Agar-Agar Santan Gula Melaka memang digemari ramai kerana rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut. Tak guna banyak bahan, tetapi hasilnya sangat sedap dan menarik. Hidangan ini juga sesuai untuk majlis keraian atau jamuan keluarga. Jika anda suka manisan tradisional, jom cuba buat sendiri agar-agar santan gula melaka ini di rumah!
Bahan-Bahan Agar-Agar Santan Gula Melaka
30gm agar-agar bertali
2 mangkuk air
2 biji telur
1/2 kole atau mug santan pekat
1 1/2 cawan gula melaka + sedikit gula putih
Daun pandan
Secubit garam
Loyang
Cara Memasak Agar-Agar Santan Gula Melaka
Rendam agar-agar tali dalam air basuhan beras sehingga kembang. Toskan airnya.
Masak gula melaka bersama air secukupnya, gula putih dan daun pandan. Jadikan 1 cawan air gula yang agak pekat, kemudian ketepikan.
Rebus agar-agar bersama air mengikut sukatan. Tambah sedikit garam. Biasanya jika guna 1 mangkuk agar-agar, sukatan airnya adalah 2 mangkuk. Masak hingga larut.
Satukan telur dan santan ke dalam pengisar dan pukul hingga kembang. Tuang ke dalam periuk agar-agar bersama air gula melaka.
Masak dan kacau sehingga adunan betul-betul nampak berkepala (santan dan telur mula pekat).
Padamkan api dan tuang ke dalam loyang yang telah disediakan.
Sejukkan agar-agar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Bila sudah keras, potong dan sedia untuk dinikmati.
Tip Memasak Agar-Agar Santan Gula Melaka
Gunakan air basuhan beras untuk melembutkan agar-agar. Jika nak masak keesokan hari, boleh rendam semalaman.
Sejukkan loyang dalam peti sejuk sebelum menuang adunan agar-agar supaya ia membeku lebih cepat.
Kuantiti gula boleh diubah mengikut cita rasa. Lebih banyak gula melaka digunakan, lebih gelap warna agar-agar yang dihasilkan.
Kredit resipi & foto: Jamal dan Asmahan
Ads
Agar-Agar Santan Gula Melaka bukan sahaja mudah disediakan, malah rasanya sangat menyelerakan. Cubalah resipi tradisional ini dan nikmati keenakan manisan klasik yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.
Jika anda tiada idea apa menu yang sesuai dengan ‘wraps’ apa kata anda cuba resipi Tortilla Chips Dengan Telur Hancur. Idea ‘breakfast dip’ ini pasti menjadi kesukaan anak terutama anak-anak yang cerewet makan. Boleh cuba resipi Tortilla Chips Dengan Telur Hancur seperti yang dikongsikan oleh Zatil Arip
RESIPI TORTILLA CHIPS DENGAN TELUR HANCUR (SCRAMBLE EGGS)
Resipi minuman untuk sakit kaki. Kalau menggunakan bahan semula jadi, taklah rasa sangsi dan curiga.
Apatah lagi herba dan bahan semula jadi kaya dengan pelbagai khasiat tersendiri untuk kesihatan kita.
Minuman ini dikatakan dapat membantu menghilangkan sakit kaki. Bahkan ia dapat membantu menurunskan berat dan. Jadim yang mengalaminya bolehlah cuba minuman ini ye. Tapi ingat, kena lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesannya.
Tambahan pula bila menggunakan bahan semula jadi. Biasanya akan ambil masa sebelum mendapat kesannya. Ikutikan resipi daripada puan Leha Yusuf ini.
Yang penting, jangan pandai-pandai ubah resepi. Wajib guna Kayu Manis Ceylon, kayu manis asli.
Kayu manis biasa tu tak sesuai untuk minum hari-hari. Nanti boleh tingkatkan risiko rosak hati.
Madu pula, pastikan menggunakan madu asli, yang tiada campuran gula. Kang badan tak kurus, sakit kaki tak hilang, diabetes menjelma, penyakit lain yang datang. Jom kita tengok resipi.
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit. Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa. Perah satu hirisan lemon dan tambah sesudu madu.
Minum ketika masih suam sebelum makan. Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
Roti bun panas gebu gabas dari oven memang nikmat bila dimakan. Nak roti gebu ni teknik uli kena betul, dan kena dibiarkan rehat untuk naik sempurna. Yis pula kena segar, barulah roti naik mengembang.
Ni 6 idea bun diperbuat daripada serunding ayam, kacang merah, butterscotch, hirisan ayam, keju dan sose. Perrgh memang terbaiklah koleksi roti bun ni.
1. ROTI SERUNDING AYAM
BAHAN-BAHAN (ROTI):
BAHAN SAPUAN PADA ROTI:
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali chicken floss. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. 2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap. 3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi. 4. Taburkan chicken floss di atas doh. Gulung doh dan potong sepanjang 3 inci. 5. Ambil loyang dan oleskan sedikit mentega. Susun doh-doh yang telah dipotong tadi. Biarkan seketika hingga roti tadi mengembang. 6. Untuk membuat sapuan di atas roti; satukan susu cair dan kuning telur dan kacau sekata. Sebelum bakar, sapu sedikit campuran kuning telur dan susu cair tadi pada bahagian atas roti. 7. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C (bergantung pada oven masing-masing). 8. Keluarkan dan sedia dinikmati panas-panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Lemak roti dan chicken floss yang seimbang Jenis masakan : Roti Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM14
Info chef: Sapuan pada roti adalah untuk mencantikkan roti setelah dibakar nanti.
2. ROTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN (ROTI):
BAHAN-BAHAN (INTI):
CARA MEMASAK: 1. Rebus kacang merah yang telah direndam tadi sehingga hancur (lembut) 2. Masukkan gula dan minyak masak. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan. 3. Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. 4. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap. 5. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi. 6. Bulatkan inti kacang merah tadi sekitar 40gm setiap satu. 7. Ambil doh roti kira-kira 50gm setiap satu dan masukkan inti kacang merah ke dalam doh roti. Canai memanjang dan toreh memanjang pada doh tadi. 8. Kemudian gulung dan letakkan di atas loyang. Ulangi langkah hingga selesai. 9. Biarkan seketika sehingga doh mengembang sekata. 10. Sapukan kuning telur di atas permukaan roti dan tabur bijan sebagai hiasan jika mahu. 11. Bakar selama 10 minit dalam suhu 170C. 12. .Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang Jenis hidangan : Barat Keistimewaan: Keenakan inti kacang merah Jenis masakan : Roti Cara memasak : Rebus dan bakar Anggaran kos: RM13
Info chef: Jika mahu inti kacang merah lebih manis, boleh tambah lebih gula.
3. ROTI BUTTERSCOTCH DWI WARNA
BAHAN-BAHAN: Bahan roti :
Sedikit pewarna ungu
BAHAN UNTUK BUTTERSCOTCH:
1. Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. 2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap. 3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi. 4. Bahagikan doh roti kepada dua bahagian. Warnakan ungu pada satu bahagian. 5. Masukkan adunan berwarna ke dalam adunan tanpa warna. Leperkan setebal 1 inci. Kemudian gunting tetapi jangan sampai putus untuk mendapatkan bentuk roti. 6. Setelah doh roti kembang, bakar roti selama 10 minit pada suhu 170C. 7. Angkat dan keluarkan. Sapukan mentega pada bahagian atas roti yang panas. Ketepikan. 8. Untuk membuat sos butterscotch; cairkan gula perang, perlahankan api. Masukkan krim putar ke dalam gula perang tadi. Kacau sebati, dan tutup api. Kemudian masukkan mentega. 9. Sedia dihidangkan bersama roti.
Saiz hidangan: 3–5 orang Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Sos butterscotch yang sedap Jenis masakan : Roti Cara memasak : Reneh dan bakar Anggaran kos: RM15
Info chef:Anda boleh gunakan pewarna yang anda sukai.
4. ROTI KEJU
BAHAN-BAHAN
(ROTI):
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. 2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap. 3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi. 4. Bahagikan doh kepada 50gram setiap satu. 5. Setelah itu, lipat kepingan keju kepada empat. Masukkan keju ke tengah-tengah roti. 6.Leperkan setebal ½ inci dan letakkan ke dalam acuan yang telah dilapik kertas kek cawan. Ulangi langkah hingga doh selesai. 7. Biarkan doh mengembang. Sapu kuning telur pada doh roti dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C. 8. Keluarkan dan sedia dihidangkan panas.
Saiz hidangan: 4-5 orang Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Lemak keju Jenis masakan : Roti Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah lebih keju jika suka.
5. CHICKEN SLICE ROSE
BAHAN-BAHAN (ROTI):
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. 2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap. 3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi. 4. Bahagikan adunan kepada 30gram setiap satu. 5. Gentel doh tadi jadi memanjang dan lebar 1 inci. Susun lima kepingan kecil kepingan ayam tadi di atas doh. 6. Lipat doh dan susun di dalam loyang yang telah dioles sedikit mentega. 7. Ulangi langkah hingga selesai. 8. Biarkan doh mengembang dan sapu kuning telur dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C. 9. Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Kepingan ayam tambah kesedapan roti Jenis masakan : Roti Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM13
Info chef: Enak dimakan bersama sos cili atau sos tomato.
6. BAN SOSEJ
BAHAN-BAHAN (ROTI):
UNTUK ANYAMAN: 2 batang sosej | belah tiga
UNTUK SAPUAN DI ATAS ROTI:
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. 2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap. 3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi. 4. Toreh doh kepada tujuh bahagian. Sulam sosej seperti membuat anyaman. 5. Biarkan doh mengembang. Sapukan kuning telur di atasnya dan tabur sedikit serbuk oregano di atasnya. 6. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C. 7. Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit mentega. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Rasa lemak roti dan keenakan sosej Jenis masakan : Roti Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM13
Info chef: Anda boleh sosej ayam atau roti mengikut kesukaan masing-masing. Resipi: Terima kasih Nor Azizah Ghazali, Shah Alam Selangor.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lasagna klasik Itali ialah hidangan pasta berlapis yang kaya dengan sos daging, béchamel dan keju. Ketahui sejarah, keistimewaan dan cara penyediaannya di sini.