
Melalui laman facebook, Nur Iffah Abd Rashid berkongsi resipi apam lenggang. Menariknya resipi ini tak perlukan yis. Gantikan yis dengan baking soda. Rasanya lemak manis pasti anak-anak suka makan. Jom try buat apam lenggang homemade. Senang je resipinya.
APAM LENGGANG
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
7 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 sudu kecil baking soda
1 biji telur ayam
200 ml santan kotak
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan kecuali santan. Gaul sebati dan perap selama 30 minit.
2. Masukkan santan dan kacau lagi sehingga sebati.
3. Panaskan kuali non sticky. Letak sesenduk adunan. Lenggangkan apam dan biarkan masak. Angkat.
Selamat mencuba.
Kredit resipi: facebook Nur Iffah Abd Rashid
Link: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3089473237750005&set=a.310281239002566&type=3&theater
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Enam Kuih Berinti Manis , Sedap & Senang Buat.

Teringinkan kuih muih tradisional yang berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari. Ini RASA bawakan enam jenis kuih muih tempatan yang berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan. Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa di hujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti. Tak berkenan kuih ketayap ada lagi lima yang lain boleh anda cuba buat dan nikmati rasanya.
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN
Kulit:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- 1 1/2 cawan santan
- 1 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
- Beberapa titis pewarna hijau
Bahan Inti:
- 1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 3/4 cawan gula merah
- 1/2 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan | disimpulkan
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
- Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
- Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
- Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
- Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
- Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
- Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
- Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
- Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
- Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
- Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
- Sedia dihidangkan.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 250 g tepung pulut
- 1/2 cawan tepung pulut hitam
- 2 sudu besar tepung gandum
- secubit garam
- 1 1/2 cawan air
- 1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
- Minyak masak secukupnya
- Daun pisang | dilayur atas api kecil
Bahan Inti:
- 1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 1 ketul gula Melaka
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan |disimpul
- 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
- Masak hingga gula hancur.
- Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
- Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
- Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
- Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
- Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
- Kemudian lipat seperti biasa.
- Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 500 gram tepung pulut
- 4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
- 1 cawan air
- Gula melaka | dipotong kiub
- Kelapa parut putih secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dalam periuk., jika suka.
- Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
- Tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk .
- Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
- Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
- Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
- Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
- Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
- Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
- Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung kuih pau
- 6gm yis segera
- 50gm minyak sayur
- 1/2sudu teh garam
- 100gm gula halus
- 250gm air suam
Bahan Inti:
- 200gm kacang merah
- 100gm gula perang
- 1/2 sudu teh gula merah
- 1/2sudu teh garam
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
- Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
- Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
- Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
- Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
- Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
- Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
- Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
- Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
- Simpan selama sejam.
- Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
- cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
CARA MEMASAK:
- Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
- Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
- Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
- Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.
- Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan.
- Tuang adunan dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh.
- Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih.
- Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
- Setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Lakukan hingga habis adunan.
KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ubi keledek
- Tepung gandum
- Sedikit gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
- Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
- Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.
- Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
- Bentukkan doh bulat seperti bebola.
- Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
- Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
- Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Kek Lapis Idola, Berlapis Kaya, Horlicks & Milo, Super Sedap Ni…
DAN JUGA VIDEO INI :
Cucur Ikan Bilis Rangup, Sedap Sampai Tak Cukup Sepinggan

Cucur atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cucur turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cucur ikan bilis yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
CUCUR IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN
• 3 cawan tepung gandum
• 1 labu bawang besar (dadu)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa
• 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Alia Umaira & Zuridah Zu dari Telegram KakiMakan
Resipi Bahulu Cermai Comel & Berwarna, Pasti Anak-Anak Suka

Biasanya kuih bahulu tradisional, berwarna asli telur. Apa kata kali ini, kita buat berwarna-warni pula.
Resipi yang dikongsi Muhamad Muktamin Abdul Karim ini, sangat mudah dan pastinya dapat menarik minat anak-anak.
BAHULU CERMAI
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
1 cawan gula (nak kurangkan pun boleh) – beli online di sini
1 cawan tepung | diayak atau nak sangai dulu pun boleh) – beli online di sini
Sedikit esen vanila
Pewarna pilihan
TONTON Macaron Teh Tarik | Dapur Rasa Live
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang, pekat.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup saja dengan spatula, tak perlu whisk/putar.
3. Kaup sampai sebati dengan telur. Masukkan juga esen vanila.
4. Tuang ke dalam mangkuk berasingan, masukkan pewarna dan kaup dengan spatula untuk gaul/sebatikan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
5. Panaskan acuan di dalam ketuhar pada suhu 200°C lebih kurang 5 ke 10 minit. Keluarkan, sapukan minyak ke dalam acuan (boleh taburkan tepung kalau melekat untuk bakaran yang seterusnya).
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Bakar pada suhu 200°C atau mengikut suhu ketuhar anda (125 ke 200°C).
7. Laras/kurangkan suhu bila nampak bahulu semakin cepat masak (masak dalam 10 ke 15 minit).
Kredit resipi: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lauk Popular Orang Johor, Begini Cara Mudah Nak Buat Botok-Botok
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: