Menu Ayam Masak Bawang ni nampak sedap dan menyelerakan. Menerusi perkongsian saudara Mohd Rozmie beliau menunjukkan cara-cara memasak hidangan ini. Katanya menu ini adalah menu kegemaran kalau ke kedai mamak. Memang tak cukup seketul. Bau aroma rempah yang meresap ke dalam isi ayam tu buatkan selera bertambah. Sebab tu berderet orang beratur kat kedai mamak. Jadi beliau kongsikan resipi Ayam Masak Bawang stail mamak yang anda cuba masak sendiri di rumah. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Cuci bersih isi ayam dan masukkan bahan perapan. Jumlahnya ikut citarasa. Gaul rata dan perap selama 20-30 minit.
2. Rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan.
3. Panaskan minyak goreng dulu bawang yang telah dimayang sehingga sedikit keperangan. Jangan sampai hangit pula.
4. Bila bawang dah sedikit keperangan macam ni, angkat dan ketepikan dulu.
5. Guna minyak goreng bawang tadi, goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.
6. Ketepikan dulu ayam yang telah digoreng tadi.
7. Ambil minyak goreng ayam tadi, tumis rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan.
8. Kemudian masukkan pes bawang dan halia tadi. Kacau sebati.
9. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kari dan serbuk cili. Kacau lagi.
10. Masukkan bahan sos. Kacau lagi bagi sebati dan pecah minyak.Masa ni bau aroma rempah ni akan harum semerbak.
11. Masa ni kena rajin kacau supaya rempah tak hangit. Jika kering masukkan sedikit air dan kacau lagi. Nampak kering, masukkan lagi sedikit air kacau lagi. Ulang 4 atau 5 kali.Tujuannya supaya rempah betul-betul masak elok. Kalau rempah tak masak elok nanti makan tak sedap.
12. Bila rempah sudah masak elok, tambah 2 atau 3 cawan air biar berkuah pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing). Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
13. Bila perasa kuah sudah cukup, masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati.
14. Taburkan bawang goreng tadi dan gaul sebati lagi.
15. Bila sudah sebati dan meresap rempah ke dalam ayam, terus tutup api. 16. Ayam Masak Bawang yang selalu ‘top sale’ dekat kedai mamak sedia untuk dinikmati. Enak dimakan dengan nasi panas dan sayur kubis goreng.
Mi Jawa antara menu mi yang digemari ramai. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi Mi Jawa Cara Che’ Nom. Bahan dan cara penyediaannya hampir sama dengan mi rebus, Cuma Mi Jawa lebih ringkas. Menariknya Che’ Nom gunakan keledek kuning sebagai bahan pemekat kuah, rasa manis dari isi keledek digabungkan dengan air rebusan daging memang menjadi rahsia kesedapan Mi Jawa ini sedap. Jadi anda wajib mencubanya.
MI JAWA BAHAN-BAHAN: 2 paket mi kuning Air rebusan daging secukupnya 3 biji keledek | rebus dan kisar halus 1 seduk cili kisar 3 sudu makan serbuk kari 1 kiub ayam atau daging Garam dan gula secukup rasa 1/2 cawan minyak masak | untuk menumis BAHAN KISAR HALUS: 6 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 batang serai | hiris 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 sudu makan udang kering BAHAN TABUR (CONDIMENT): Daging rebus | dihiris nipis secukupnya Tauhu goreng | dihiris nipis Telur rebus secukupnya | kupas dan belah dua Tauge secukupnya | celur Hirisan daun bawang & sup Bawang goreng Hirisan cili merah Limau nipis | hiris
CARA MEMBUAT:
Celur mi kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak supaya mi tidak melekat bila sejuk nanti.
Rebus daging sehingga empuk. Asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti dan daging dihiris nipis.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing.
Masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika takut hangus.
Masukkan air rebusan daging, keledek dan kiub daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Kacau perlahan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sedikit mi ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan. Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang.
Udang Kam Heong resipi Chinese style yang mudah dan cukup menyelerakan. Nak puas makan buat sendiri kat rumah baru baru seronok. Hidangkan untuk keluarga pasti semua berebut.
Yang suka pedas boleh lebihkan cili. Makan panas-panas nak ratah macam tu sahaja pun boleh. Kalau nak lauk simple dan mudah disediakan bolehlah cuba masak menu ni nanti.
Udang Kam Heong
Bahan-bahan:
Udang 300gm-400gm
3 ulas bawang putih – cincang
1 labu bawang besar – 1/2 cincang, 1/2 potong
10 biji cili api hijau & merah
Daun kari
Mangkuk 1:
2sb sos tiram
2sb sos cili
2sb sos tomato
2sb kicap manis
Mangkuk 2:
3 sudu serbuk kari, bancuh dgn sedikit air
Cara Memasak:
Udang digoreng dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah masak tos dan ketepikan
Mula-mula tumis semua bawang besar & bawang putih sehingga naik bau
Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk kari, kacau sehingga garing
Sambal tumis ikan masin ini pilihan lauk paling sesuai kalau nak cepat. Hidangan ringkas ini cukup untuk buat kita menambah nasi walaupun tanpa lauk...