Ads

Resipi Ayam Tandoori Homemade Paling Sedap. Juicy & Rempah Padu Macam Kedai!

Sebut sahaja Ayam Tandoori Homemade, pasti terbayang keenakan hidangan ini. Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas.

Kena pula dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh… memang padu! Tapi bila beli, harganya memang agak mahal. Jadi apa kata cuba buat sendiri di rumah. Lebih jimat, lebih bersih dan boleh makan puas-puas.

Resipi Ayam Tandoori Homemade

Resipi Ayam Tandoori Homemade Paling Sedap. Juicy & Rempah Padu Macam Kedai!

Bahan A

  • 4 keping paha ayam (whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
  • 2 sudu makan minyak masak

Bahan B

  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu makan jus limau nipis atau lemon

Bahan C

  • 6 sudu teh yogurt asli (pekat)
  • 2 sudu teh pes halia bawang putih (5 ulas bawang putih + 3cm halia dikisar)
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh pewarna merah

Cara Memasak Ayam Tandoori Homemade

Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada bahagian kelaran dan keseluruhan isi ayam. Perap seketika supaya rasa lebih meresap.

Resipi Ayam Tandoori Homemade Paling Sedap. Juicy & Rempah Padu Macam Kedai!

Dalam bekas berasingan, campurkan semua bahan C. Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak perlu tambah air. Kemudian lumurkan campuran ini pada ayam hingga rata.

Resipi Ayam Tandoori Homemade Paling Sedap. Juicy & Rempah Padu Macam Kedai!

Masukkan 2 sudu makan minyak masak dan gaul sebati. Perap Ayam Tandoori Homemade ini semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dibakar untuk hasil yang lebih sedap dan berempah.

Resipi Ayam Tandoori Homemade Paling Sedap. Juicy & Rempah Padu Macam Kedai!

Ads

Cara Membakar Ayam Tandoori

Untuk pengetahuan, di restoran, ayam tandoori biasanya dibakar menggunakan tandoor iaitu dapur khas berbentuk seperti tempayan besar. Namun di rumah, anda boleh menggunakan ketuhar biasa.

Susun hirisan lobak merah atau saderi di atas dulang pembakar. Ini bertujuan untuk mengelakkan ayam melekat dan memberi ruang supaya air daripada ayam tidak bertakung.

Bakar Ayam Tandoori Homemade pada suhu 230°C selama 25–30 minit. Selepas 20 minit pertama, keluarkan seketika dan sapukan sedikit minyak pada permukaan ayam untuk mendapatkan tekstur yang lebih cantik dan tidak kering.

Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam dan jenis ketuhar yang digunakan. Jika ada fungsi pemanggang (grill), boleh gunakan seketika di akhir proses untuk kesan sedikit hangus yang menyelerakan.

Ads

Angkat dan sedia untuk dinikmati. Hidangan Ayam Tandoori Homemade ini memang sesuai dimakan panas-panas bersama roti naan atau nasi putih.

Tips Supaya Ayam Lebih Juicy & Berperisa

Pastikan ayam dikelar supaya bahan perapan meresap masuk ke dalam isi. Ini akan menjadikan Ayam Tandoori Homemade lebih sedap dan tidak hambar.

Gunakan yogurt pekat kerana ia membantu melembutkan isi ayam dan memberikan tekstur yang juicy selepas dibakar.

Perapan yang lama adalah kunci utama. Lebih lama diperap, lebih kuat rasa rempah yang meresap ke dalam ayam.

Ads

Selain itu, jangan terlebih masa membakar kerana ia boleh menyebabkan ayam menjadi kering. Kawalan suhu sangat penting untuk hasil terbaik.

Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Untuk memudahkan proses memasak, anda juga boleh hasilkan perapan lebih awal.

Kredit gambar & resipi: Puan Tahrunnisah Jali  

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Cara Mudah Buat Roti Nan Homemade Gebu Ala Kedai Mamak

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Ikan Tongkol Kicap Pedas Paling Padu, Mudah & Confirm Menyelerakan!

Ikan tongkol kicap pedas yang pekat, pedas dan berempah. Resipi mudah, cepat dan sesuai untuk hidangan harian yang menyelerakan.