Pernah makan daging soya? Daging soya ni mudah simpan (kering, tahan lama, tak perlu peti ais) dan murah. Sesuai juga untuk mereka yang kurang makan daging.
Ia halal kerana diperbuat daripada protein soya. Daging Soya ni juga dikenali sebagai TVP (textured vegetable protein). Selain tauhu dan tempe, TVP juga adalah sumber protein berasaskan soya.
Jom kita masak dengan resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan.
RESIPI DAGING SOYA BEREMPAH
BAHAN-BAHAN: (2-3 ORANG MAKAN):
150g daging soya kering (saya beli di kedai runcit, harganya RM3/250g) 10 biji bawang merah ros – beli online di sini 4 ulas bawang putih – beli online di sini 1 inci halia 1 batang cili merah – beli online di sini 1 batang cili hijau 1 sudu besar serbuk kari daging – beli online di sini 1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 biji tomato (besar) 2 sudu besar kicap masin – beli online di sini 100ml yogurt 1 batang daun ketumbar
TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®:Kari Ayam
*Oleh kerana kita guna protein soya, maka ia kurang rasa umami, jadi kita gunakan tomato untuk sebagai sumber umami alternatif. Umami ni adalah rasa yang kita dapat dari air rebusan tulang, daging, ayam, ikan bilis dan sebagainya.
Ads
1. Bahan yang paling mahal kita akan gunakan dalam resepi ni adalah cili. Oleh itu boleh kata, resepi ni resepi bajet tapi tak terlalu memudaratkan. Daging soya ni tinggi protein dan mengenyangkan. 2. Cara nak sediakannya, mudah. Rebus dalam air, dan diperasakan dengan garam. Ia akan kembang, dan selesai masak dalam 5 minit. Dalam dia padat. Daging soya ni rasa macam daging tak? 3. Sejujurnya, tak. Ia tiada rasa daging, dan teksturnya mirip bakso yang ringan atau takua. Namun begitu, kalau dimasak dengan resepi yang betul, ia akan jadi hidangan yang sedap.
4. Setelah itu, kita tumis bawang ros, bawang putih, halia, cili merah dan hijau dalam kuali. Bahan-bahan ni dipotong kasar sahaja, dan ditumis sampai layu dan harum. 5. Masukkan daging soya yang dah ditos dan diperah tadi. Tumis sampai sebahagiannya jadi garing dan perang gelap. Ini akan menjadikan daging ini lebih menarik bila dimakan nanti. 6. Okay, masa untuk letak rempah. Taburkan serbuk kari daging, cili, ketumbar dan kunyit. Tambah sedikit minyak, dan gaul sampai rempah ni menyelaputi daging soya kita.
7. Pada waktu ini, boleh letakkan 2 sudu kecil garam dan gula. Sambung tumis sampai rempah tadi tiada bau dan rasa mentah. Jangan berhenti menggaul supaya tak hangus. 8. Tambahkan yogurt. Kalau tiada yogurt, boleh letak tairu, dahi, santan, susu segar, susu sejat atau ghee. Daging soya ni hampir tak ada lemak, jadi penting untuk kita letak sumber berlemak.
9. Tambah air secawan. Tadi kita dah masak daging soya sampai kering, jadi bila kita letak air ni, ia akan serap rempah dan perasa yang kita dah letak. Perasa dengan garam, kicap masin dan gula. 10. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Kalau kurang masam, tambah asam. Kalau nak lebih rasa macam daging, letak kiub perasa daging atau air rebusan tulang. Masak sampai kering. 11. Tada! Tabur sedikit daun ketumbar supaya naik kesegarannya. Daging soya berempah ni sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Padan dengan sayur kobis goreng kunyit.
*1 pek (250g berat kering) RM3, boleh masak hidangan untuk 4-6 orang makan.
Bagi para peminat rancangan Korea, pastinya pernah melihat hidangan Sup Jjamppong Korea ni. Nampak sedap dan menyelerakan. Namun hidangan tersebut biasanya dimasak menggunakan bahan-bahan yang tidak halal. Nak cuba masak? Ni dia cara-cara nak masak Jjamppong yang sangat sedap tapi menggunakan bahan halal perkongsian saudari Sharinaz Redwan. Bolehlah cuba.
RESIPI SUP JJAMPPONG KOREA
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi gandum korea – boleh tukar guna mi kegemaran yang lain. Celur lembut.
