boleh. Saudari Nyda Nyda ada kongsikan resipi asasnya yang boleh dicuba. Beliau menggunakan inti sardine kerana mudah disediakan. Anda boleh gantikan dengan tuna, isi ayam, aneka olahan seafood, mayones atau sambal. Apa-apa sahaja. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI ROTI PATTAYA 3 BAHAN YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Roti sandwic Telur Inti sardin (empunya resipi tumis sardine terlebih dahulu. Terpulang pada selera masing-masing nak tumis atau mentah ) – beli online disini
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1.Sediakan bahan-bahan untuk menyediakan Roti Pattaya 3 Bahan.
2. Inti sardin yang siap ditumis.
3. Panaskan kuali tahan lekat dan tuang sebiji telur yang telah dipukul. Ratakan atau lenggang telur tadi seakana untuk membuat pattaya. Pastikan ketebalannya tidak terlalu nipis dan terlalu tebal.
4. Ambil sekeping roti dan letak diatasnya.
5. Letakkan inti di atas roti dengan secukupnya. Ratakan.
6. Tutup inti dengan sekeping lagi roti.
7. Bungkus roti tadi dengan telur. Berhati-hati supaya kulit pattaya tidak koyak.
Suka makan Pais Ikan namun kurang rajin nak panggang atau bakar guna pemanggang? Haa…Ada resipi mudah. Anda hanya perlu masak guna kuali je. Memang ringkas resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Jom cuba!
RESIPI PAIS IKAN
BAHAN-BAHAN:
Ikan – boleh guna ikan patin, terubuk, kembung, pari. terpulang ikut citarasa.
2-3 helai daun kunyit – untuk balut. Jika ada daun pisang, lebih baik.
1 helai daun kunyit – hiris nipis
1 sudu makan pes asam jawa
2-3 sudu makan minyak masak
BAHAN TUMBUK ( GUNA LESUNG BATU):
8-10 biji cili padi
1 biji bawang besar
1/2 sudu makan serbuk kunyit
5 ulas bawang putih
2 batang serai – hiris dulu untuk senang tumbuk
1 genggam(lebih kurang 1/2 cawan) kelapa parut
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas. Masukkan pes asam jawa. Gaul rata. ( jangan masukkan air).
2. Kemudian masukkan minyak masak serta daun kunyit. Gaul sebati bersama bahan tumbuk tadi.
3. Sumbat bahan ke dalam ikan dan lumur hingga sebati. Balut ikan menggunakan daun kunyit atau daun pisang.
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak anggaran 3-4 sudu makan. Masukkan ikan. Tutup kuali menggunakan tudung periuk.
5. Biarkan ikan selama 15 minit dan masak menggunakan api sederhana.
6. Kemudian terbalikkan ikan dan tutup kembali tudung periuk. Masak lagi selama 10 minit.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!