Petang-petang sebegini, memang sedap jika dapat makan kuih muih. Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi Apam Tokyo. Ia juga dikenali dengan nama Apam Manja. Nak cuba? Ini resipinya.
APAM TOKYO/MANJA
BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT:
1 cawan tepung gandum – diayak
1/2 sudu teh serbuk penaik – diayak bersama tepung
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1 sudu makan marjerin cair
Secubit garam
BAHAN INTI KASTARD PANDAN:
Ads
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
1/2 cawan air pati pandan pekat
1 cawan santan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti kastard pandan, satukan semua bahan didalam periuk atau kuali.
2. Seterusnya masak menggunakan api sederhana hingga likat.
3. Padamkan api dan sejukkan inti.
4. Bagi menyediakan kulit apam, pukul telur dan gula hingga kembang.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi hingga sebati.
6. Sendukkan adunan ke atas kuali tidak lekat dan sudukan inti dengan secukupnya.
7. Lipat apam dan kepitkan. Ulang langkah sama hingga semua bahan habis.
8. Sedia untuk dinikmati.
Ads
Apam Tokyo ni juga sedap jika menggunakan inti Kastard dan Kaya.
BAHAN UNTUK INTI KASTARD:
1/2 cawan tepung gandum – diayak
1 sudu makan tepung kastard – diayak
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu kotak/cair
1 sudu teh pewarna
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan diatas di dalam kuali atau periuk yang bersesuaian. Masak guna api sederhana besar dan masak hingga likat.
Ads
BAHAN INTI KAYA:
60gm gula
125ml air panas
1 sudu makan tepung jagung
170gm gula
300ml santan
3 biji telur
Daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak gula menjadi gula hangus. Masukkan air panas.
Satukan semua bahan lain dan bancuh hingga larut.
Tuang abncuhan ke dalam periuk berisi gula hangus. Masak sehingga likat.
Jika nak hasilkan kaya yang seperti yang dijual di kedai, bila dah masak, kisar seketika. Hasilnya memang cantik licin.
Info: Inti boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Boleh juga menggunakan coklat.
Kuih tradisional tetap menjadi hidangan popular untuk sajian minum petang atau pagi. Untuk kamu yang gemarkan kuih tempatan ini, RASA kongsikan resipi kuih yang menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah dan gerenti jadi. Selamat mencuba.
Biasanya Kuih Cara perisa pandan je kan? Ha..ni Kuih Cara perisa jagung pula. Siapa yang gemar makan jagung, boleh cuba resipi ni. Pasti anda sukakannya.
KUIH CARA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A – dipukul
1/2 cawan jagung hiris – bubuh lebih pun boleh. lagi sedap
3 1/4 cawan santan
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla- boleh abaikan
Perisa jagung
Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Kisar jagung hiris dengan 1 cawan santan. Jangan kisar terlalu halus. Tuang bahan kisar ke dalam bekas.
Kemudian satukan bahan-bahan lain dalam bekas berasingan. Gaul rata dan masukkan dalam blender. Kisar hingga sebati.
Tuang ke dalam jag saiz sederhana. Campurkan dengan jagung yang dikisar tadi. Kacau sebati.
Panaskan acuan Kuih Cara menggunakan api perlahan. Oles sedikit minyak.
Tuang adunan ke dalam acuan. Biarkan sekejap baru dimasukkan sedikit gula. Tutup dengan tudung periuk.
Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan di bahagian tepi kuih, boleh angkat dan keluarkan dengan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.
Untuk adunan seterusnya, kacau dulu sebelum tuang ke dalam acuan.
Ada bermacam-macam jenis kuih lapis dan cara memasaknya, semua sedap, cuma rasa yang berlainan sesuai dengan cita rasa semasa. Berikut dikongsikan resipi Kuih Lapis Pandan Koko yang mudah untuk anda yang baru nak cuba buat kuih lapis. Bahan tidak banyak dan sukat pun mengguna cawan sahaja. Sangat simple dan anda boleh mencubanya:-
KUIH LAPIS PANDAN KOKO (GUNA LOYANG 7X7) BAHAN-BAHAN: BAHAN A: 2 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung ubi@jagung 3 1/2 cwn santan | dari sebiji kelapa 1 sudu teh garam BAHAN B: 1 1/4 cawan gula | kalau nak manis tambah sedikit lagi 1 cawan air 3 helai daun pandan(disimpul) BAHAN C: 4 sudu besar serbuk koko 3 sudu besar air suam untuk bancuh koko ATAU boleh juga guna 1 sudu besar coklat emulco 1/2 cawan air pandan | 5 helai daun pandan+1/2 cawan air diblnder Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT:
Masak bahan B hingga larut.Sejukkan.
Satukan bahan A dan gaul rata.
Masukkn bahan B ke dalam bahan A.Gaul rata kemudian tapis.
Bahagikan adunan pada 2 bahagian. Satu bahagian dilebihkn sedikit.( saya lebihkan bahagian warna hijau)Satu bahagian letak pewarna hijau dan satu bahaian lagi warna coklat.
Panaskan pengukus dan balut penutup deagn kain bersih.
Sapukn loyang dengan sedikit minyak masak dan panaskaan dalam pengukus sebentar.
Kemudian lapis pula lapisan kedua.Saya guna 2 senduk adunan koko.Kukus selama 5 minit juga.
Seterusnya ulangi proses yang sama hingga selesai.Saya buat 7 lapis.Lapisan terakhir kukus selama 25-30 minit.Angkt dan sejukkn dahulu baru dipotong.
INFO: Utk buat dalam kuantiti yang banyak gandakan bahan bahan dan gunakan loyang besar@yang bersesuaian dan proses mengukus dibahagian terakhir lebih kurang 40@45 minit.
Tak sangka, hanya dari secawan kopi, perpaduan rakyat Malaysia boleh tercetus. Kopitiam Xin Aun Nong Yong yang nampak biasa ini rupanya tersimpan nostalgia tentang...