Ni dia dua resipi inovasi hebat daripada tenaga pengajar IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) Peretak, Selangor. Kulit tart yang dibuat ni lain daripada yang lain. Ada ramuan lobak di dalamnya. Roti rye fruit canape pula cukup sedap dengan pilihan buah, beri yang menambahkan kelazatan.

Kulit Tart Lobak Merah & Roti Rye, Sedapnya Pastri Ni.
.

Dua resipi pastri dan bakeri (roti) ni memang berbaloi dicuba. Jom tengok resipinya.

KULIT TART LOBAK MERAH


Kulit Tart Lobak Merah & Roti Rye, Sedapnya Pastri Ni.
.

BAHAN-BAHAN:

Bahan tart :

  • 450gm tepung superfine
  • 250gm mentega
  • 100gm gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 50gm serbuk lobak merah
  • Pewarna oren secukupnya

Bahan filling @ inti :

  • 500gm krim keju
  • 120gm gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu teh mentega
  • 2 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK :
Cara masak kulit tart :
1. Potong lobak merah sehingga halus untuk dikeringkan, kisar dan timbang.
2. Masukkan mentega dan gula aising ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan pula kuning telur dan esen vanila ke dalam adunan tadi bersama pewarna oren.
4. Kacau hingga sebati.
5. Ayak pula tepung lalu masukkan ke dalam adunan, serbuk lobak merah dan gaul sebati sehingga menjadi doh.
6. Sapu acuan tart dengan mentega lalu masukkan doh kedalam acuan.
7. Bakar kulit tart dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan kulit dahulu
8. Paipkan filling,atas kulit tat tadi dan bakar lagi selama 10 minit.

IKLAN

Cara sediakan ‘filling’ @ inti :
1. Masukkan krim keju, mentega dan gula kastor ke dalam mesin pengadun (mixer)
2. Putar sehingga kembang.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanila
4. Kacau hingga sebati.Sedia untuk dimasukkan dalam kulit tart.

Saiz hidangan : 15 biji
Masa memasak : 35 minit
Jenis masakan : Tart
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Kulit pastri tart menggunakan serbuk lobak merah memberikan kelainan dan berkhasiat
Anggaran kos : RM 30

Info chef :Lobak merah perlu dikisar halus (serbuk)dan dikeringkan sebelum dimasukkan dalam adunan kulit tart

RYE BREAD FRUIT CANAPE


Kulit Tart Lobak Merah & Roti Rye, Sedapnya Pastri Ni.
.

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

Bahan rye bread :

  • 700ml air
  • 400gm tepung rye
  • 15gm garam
  • 20gm yis
  • 600gm tepung roti
  • Krim pastri secukupnya
  • Strawberi | dipotong
  • Blueberi | dipotong
  • Pic | dipotong

Bahan krim pastri (segera) :

  • 200gm kastad segera (instant)
  • 250ml susu segar atau UHT

* Campurkan dan kacau hingga larut dan sebati

CARA MEMASAK :
1. Campurkan semua bahan kering seperti tepung rye, yis dan garam.
2. Adunkan bahan kering dan masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Adun sehingga sebati menjadi kenyal dan lembut
4. Rehatkan doh 20 minit
5. Timbang doh 200 gm untuk setiap unit doh
6. Bentukkan memanjang seperti rod dan biarkan doh kembang selama 45 minit atau sekali ganda dari saiz asal.
7. Bakar doh 25 minit pada suhu 200C
8. Sejukkan roti dan potong roti setebal ½ inci
9. Hiaskan dengan krim pastri dan susunkan buah strawberi, bluberi serta pic.

IKLAN

Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Makanan sihat roti berserat yang dimakan bersama buah-buahan.
Jenis masakan : Roti
Anggaran kos : RM 30

INFO CHEF :Pastry krim segera tidak perlu dimasak. Hanya gaul dan larutkan

RESIPI : MOHD NOOR ALFAHIZAM BERAHIM, MOHD FAIRUZ A. GHAFFAR 7 AZAENN MOHD AZIZ
TERIMA KASIH : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah,Kuala Kubu Baru, Selangor.
MAKLUMAT LANJUT :FB : Institut Kemahiran Belia Negara Peretak

ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR ELEKTRIK, JOM LAYARI  SHOPEE DI SINI.

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI :

Langkah Buat Kulit Tart Rapuh Enak, Cubalah Resipi Tart Bercoklat Ni.

DAN JUGA VIDEO INI :

https://www.youtube.com/watch?v=IsOqbJF7nig

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI