Hidangan ayam goreng ‘spicy’ pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam spicy yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Jimat & pasti puas makan. Jom cuba! Anda pasti sukakan raanya.
RESIPI AYAM GORENG SPICY RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong saiz sederhana
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Sedikit air
BAHAN SADUR:
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Tepung beras
Tepung gandum
Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki
( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair. Penting supaya ayam bersalut rata.
2. Masukkan potongan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
Ads
4. Ambil ayam tadi dan golekkan dalam campuran tepung. Salut ayam hingga bersalut rata.
5. Goreng ketulan ayam tadi dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.
6. Ayam Goreng Spicy sedia untuk dinikmati. Sesuai dimakan bersama sos atau mayones.
Asyik ulang menu yang sama memang jemulah jawabnya. Untuk elak rasa jemu pelbagaikan lauk pauk yang di makan ada ayam, daging, udang dan sebagainya. Sambal belacan dan ulam-ulaman jangan pula dilupa.
Boleh tiru resipi yang dikongsi oleh Yna Sarina ini. Bukan hanya sedap memang gerenti berebut semua.
Ikan bakar
Bahan-bahan untuk Pes ikan bakar: 20 tangkai cili kering ( ikut tahap kepedasan masing-masing) (dikisar) 2 biji bawang besar ( dikisar) 5 ulas bawang putih (dikisar) 2 inci halia (dikisar) 5 batang serai (dikisar) 2 inci belacan bakar Gula (secukup rasa) 2 sudu besar air asam jawa Garam (secukup rasa)
Cara memasak: 1.Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar.
2.Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan belacan, air asam jawa, gula dan juga garam. Biarkan sehingga garing.
3.Layurkan daun pisang.
4.Kelar ikan. Letak diatas daun pisang, kemudian sapu pes yang telah siap dimasak tadi.
5.Letak atas kuali pemanggang , tutup kuali dan bakar. Balikkan setelah sebelah bahagian ikan masak.
6.Angkat dan hidangkan dengan limau kasturi .
Kerabu tembikai
Bahan – bahan Isi tembikai 2 inci belacan Sedikit garam 5 tangkai cili padi (dipotong) 1 biji bawang besar (dihiris)
Cara membuat: 1.Kaut isi tembikai, masukkan garam, belacan dan juga bawang.
2.Gaul sebati dan sedia dihidang.
Sambal petai bersama ikan bilis
Bahan-bahan: 10 papan petai yang telah dihiris. Segenggam ikan bilis (digoreng terlebih dahulu) 20 tangkai lada kering (ikut kepedasan masing-masing) (dikisar) 2 biji bawang besar (dikisar) 5 ulas bawang putih (dikisar) Garam (secukup rasa) Gula (secukup rasa) 2 sudu air asam jawa
Cara memasak: 1.Panaskan kuali. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
2.Biarkan sedikit kering.
3.Masukkan garam, gula dan juga air asam jawa.
4.Gaul sebati.
5.Masukkan petai akhir sekali masukkan ikan bilis.
*Enak dimakan bersama nasi panas dan juga kicap manis.
Butter chicken
Bahan-bahan: 1 ekor ayam (dipotong 16 dan digoreng terlebih dahulu) 5 sudu mentega 1 1/2 tin susu cair 10 ulas bawang putih (dihiris) 2 biji bawang besar (dihiris) 10 tangkai cili api (dipotong) 3 tangkai daun kari Garam (secukup rasa) Gula (secukup rasa)
Cara memasak: 1.Masukkan majerin, bawang merah, bawang putih, lada kecik dan juga daun kari.
2.Kacau seketika. Kemudian masukkan ayam Yang telah digoreng terlebih dahulu tasi. Gaul sehingga sebati.
3.Masukkan susu cair.
4.Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
Ayam masak kicap ala Yna
Bahan-bahan: 1 ekor ayam (dipotong 16 dan digoreng terlebih dahulu) 5 helai daun limau purut 2 biji tomato 2 biji bawang besar (dipotong bulat) 10 tangkai lada kecil (dipotong serong) 3 sudu sos tiram Kicap manis (bergantung kepada anda untuk kuah banyak atau sedikit) Sedikit gula Sedikit garam
Cara memasak: 1.Panaskan kuali, masukkan Ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sos tiram dan juga kicap. Gaulkan.
2.Kemudian masukkan daun limau purut, tomato, lada kecil dan juga bawang.
