Resipi apam kampung pandan. Guna pati pandan asli semerbak harum baunya. Boleh makan dengan kelapa parut. Tapi ada juga yang makan dengan sambal. Terpulang pada selera masing-masing ye.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Noor Baini Bakar ini (Sumber: Lubuk Resipi). Selamat mencuba. Masak malam ni, esok pagi boleh makan seisi keluarga.
Satukan bahan-bahan untuk apam. Gaul sehingga sebati. Kemudian perap selama 1 jam ½.
Kemudian tuang adunan 3/4 ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 15 minit utk acuan kecil,utk acuan besar kukus 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!
Durian antara buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Selain dimakan begitu sahaja, raja buah ni juga enak dicampur dalam pelbagai sajian. Antaranya ialah kuih Seri Muka Durian ni. Nak cuba buat? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kisar semua bahan lapisan atas. Kemudian tapis dan masak di atas api perlahan sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 3 minit. Adunan kena sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
Kukus kuih Seri Muka selama 40 minit. Buka tudung periuk kukusan dan kukus lagi selama 5 minit bagi mengeringkan air pada permukaan kuih.
Padamkan api dan sejukkan selama beberapa jam. Potong kuih menggunakan pisau plastik untuk hasil potongan yang cantik.
Dulu-dulu sebut je Lepas Liat, di kalangan orang utara menang popular. Sejenis lepat yang dibuat dari tepung pulut santan dan berintikan kelapa. Rasa liat dan kenyal adunan tepung pulut dengan santan, gula merah menjadikannya ia lemak manis. Ditambah dengan inti kelapa, memang lengkap rasa sedapnya. Membuatnya pun tak susah, resipi sudah disediakan, anda boleh cuba.
LEPAT LIAT UTARA BAHAN-BAHAN: 3 cawan tepung pulut 1/2 cawan santan 1cawan gula merah | masak, tapis dan sejukkan 3 sudu makan gula putih 1 sudu kecil garam 1 cawan kelapa parut (putih sahaja) yang digaul dengan sedikit garam halus Daun pisang secukupnya | dilayur dan lap bersih
CARA MEMASAK:
Masukkan santan, garam, gula ke dalam bekas berisi tepung pulut. Gaul sebati.
Kemudian tambahkan ke dalamnya air gula merah, kacau supaya tidak berketul.
Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak masak, kemudian letakkan dua sudu makan adunan tepung pulut. Ratakan.
Sapu minyak pada jari dan tekan adunan.
Letakkan inti kelapa di tengah adunan dan balut kemas macam buat lepat biasa.
Setelah siap susun dalam pengukus secara bersilang, dan lakukan hingga habis.
Kukus dalam pengkukus yang sedia dipanaskan selama 45 minit.
Setelah masak, sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
Pernahkah anda menikmati cucur yang dihasilkan menggunakan bilis, cili kering daun daun kucai? Jika belum pernah, anda harus cuba. Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ jika cuba. Sedap, cukup rasa dan pedas! Patutlah viral. Sesuai sangat buat sebagai hidangan minum petang ni.
CUCUR IKAN BILIS VIRAL
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis
8 tangkai cili kering
1/2 cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...