Ayam Pedas Koreani memang jadi kegemaran ramai. Kombinasi rasa pedas, manis memang layan. Namun kalau nak beli di restoran makanan Korea, harganya boleh tahan mahal. Jadi buat anda yang nak buat menu ni secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Sangat cepat dan tak perlu banyak bahan. Sempoi je resipinya. Anda boleh cuba masak untuk suami dan anak-anak. Pasti berselera makan.
Dikongsikan resepi orang bujang, tapi bujang yang berketerampilan dan bergaya.
Memang nampak sedap walaupun resepinya ringkas tapi kalau tengok hasilnya orang ingat makan dekat kedai.Nasi pun sedap, ada aroma sebab ada letak stok ayam. Hidangan ni boleh kata hidangan lengkap sebab ada sayur dan cendawan. Dalam semangkuk, lengkap segalanya.
Nasi Ayam Tiram Madu
Bahan-bahan: (1-2 orang makan)
½-1 pot beras
1 potongan ayam (chicken chop cut)
2 sudu besar stok ayam( atau ½ kiub)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan (optional)
1 pokok pak choy
1 keping cendawan shiitake
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Cuci beras dan letak dalam mangkuk. Beras jangan lebih separuh paras mangkuk.
Kalau lebih, cari mangkuk lagi besar. Letak stok atau kiub ayam. Setiap ½ pot, letak 1 sudu.Kalau nak nasi lebih sedap,letak bawang putih dan halia yang disagat. Saya tak letak sebab malas nak sagat.’
2.Setiap pot nasi, letak 1 pot air. Kemudian masukkan sayur pak choy dan cendawan shiitake yang telah dibasuh.Nak letak sayur lain pun boleh. Kalau tak nak sayur terlalu layu, letak bila nasi hampir masak.
3.Letak air dalam periuk nasi, 2-3 pot. Kalau kalian jenis makan nasi kena ada sup, sup letak sini.Boleh masak sekali jalan dengan nasi tanpa bercampur. Mudah,kan? Tapi saya malas buat sup.
4.Sekarang, masukkan mangkuk berisi beras dan sayur tadi.
Mangkuk saya ni, dah sama besar dengan periuk nasi. Haha! Periuk nasi ni yang kecil.
Saya tetap masak dalam mangkuk sebab tak nak ada kerak nasi.
5.Periuk nasi saya ni kecil, tapi datang dengan set pengukus di atasnya. Jadi saya letak ayam atas pengukus.Ayam ni saya perasan dengan garam di kedua-dua belahnya.Kalau kalian tak ada set periuk siap pengukus.Letak ayam atas beras, kemudian baru letak sayur.
6.Tutup periuk dan biarkan nasi masak macam biasa. Cuma sekali sekali, periksalah sedikit nasi tu.Kadang-kadang dia dah masak, tapi periuk tu tak “tendang” pergi ke “warm”.
7.OK periuk nasi dah berbunyi tanda dah selesai masak. Kita periksa ayam, ternyata dah masak.Nampak pucat ayam tu, tapi tak apa. Tenang sahaja.
8.Kita periksa nasi dan sayur. Nampak dah empuk nasinya. Sayur pun nampak elok! OK dah, siap.Boleh makan! Senang,kan? Selamat mencuba!Sebenarnya belum siap.
9.Keluarkan ayam, kemudian sapukan gabungan sos tiram, kicap pekat, madu dan minyak bijan.Sapu rata di kedua-dua belah ayam. Pastikan ayam disaluti ramuan ni. Baru sedap nanti.
10.Masukkan ayam ke dalam air fryer atau oven. Kalau pakai air fryer, letak 200-250°C selama 10 minit.
11.Ayam dah siap! Ayam jadi gelap dan luaran dia berkilat. Tunggu dia sejuk sedikit kemudian boleh hiris.Sekarang boleh susun hirisan ayam, cendawan dan sayur kita tadi atas mangkuk nasi.
12.Hidang dengan potongan cili api dan kicap cair. Ayam kita tadi tu “juicy” dan luar dia sos likat berkilat.Rasa dia manis, masin, dan berumami! Makan dengan cili potong tu, memang sesuai.
Menu Asam Pedas Ayam Berempah ni nampak sangat menyelerakan. Ada lauk ni tak perlu dah menu utama yang lain. Cukup sekadar nasi panas, sambal belacan berserta ulam-ulaman. Oh ya, renjis sedikit kicap. Memang terangkat!
Menurut saudari Rosni Musa, resipi ni sangat mudah dan sedap. Kuah merah menyala tetapi rasa tidak terlalu pedas. Kena dengan selera anak-anak. Petuanya ialah, campur cili kering pedas dan cili kering yang tidak pedas (BACA: PETUA KURANGKAN PEDAS CILI KERING ). Seimbangkan jumlahnya supaya kena dengan selera anda. Barulah masakan anda ada rasa yang sempurna. Nak cuba masak? Jom lihat bahan-bahannya.
Burung puyuh mempunyai tekstur daging yang lembut, sedikit berserat dan paling penting ia tidak mengandungi lemak tepu. Sangat sesuai untuk anda yang ingin mencegah kolestrol dan menggelakkan penyakit jantung. Anda yang belum pernah makan daging burung puyuh boleh mulakan makan dengan mencuba resipi ini kerana ia lengkap dengan rasa pedas, masam dan manisnya. Comfirm sedap.
BURUNG PUYUH GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
3 ekor buruh puyuh | potong kecil
5 tangkai cili kering | hiris kecil
8 tangkai cili padi | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia | hiris halus
1 biji limau nipis | perah airnya
1 batang serai | hiris halus
½ batang lobak merah | potong dadu kecil
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan burung puyuh, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dengan sedikit garam halus. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan minyak, kemudian tinggalkan sedikit untuk menumis.
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia cili kering, cili padi, lobak merah dan serai.
Setelah bau wangi, masukkan burung puyuh yang telah digoreng, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan perahkan limau nipis sebelum angkat dan dihidangkan panas-panas dengan nasi putih.