Resipi ayam tiga aroma ini bukan saja harum tapi penuh dengan rasa. Sesuai untuk mereka yang suka lauk berempah dan pedas.
Kuahnya pekat, rasa daun ketumbar, pudina dan rempah-rempahnya sangatlah membangkitkan selera. Nak buat pun senang, sesuai sangat kalau mahukan lauk tengah hari yang ‘lain dari yang lain’.
Resipi Ayam Tiga Aroma
Bahan-bahan
1 ekor ayam – digoreng dulu
1 biji bawang besar – dihiris dan goreng (untuk dijadikan bawang goreng)
Bahan A (dikisar):
6 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili hijau (lebihkan jika mahu lebih pedas)
Bahan B (dikisar):
Segenggam daun ketumbar
½ genggam daun pudina
Bawang goreng (yang digoreng awal tadi)
Bahan C (perasa rempah):
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam masala
½ sudu teh serbuk kunyit
4 sudu besar yogurt biasa
Ads
Bahan D (hiasan & aroma tambahan):
3 tangkai daun kari
3 tangkai cili hijau
Kentang -digoreng dulu
Hirisan bawang
Daun ketumbar
Cara Penyediaan Ayam 3 Aroma
1. Tumis bahan A (bawang putih, halia, cili hijau & cili padi) hingga wangi dan garing.
2. Masukkan bahan B (daun ketumbar, pudina & bawang goreng), tumis lagi sampai naik bau garing.
Ads
3. Tambahkan ayam goreng tadi. Kalau suka berkuah sikit, boleh tambah air ikut cita rasa.
4. Masukkan bahan C – rempah ratus dan yogurt. Kacau sampai sebati, waktu ini aroma dia memang ‘terangkat’!
5. Masukkan perasa ikut selera. Boleh guna garam, gula, serbuk perasa, atau stok ayam. Flexible ikut tekak masing-masing.
6.Akhir sekali, masukkan bahan D (daun kari, cili hijau, kentang, hirisan bawang dan daun ketumbar). Kacau dan biar seketika.
Ads
Siap untuk dihidangkan!
Tip Ekstra
Ayam goreng dulu bagi rasa lebih umph dan tekstur lebih sedap.
Kalau suka rasa berlemak, boleh tambah sedikit santan.
Nak buat versi diet? Kurangkan minyak dan goreng ayam dalam air fryer dulu.
Sup ayam memang banyak versinya, tapi kali ini jom cuba sup ayam tomato. Kuahnya ada rasa masam-masam manis semula jadi daripada tomato, ditambah pula aroma bawang tumis dan halia memang cukup menyelerakan.
Hidangan ini bukan saja sesuai dimakan seisi keluarga, malah jadi “comfort food” bila badan rasa tak sedap. Hirup panas-panas, memang lega tekak dan segar rasa badan. Warna sup pula jadi sedikit oren kerana tumisan tomato, tapi jangan risau, rasanya tetap sedap.
Resipi Sup Ayam Tomato
Bahan-bahan
7–8 ketul ayam (saiz kecil)
3 mangkuk air
1 biji tomato (untuk tumisan)
1 biji tomato lagi (untuk kuah)
1 batang carrot / kentang (jika suka)
4–5 sudu besar jus limau nipis/kasturi
Daun sup secukupnya
Cili api ikut tahap pedas
Garam & serbuk perasa secukupnya
Bahan Tumis
1 biji bawang merah kecil – hiris halus
2 ulas bawang putih – hiris halus
2 inci halia – hiris nipis
1 akar daun sup
Rempah empat sekawan
Sedikit minyak masak
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan bersama tomato hingga naik bau dan layu.
2. Masukkan ayam, gaul rata dengan tumisan.
3. Tuang 3 mangkuk air, biarkan mendidih.Masukkan carrot atau kentang jika suka.
4. Apabila sup mendidih, tambah lagi sebiji tomato.
5. Masukkan jus limau nipis/kasturi, ikut tahap masam yang diinginkan.
6. Masukkan daun sup dan cili api, biarkan sup terus mendidih hingga ayam empuk.
7. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Siap untuk dihidangkan.
TIP
Jika ada kiub pati ayam di rumah, boleh juga ditambah untuk rasa lebih berlemak.
Taburkan bawang goreng sebelum hidang, aroma dia memang naik!
Makan sup ayam tomato panas-panas dengan nasi putih, memang puas hati. Hirup kuahnya saja pun dah cukup sedap.
Ayam Masak Beriani selain sedap dimakan bersama nasi beriani, sedap juga dimakan bersama nasi putih. Ayam Masak Beriani akan jadi lebih sedap kalau ayam direneh lama, biar isi ayam lembut. Bila dimakan terus terlerai dimulut. Memang nikmat dapat makan begini. Nak cuba buat Ayam Masak Beriani? Jom kita cuba resipi Ayam Masak Beriani seperti yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini.
RESIPI AYAM MASAK BERIANI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam potong dan cuci bersih (jika suka goreng dahulu atau tak perlu goreng terpulang selera masing-masing)
BAHAN KISAR:
7-8 biji bawang merah 3 biji bawang besar 4 biji bawang putih –BELI ONLINE 4 inci halia –BELI ONLINE
Kisar asing: 15 tangkai cili kering yang telah direbus lembut (atau boleh terus guna cili boh)
BAHAN REMPAH:
2 batang serai diketuk 1 helai daun pandan simpulkan 2 helai daun bay –BELI ONLINE 2 sudu besar penuh rempah briyani 2 sudu besar serbuk cili –BELI ONLINE 1 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu besar serbuk kari ikan 1 sudu besar serbuk kari ayam 1 sudu besar serbuk lada putih –BELI ONLINE 1 sudu kecil serbuk kunyit – BELI ONLINE 5 sudu besar sos cili saji 4 biji buah tomato dipotong dadu ½ tin susu krimer sejat Saji Garam, gula, serbuk perasa secukup rasa Air mengikut pekat atau cair kuah yang disukai
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak sesekali kacau untuk elak dari hangus.
2. Masukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak.
3. Masukkan serai dan daun pandan.
4. Masukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yang disukai. Perisakan dengan garam gula reneh hingga ayam masak. Siap.
Nikmati promosi Krismas 2025 dan Tahun Baru 2026 di Concorde Hotel Shah Alam dengan sajian istimewa di Melting Pot Café. Buffet meriah, hiburan menarik dan pengalaman perayaan yang memukau menanti anda.