3.Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
4.Sedia dihidangkan
Kurma daging
Bahan-bahan: 1 kilo daging (direbus terlebih dahulu dan dihiris) 2 biji bawang merah (dikisar) 20 tangkai cili api (dikisar) Sedikit belacan Garam dan gula secukup rasa Sedikit serbuk kunyit 4 biji kentang yang telah dipotong empat Rempah kurma 1 kotak santan atau sebiji kelapa
Cara memasak: 1.Panaskan periuk, kemudian masuk bahan yang telah dikisar. Biarkan seketika.
2.Kemudian, masukkan rempah kurma dan daging. Gaulkan.
3.Masukkan serbuk kunyit dan juga belacan. Kemudian masukkan santan.
4.Jangan lupa masukkan garam dan juga sedikit gula.
5.Masukkan kentang. Untuk tambahan, anda boleh masukkan lada besar hijau yang telah dibelah dua dan juga bawang Holland yang telah dibelah empat.
Sedia dihidangkan
Ayam sambal hijau
Bahan-bahan:
1 ekor ayam yang telah dipotong 16 dan digoreng. 25 tangkai lada hijau (ikut kepedasan masing-.masing. saya gemar pedas) (dikisar) Sedikit kunyit serbuk 2 biji bawang besar (dikisar) 5 ulas bawang kecil
Cara memasak: 1.Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
2.Kacau sehingga kering. Masukkan serbuk kunyit, garam dan juga gula. Kemudian kacau.
3.Masukkan ayam dan gaul sehingga rata.
4.Untuk tambahan, Boleh taburkan dengan hirisan daun limau purut, bawang Holland dan juga hirisan tomato.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Menjelang Hari Raya, pastinya tak lengkap menu hidangan tanpa rendang. Enak dimakan dengan nasi impit, ketupat, mahupun lemang. Rendang ayam antara yang sering menjadi tumpuan.
Setiap keluarga ada resipi mereka yang tersendiri dalam menyediakan rendang. Begitu juga dengan keluarga Norzy Yusuff. Resipi rendang ayam ini turun-temurun daripada bondanya. Rendang ayam yang enak ini juga dikatakan menu kegemaran keluarga besar mereka dan paling cepat habis apabila mereka mengadakan jamuan rumah terbuka. Pasti sedap.
Apa tunggu lagi? Jom kita ikuti perkongsian resipi rendang ayam turun-temurun daripada Norzy Yusuff ini. Selamat mencuba.
Butter Chickenatau Ayam Mentega sememangnya jadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Rasanya yang lemak masin, memang enak dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja. Bagi anda yang anak-anak kurang gemar makan isi ayam, boleh cuba masak begini. Pasti licin. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmadni. Mudah dan pastinya digemari ramai.
CARA MASAK BUTTER CHICKEN YUMMY. JOM CUBA!
BAHAN-BAHAN: 14-16 ketul ayam yang sudah di potong kecil 1 cawan susu segar 7 sudu makan mentega 20 helai daun kari 4 biji bawang merah – cincang halus 6 ulas bawang putih – cincang halus 6 sudu besar tepung gandum 3 sudu besar tepung jagung 1 sudu teh serbuk lada sulah 1 sudu teh garam 3/4 sudu besar gula 1 biji telur 1 sudu teh tepung jagung (untuk kuah)
CARA MEMASAK:
1.Satukan ayam bersama telur dan serbuk lada putih. Kacau @ gaul sebati dengan ayam.
2. Perap ayam selama 10 -15 minit.
3. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Kemudian masukkan garam dan kacau sebati.
5. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan gaul dengan tepung. Pastikan semua bersalut rata.
6. Goreng ayam dengan minyak yang banyak dan panas.
7. Bila ayam sudah nampak kekuningan @ masak, bolehlah diangkat.
8. Pastikan ayam ditos minyaknya terlebih dahulu. Aya mini sangat rangup teksturnya. Ketepikan.
9. Dalam kuali berlainan, panaskan mentega dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
10. Masukkan pula daun kari dan cili api. Kacau sehingga sebati.
11. Bila sudah semerbak bau daun kari, masukkan pula susu segar.
12. Masukkan pula tepung jagung. Fungsinya supaya kuah jadi pekat.
13. Seterusnya masukkan gula. Garam tidak perlu letak kerana mentega sudah bergaram dan ayam juga sudah mempunyai rasa masin. Namun jika kurang rasa, tambah ikut selera.
14. Bila kuah mendidih dan pekat sedikit, terus masukkan ayam yang telah goreng tadi.
15. Kacau sehingga sebati dan pekat. Kalau nak berkuah, jangan masak lama sangat.
16. Butter Chicken siap dimasak dan enak dinikmati bersama nasi.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!