Pisang Benggala @Gala@gallor ( dialek Kelantan) ini adalah jenis pisang yang mempunyai biji yang banyak. Daunnya biasanya digunakan untuk membalut makanan manakala hanya buah yang muda sahaja diambil untuk dijadikan masakan. Salah satu sajian yang popular menggunakan pisang ini adalah Acar Pisang. Sedap! Jika susah nak jumpa pisang gala muda, boleh digantikan dengan pisang muda.
BAHAN-BAHAN:
Ads
5-6 biji pisang gala/benggala/gallor muda
2 sudu makan cuka
1 1/2 sudu makan cili giling
3 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit halia | dikisar
Sedikit garam
Gula dan gula melaka/manisan secukupnya
1 biji bawang besar | dihiris
2 biji cili merah | dibelah
Santan pekat dan santan cair secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Kelar pisang halus-halus namun jangan sampai putus. Rendam dengan air garam semalam.
Rebus/ celur pisang tadi seketika (jangan sampai betul-betul masak pula). Toskan airnya dan perah buah sebiji demi sebiji bagi mengeringkan air. ( jangan sampai pisang hancur).
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili giling bersama cuka. Masak hingga serasi dan naik minyak.
Kemudian masukkan gula serta gula melaka/manisan secukupnya. Ia penting bagi mendapatkan warna acar yang cantik dan kemerah-merahan.
Masukkan santan pekat dan cair sebagai kuah. Apabila santan mendidih masukkan pisang yang telah diperah tadi.
Biarkan sehingga kuah dan pisang masak dan sekata. Perasakan dengan garam secukupnya.
Kemudian bolehlah dimasukkan hirisan bawang besar dan cili merah. Setelah kuah kelihatan agak pekat, padamkan api.
Sedia untuk dinikmati. Untuk lebih sedap, tunggu acar betul-betul sejuk terlebih dahulu dan pisang kelihatan sebati dengan kuah. Barulah dimakan.
Terung ungu ada pelbagai jenis dan saiz. Pelbagai menu boleh dihasilkan melalui terung. Tak sangka, sedap betul terung ungu kecil goreng bertuna ini.
Saiznya kecil sahaja, tapi sekali gigit pasti nak lagi. Dapat pula cicah dengan sos cili atau mayones, memang tak pandang kiri kanan lagi dah. Serasi pula terung dengan rasa tuna. Salutan tepung Bestari pedas tu lagi buatkannya bertambah sedap.
Ikuti resipi Terung Goreng Bertuna hasil perkongsian daripada Puan Sue Zakaria ini. Memang sedap! Jom kita buat.
Peria goreng rangup ini adalah satu makanan yang boleh dijadikan kudapan. Boleh juga dijadikan lauk. Selalunya ada di kedai mamak untuk dijadikan pelengkap nas kandar.
Kali ini, RASA ingin berikan resipi peria goreng rangup. Namun, menggunakan peria yang besar. Bukan peria kecil atau dipanggil juga sebagai peria katak.
Hanya menggunakan lima bahan sahaja. Sesuai sangatlah kalau anda ingin buat sendiri kudapan di rumah.
PERIA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN
1 batang peria (saiz besar)
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur ayam
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Potong peria senipis yang boleh.
2. Dalam mangkuk, satukan tepung beras, telur ayam dan garam. Gau seketika.
3. Salut peria dengan bancuhan tepung beras, telur ayam dan garam tadi.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Pastikan minyak masak betul-betul panas dahulu.
5. Kemudian, goreng peria dengan api sederhana sehingga garing.
TIP: Pastikan ketika masukkan peria dalam kuali, minyak masak perlu betul-betul panas supaya salutan peria akan cantik bulat seperti dalam gambar.
Tempe dan tauhu kedua diperbuat daripada kacang soya. Masaklah apa sahaja, waima digoreng sahaja pun sudah cukup menaikkan selera. Ni min kongsikan 5 resipi , tempe dan tauhu yang sentiasa jadi kesukaan ramai.
Cubalah nanti, senang aje buatnya…
1. SAMBAL TEMPE GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN :
300 gm hati ayam
200 gm kacang panjang
6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
100 gm fucuk | direndam dahulu
150 gm soo hoon | direndam dahulu
20 ml kicap manis
100 gm pes cili kering
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam.
4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam.
5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran
Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
2. TAUHU BEGEDIL DAGING
BAHAN-BAHAN :
4 biji tauhu kering
BAHAN BEGEDIL :
2 biji kentang | saiz sederhana dikopek dan rebus hingga empuk
1/2 cawan daun sup @daun bawang
1/2 cawang bawang goreng
1 cawan daging cincang
1 sudu teh lada sulah
2 biji telur
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Lenyekkan kentang rebus masa masih panas.
2. Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk lada sulah.
3. Satukan dengan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.
4. Masukkan bawang goreng dan daun sup. Gaul sebati
5. Potong tauhu kering bentuk X ditengah
6. Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh
7. Pecahkan telur dan pukual
8. Celup tauhu yang telah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas hingga perang.
Saiz hidangan : 4-6 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk utama / snek
Keistimewaan : Boleh dijadikan snek dan dicicah dengan sos.
INFO CHEF : Pastikan daging cincang digoreng hingga terbit minyak dan kering air untuk supaya daging lebih berperisa dan tidak berbau ‘hamis’.
3. STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI
BAHAN-BAHAN :
350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
50 gm brokoli
1/2 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4 sm halia | dihiris
500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
4. TAUHU GORENG BERLADO
BAHAN-BAHAN :
400 gm tauhu putih/ belah dua bentuk segitiga
2 sudu makan kicap manis
2 helai daun salam
2 sm lengkuas
1 sudu makan gula merah
garam secukupnya
300 ml air
minyak untuk menumis
BAHAN BAHAN/ DIKISAR :
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
3 biji cili hidup
10 biji cili kering
3 biji buah keras
CARA MEMASAK ::
1. Perapkan tauhu dengan garam dan bawang putih.
2. Biarkan kurang lebih minit dan goreng hingga masak. Ketepikan
3. Ambil bahan dikisar dan tumis dengan sedikit minyak, biarkan hingga naik minyak. Masukkan daun salam dan lengkuas. Tumis hingga harum
4. Masukkan kicap manis gula dan garam secukupnya.
5. Tuangkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan tauhu goreng dan biarkan hingga ia sebati dengan perencah yang ditumis. Biarkan hingga air hampir kering.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa : 15 – 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Bagi penggemar tauhu, sajian ini sedap juga diratah begitu sahaja.
INFO CHEF ;Anda boleh juga memerah sedikit jus limau kasturi jika mahu rasa masam .
5. TEMPE GORENG SAYUR
BAHAN-BAHAN:
250 gm daging |goreng
200 gm hati ayam |goreng
100 gm kentang |goreng
3 keping tempe |goreng
100 gm kacang buncis
30gm cili merah |hiris nipis
30gm bawang merah |kisar
30gm bawang putih |kisar
20ml kicap pekat
300ml santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau wangi
2. Masukkan daging, hati ayam, tempe dan kentang
3. Akhir sekali masukkan santan serta garam secukup rasa
4. Sedia dihidangkan.
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak :Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.