BAHAN KUAH JJAMPONG:
1 cawan isi ayam – potong dadu, gaul dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam
6 ekor udang – kupas kulit
10 ekor kupang – bersihkan
4 ekor sotong
( boleh juga guna seafood sahaja)
BAHAN AIR REBUSAN:
1 sudu makan ikan bilis
3 biji cendawan shiitake kering
2 biji bawang besar ( holland)
8 cawan air
BAHAN SAYUR & PERISA
Hirisan lobak merah secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
Kubis panjang (cina) secukupnya
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 inci halia – tumbuk
3 sudu makan gochugaru ( serbuk cili korea) – kurangkan jika kurang suka rasa pedas
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak masak @minyak zaitun secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan air rebusan ke dalam periuk. Didihkan selama 20 minit menggunakan api besar. Kemudian kecilkan api dan biarkan merenih selama 10 minit. Tapis air rebusan dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk kecil, campurkan 3 sudu makan gochugaru bersama 2 sudu makan minyak zaitun. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih dan halia.
4. Kemudian masukkan isi ayam. Gaul sebati hingga agak-agak masak.
5. Seterusnya masukkan sayur dan makanan laut. Cendawan yang direbus untuk air rebusan juga boleh dihiris dan dimasukkan bersama. Gaul seketika.
6. Masukkan pes gochugaru tadi.
7. Gaul bahan hingga sebati dan bersalut rata.
8. Tambahkan stok air @ air rebusan, sos ikan, minyak bijan, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh.
9. Bila sayuran telah lembut, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
10. Jika suka, boleh tambahkan hirisan rumpai laut sebelum dinikmati bersama mi atau nasi. Boleh juga dimakan begitu sahaja.
Kalau makan di kedai atau restoran, menu yang wajib dan selalu kita order adalah tomyam atau sup. Memang akan pesan menu ni selain lauk pauk yang lain. Mungkin disebabkan oleh rasanya yang padu membuatkan anda suka akan lauk ni. Nak cuba masak tomyam yang rasa dia macam anda makan di kedai? Ini resipinya.
TOMYAM CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
6 ekor udang
2 ekor sotong
1 dada ayam | hiris nipis
1 biji bawang besar | hiris
3 batang serai | titik
2cm lengkuas |titik
2 helai daun limau purut | koyakkan
10 tangkai cili padi | titik
2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
2 pokok daun ketumbar | hiris
1 biji buah tomato | belah empat
2 sudu makan pes tomyam
Air secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, kemudian masak atas api hingga mendidih.
Masukkan hirisan lengkuas, serai, daun limau purut, cili padi. Kacau seketika.
Seterusnya masukkan hirisan isi ayam, sotong, undang dan tomato.
Kemudian perahkan jus limau nipis dan lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun ketumbar.
Tomyam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain dihidangkan bersama nasi, tomyam juga enak dihidangkan bersama bihun atau mi.
Sedapnya Bubur Ayam Berlauk ni. Menu ini digemari ramai tidak kira tua atau muda. Malah ia juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa tak kira pagi, tengahari mahupun malam. Jika cuaca hujan, lgilh sedap makan bubur panas-panas ni.
Selain dinikmati begitu sahaja, Bubur Ayam juga enak dimakan dengan pelbagai lauk pauk. Biasanya lauk seperti Kangkung Goreng Belacan, bilis goreng, telur masin, kacang goreng, isi ayam carik sesuai dinikmati Bersama. Jika kaum cina, ada yang makan bersama kuih Cakoi.
Nak masak Bubur Ayam yang enak tak susah. Macam resipi perkongsian saudari Aisyah Humira ni. Sangat ringkas bahan-bahannya. Malah menurut beliau lagi, jika makan kosong je, bubur ni berasa seakan bubur ayam ala mcd. Wow… Sedap tu!
Jom cuba masak menu ni untuk keluarga anda. Pasti berselera semuanya. Selamat mencuba dan menjamu selera!
1.Masukkan beras ke dalam InstantPotdan pilih menu porridge.
2.Setelah bubur masak, jika suka berkuah atau sedikit cair boleh tambah 1-2 gelas air panas dan kacau sebati.
3.Hidangkan bersama bawang goreng, minyak bijan, serbuk lada sulah dan pilihan lauk kegemaran siap.
4.Jika tiada periuk elektrik, boleh masak guna dapur dan periuk biasa. Caranya ialah campurkan semua bahan dan masak guna api sederhana. Lebihkan juga air.
5.Kacau sesekali untuk elak bubur hangus di bahagian bawah. Masak sampai bubur masak sempurna.
6.Masukkan bubur ke dalam mangkuk dan letak semua bahan lauk sampingan. Gaul dan nikmati. Memang sedap!
Ketahui rahsia di sebalik bentuk dan warna kulit telur serta bagaimana ia menentukan kualiti, ketahanan dan kegunaan telur. Panduan bijak untuk memilih telur segar setiap kali anda membeli!